Pelan Standalone 68 Sakit Kritikal Aafiah Care |
Kebanyakkan dari kita mengambil pelan takaful. Tetapi perancangan yang ada kebiasannya hanya cover mengikut trend atau pun pada produk tertentu. Biasanya tumpuan banyak diberikan pada pelan Hibah Takaful, Pelan Medikal Kad atau pun Pelan Simpanan sahaja. Di mana antara pelan paling penting yang sering tertinggal adalah pelan Perlindungan Sakit Kritikal. Samada tiada atau pun jumlah yang di ambil adalah sangat minimum.
Ramai yang tidak mengetahui sakit kritikal adalah antara penyumbang kematian tertinggi dan punca masalah kewangan di Malaysia.
Sakit Kritikal Penyumbang kematian dan masalah kewangan di Malaysia |
Saya Dah Ada Medikal Kad Cover Juta-juta. Tak perlu dah Perlindungan Sakit Kritikal
Dan bagi yang ada medikal kad sehingga 1 atau 10 juta, ianya tidak mencukup. Ini kerana medikal kad hanya boleh guna masa kita warded dan dalam tempoh rawatan hospital sahaja. Apa yang berlaku bila kita melangkah keluar dari wad, semua kos adalah sendirian berhad. Jadi, di sini lah perlindungan sakit kritikal akan jadi sangat penting.
Adakah mencukupi hanya dengan medikal kad sahaja? |
Boleh ke Saya Nak Ambil Pelan Sakit Kritikal Sahaja?
Di Etiqa Family Takaful, kami memahami keperluan anda. Mungkin sebelum ini perlindungan sakit kritikal bukannya kepentingan utama untuk anda ambil. Oleh sebab itu kami menyediakan Pelan 68 Sakit Kritikal Aafiah Care. Dan pelan ini sangat mampu milik serendah RM40++ sahaja sebulan.
Anda boleh isi form di sini untuk request quotation : Form Quotation
Apakah kelebihan Pelan Aafiah Care 68 Sakit Kritikal?
Berbeza dengan kebanyakkan faedah sakit kritikal di mana anda perlu ada pelan asas seperti hibah baru boleh memohon, pelan ini tidak memerlukan sebarang asas. Anda hanya perlu memohon Pelan Aafiah Care sahaja untuk memberikan perlindungan sakit kritikal. Dan ini memberikan caruman yang jauh lebih murah berbanding dimasukkan sebagai rider pelan asas. Dan untuk pelan Aafiah Care ini , perlindungan adalah 68 Jenis Sakit Kritikal, bukannya hanya 39 untuk pelan rider sakit kritikal.
Pelan 68 Sakit Kritikal Aafiah Care Etiqa Takaful |
Antara Kelebihan Pelan Ini adalah :
- Coverage 68 Sakit Kritikal Sehingga RM1 Juta
- Pampasan awal 15% untuk setiap sakit : Severe Mental Illness, Diabetes Mellitus Complication, Angioplasty and Other Invasive Treatments for Coronary Artery Disease (Maksimum RM30,000 dan RM90,000 untuk 3 Sakit)
- Pampasan 5% lagi selama 5 tahun sekiranya disahkan kena sakit kritikal. Contoh pampasan anda adalah RM200,000. Sekiranya sah kena sakit kritikal anda akan dapat RM10,000 x 5 Tahun.
- Khairat Kematian RM5,000