Tahukah anda jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan semakin meningkat setiap tahun? Dan apakah kesan peningkatan jumlah pesakit ini?
Menurut Berita Harian Online, jumlah kemasukan pesakit di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) meningkat 17.7 peratus dari 2020 hingga 2023, meliputi pesakit dalam wad, pesakit luar dan rawatan harian.
Laman web CodeBlue melaporkan, data KKM yang dibentang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) Kesihatan pada 27 Februari lalu menyatakan sejumlah 57.9 juta kemasukan pesakit bagi tiga kategori berkenaan direkodkan pada 2020.
Jumlah itu meningkat 18 peratus atau 10.2 juta kepada 68.2 juta pada 2023.
Kategori pesakit luar mencatat peningkatan tertinggi iaitu 18.3 peratus daripada 53.7 juta pada 2020 kepada 63.5 juta pada 2023.
Bagi pesakit dalam, berlaku kenaikan 12.4 peratus daripada 2.4 juta kepada 2.7 juta, manakala rawatan harian meningkat 5.6 peratus daripada 1.8 juta kepada 1.9 juta dalam tempoh sama.
Laporan itu membabitkan hospital KKM, institusi perubatan khas dan fasiliti kesihatan awam.
"Sektor awam mencatat 2.7 juta kemasukan pesakit hospital pada 2023, hampir dua kali ganda berbanding 1.4 juta kemasukan di hospital swasta.
"Walaupun ada 212 hospital swasta berbanding 149 hospital kerajaan, hospital awam menampung majoriti katil iaitu 71 peratus (45,964 katil) berbanding 18,779 katil di hospital swasta.
Masalah Yang Boleh Terjadi.
Oleh kerana kemasukan yang sangat tinggi di Hospital Awam, berbanding kemudahan yang disediakan belum mampu sepenuhnya untuk menanggung jumlah pesakit, sudah pasti akan menyebabkan proses rawatan akan menghadapi masalah. Bukan dari segi kepakaran yang memang tidak disangkal hospital awam memiliki kemudahan antara yang terbaik di dunia, tetapi dari segi tempoh menunggu.
Doktor dan jururawat terpaksa memberikan tugas yang melebihi kemampuan mereka disebabkan nisbah jumlah pakar dan pesakit yang tidak seimbang. Di mana isu kekurangan pakar ini banyak di selesaikan dengan jumlah pakar yang ada di hospital swasta. Ini membantu proses rawatan lebih pantas.
Rawatan Hospital Swasta Pantas Tapi Mahal.
Bagaimanapun, apabila melibatkan hospital swasta, sudah tentu kos nya tidak semurah dengan rawatan yang kita perlu bayar di hospital kerajaan. Dari segi harga bilik, doktor , kos rawatan, ubat ubatan dan lain-lain sudah tentu berkali ganda berbanding di hospital kerajaan.
Dan disebabkan kos-kos ini lah membuatkan ramai terpaksa melupakan hasrat untuk ke hospital swasta.
Anggaran Kos Masuk Hospital Swasta boleh baca di sini :
https://reduanhanif.blogspot.com/2014/02/aia-public-takaful-deposit-dan-bil.html
Pelan Medikal Kad Mampu Milik Etiqa Medic Edge
Disebabkan rakyat Malaysia perlu mendapatkan rawatan pantas untuk setiap penyakit, Etiqa Takaful telah memperkenalkan satu pelan Medikal Kad yang murah, mampu milik dan terbaik di pasaran iaitu Pelan Medikal Kad Standalon Medic Edge Takaful.
Pelan Medikal Kad ini boleh diambil dari serendah RM97 sebulan dan melindungi dari umur 14 Hari sehingga umur 85 Tahun.
Hospital Swasta yang menjadi Panel pula adalah sebanyak 139 buah dan sentiasa bertambah. Ada yang pernah tanya, Prince Court Etiqa cover ke? Ya, jawapannya Prince Court adalah panel hospital Etiqa.
Di bawah adalah senarai penuh manfaat Medikal Kad Etiqa Medic Edge Takaful
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Pelan Medikal Kad ini, boleh lah hubungi no 0193330342
atau Klik link :
atau



Tiada ulasan:
Catat Ulasan