Selasa, 25 Jun 2024

Apakah itu Pelan Hibah?

Pelan hibah merupakan satu bentuk perancangan kewangan di mana seseorang (penderma) memberikan aset atau harta kepada penerima (benefisiari) tanpa mengenakan apa-apa syarat atau balasan. Pelan ini sering digunakan untuk tujuan seperti memberi bantuan kewangan kepada waris atau orang tersayang, menguruskan pembahagian harta dengan lebih efisien, atau untuk tujuan amal.




Apakah Kelebihan Pelan Hibah?


1. Pengagihan Harta Yang Pantas: Hibah boleh mempercepatkan proses pengagihan harta kerana ia tidak tertakluk kepada proses wasiat yang lebih rumit dan mungkin mengambil masa yang agak lama.


2. Mengelakkan Pertelingkahan: Dengan hibah, penderma boleh menentukan dengan jelas siapa yang akan menerima harta tersebut, mengurangkan risiko pertikaian di kalangan ahli waris. Ini kerana, penerima harta telah ditentukan ketika pemilik harta masih hidup .


3. Fleksibiliti: Hibah boleh dilakukan pada bila-bila masa semasa hayat penderma dan boleh dibatalkan atau diubah jika penderma tersebut masih hidup. Bermakna, pemilik harta hibah tersebut, boleh dengan apa-apa keadaan dan masa ketika dia masih hidup, menukar penama mengikut keperluan beliau. 


4. Pengurusan Harta: Membantu dalam pengurusan harta secara lebih terancang dan mengelakkan beban cukai yang berlebihan kepada waris.



Jenis-Jenis Hibah

Untuk Hibah ni terdapat pelbagai jenis hibah yang ada.


1. Hibah Mutlak: Harta diberikan sepenuhnya kepada penerima tanpa sebarang syarat. Bermakna penerima mempunyai kuasa penuh ke atas harta hibah dari pemberi hibah.


2. Hibah Bersyarat: Harta diberikan dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh penerima. Sekiranya syarat-syarat pemberian hibah tidak ditepati, maka penerima hibah tidak layak untuk mendapatkan hibah tersebut.


3. Hibah Amanah: Harta dihibahkan kepada pemegang amanah yang akan menguruskan dan mengagihkannya kepada penerima berdasarkan terma-terma yang ditetapkan oleh penderma. Apabila penderma sudah tiada, maka pemegang amanah inilah yang akan menyampaikan hibah tersebut kepada waris yang sesuai.


Bagaimana pula dengan Hibah Takaful?

Seperti yang kita semua sedia maklum, Hibah Takaful adalah satu jenis hibah yang sangat popular kepada pemegang-pemegang polisi takaful di Malaysia.

Untuk Hibah Takaful ini juga dikenali sebagai Hibah Bersyarat. Di mana penerima Hibah Takaful sebagai penama dalam polisi Takaful Pemegang Takaful hanya akan diberikan setelah syarat yang dipersetujui berlaku. Dalam kes Takaful kebiasannya adalah sekiranya pemegang polisi tersebut meninggal dunia.


Sekiranya info ini membantu anda, silalah sharekan pada kenalan dan kawan-kawan anda melalui button share di bawah ye.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan