Pelan Hibah Mahabbah. Pelan Hibah Takaful untuk semua keadaan.
Setiap kali bercerita tentang Hibah, ramai yang mengetahui keperluan untuk mendapatkan Pelan Hibah.
Antara sebabnya, boleh baca di sini untuk info => Apakah Itu Pelan Hibah?
Tahukah anda setiap kali disebutkan pelan Hibah Takaful oleh agen-agen takaful, antara perkara utama yang dibincangkan adalah :
- Pampasan Hibah Kematian (Sekali dapat)
- Hibah Kematian akibat kemalangan (Sekali dapat bergantung jenis kemalangan. Kalau Pengangkutan Awam Berjadual, dibayar 300%. Kemalangan lain hanya 200%)
- Hilang Upaya Kekal (Sekali dapat)
Secara mudahnya, kebanyakkan Pelan Hibah Takaful, hanya memberikan pampasan hanya 1 Kali Bayaran Pampasan. Dan sudah pastilah kematian hanya dapat 1 kali bayaran pampasan. Tetapi bagaimana pula Hilang Upaya Kekal?
Pampasan Hilang Upaya Kekal Pelan Mahabbah Etiqa Takaful di bayar 6 Kali?
Betul ke? Saya biasa dengar kalau seseorang yang ambil pelan pampasan Takaful termasuk Pelan Hibah Takaful kebanyakkannya hanya dapat pampasan hanya 1 Kali sahaja?
Sememang betul. Kalau anda memiliki Pelan Hibah Takaful Mahabbah daripada Etiqa ini, anda mendapat faedah pampasan Hilang Upaya Kekal sehingga 5 Tahun.
Sebagai Contoh, sekiranya anda memiliki pelan Hibah Mahabbah Takaful RM1 Juta, anda akan mendapat manfaat Takaful seperti di bawah :
- Manfaat Hibah Kematian sebarang sebab : RM1,000,000
- Manfaat Hibah Kematian sebarang Kemalangan 300% (Tidak tertakhluk pada pengangkutan awam sahaja) : RM3,000,000
- Manfaat Hilang Upaya Kekal : RM1,000,000
- Manfaat Hilang Upaya Kekal Berterusan (Long Term TPD Benefit) : RM50,000 x 5 Tahun = RM250,000 tambahan. Jumlah manfaat Hilang Upaya Kekal = RM1,250,000!!!
- Manfaat Khairat Kematian RM5,000
- Tambahan Manfaat Sakit Kritikal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan