Sabtu, 5 Oktober 2024

Etiqa Eliteplus Takafulink : Pelan Takaful Lengkap All in One daripada Etiqa Family Takaful

 




Apakah Pelan Etiqa Takaful Eliteplus Takafulink?


Eliteplus Takafulink adalah pelan Takaful lengkap berasaskan pelaburan yang didatangkan dengan pelbagai rider untuk pilihan anda. Sekiranya ini adalah kali pertama anda ingin memohon pelan Takaful, pelan ini adalah yang terbaik kerana pelan ini memberikan faedah perlindungan kematian dengan Hibah Takaful,  pampasan Hilang Upaya Kekal, Pampasan Sakit Kritikal , Pampasan Kemalangan dan lain-lain rider tambahan.


Apakah Rider- rider yang ada?


1. Pampasan Hilang Upaya Kekal

Sekiranya berlaku kehilangan upaya dimana anda tidak mampu melakukan perkara asas kehidupan dan bekerja, pampasan akan diberikan. Kebiasaannya jumlah minimum dicadangkan adalah Gaji Tahunan X 10. 


2. Rider Sakit Kritikal

Sekiranya disahkan oleh doktor, anda mengidap salah satu daripada 39 Sakit Kritikal, pihak Etiqa Takaful akan membayar pampasan seperti dalam polisi anda. Antara sakit kritikal dilindungi adalah seperti Kanser, sakit buah pinggang, stroke dll. Kebiasaannya jumlah minimum dicadangkan adalah Gaji Tahunan X 5. 


3. Rider Elaun Wad Harian di Hospital  

Dengan mengambil rider ini, jika anda dimasukkan ke hospital, anda akan diberikan Faedah Tunai Harian. Maksimum jika dimasukkan ke ICU adalah RM800 sehari Tunai Harian akan dibayar. Dan kelebihan di Etiqa Takaful, sekiranya anda wanita mengandung dimasukkan ke wad, akan juga dibayar Faedah Tunai Harian ini.


4. Rider 15 Sakit Kritikal Junior 

Perlindungan sakit kritikal untuk anak. Pelan ini melindungi anak-anak sekiranya berlaku 15 Sakit Kritikal Khas untuk kanak-kanak. Antaranya adalah seperti Asma, Leukemia, Autism, Pemindahan Sum - Sum Tulang, Sawan dan lain-lain. Sekiranya dimasukkan ke hospital akibat sakit kritikal junior 3 hari dan ke atas, 5% pampasan akan dibayar tanpa mengurangkan jumlah perlindungan.


5. Rider Medikal Kad Takafulink Medical Plus

Pelan Medikal Kad Etiqa Takaful memberikan perlindungan untuk membayar kos hospital jika perlu. Pelan ini memberikan perlindungan minimum RM1 Juta setahun dan maksimum RM2.3 Juta Setahun. Bilik dari 150 - 500 Sehari. Pelan ini boleh diambil tanpa sebarang deduktibel atau ko takaful. Ini mengurangkan kos kemasukan ke hospital. 

Dan paling best tidak seperti pelan-pelan lain di pasaran, sekiranya anda dalam kecemasan dan memerlukan rawatan pesakit luar, tuntutan boleh dilakukan untuk rawatan tersebut sebanyak RM100/kes. Dan pelan ini juga tiada limit hari untuk masuk ke hospital. Bukannya 120 hari atau 180 hari setahun, tetapi tiada limit hari.


6. Rider Kemalangan

Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, pampasan tambahan akan dibayar . Untuk pelan ini boleh ditambah sehingga 5X Ganda daripada perlindungan asas atau maksimum RM1 Juta. Sekiranya, Pelan asas Hibah anda adalah RM100,000, anda boleh mengambil pelan Kemalangan sehingga RM500,000. Dan juga boleh ditambah Elaun Wad kemalangan. Di mana sekiranya dimasukkan ke wad akibat kemalangan, anda akan diberikan Elaun sehingga maksimum  25 Minggu.

Contoh Rider Kemalangan RM500,000. 
Kemalangan dan dimasukkan ke wad selama 1 minggu.
Elaun RM0.85 setiap RM1000 Perlindungan

Jumlah Elaun : (RM500,000/1000) x 0.85 x7 = RM2975 akan dibayar.


7. Rider Waiver & Payor Waiver 

Sekiranya disahkan sakit kritikal atau hilang upaya kekal, anda akan dikecualikan pembayaran takaful sehingga tempoh matang. Ini termasuk polisi sendiri, anak-anak atau pun polisi yang dibayar untuk pasangan. Semua akan dikecualikan bayaran.



8. Pelaburan ke Dana-dana Pelaburan Etiqa

Anda boleh membuat simpanan pelaburan ke dalam dana-dana di bawah Etiqa Takaful untuk memberikan pulangan yang diingini mengikut portfolio pelaburan yang bersesuian dengan anda. Antara dana pilihan yang ada :

  • Dana Pendapatan Prima Takaful
  • Dana Syariah Seimbang
  • Dana Ekuiti Prima Takaful
  • Dana Syariah Indeks Ekuiti Global
  • Dana Syarian Sukuk Global

9. Khairat Kematian

Sekiranya berlaku kematian, selain pampasan pihak Etiqa Family Takaful akan juga memberikan Khairat Kematian Tambahan untuk proses pengkebumian peserta sebanyak RM3,000



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan info ataupun Quotation boleh isi form di bawah ini :


https://reduanhanif.blogspot.com/p/etiqa-takaful-quotation-form.html



Jadual Faedah Junior Star Critical Ilnesses dan 39 Critical Illness





Jadual Faedah Medikal Kad Takafulink Medical Plus









Tiada ulasan:

Catat Ulasan