Isnin, 18 April 2011

Unit Amanah. Rancang Kewangan Seawal Usia

Dipetik Dari : Seminar Pelaburan 360 hari ASNB , Sinar Harian Ahad 17 April 2011.


Ramai beranggapan masa sesuai untuk merancang kewangan adalah apabila mempunyai pendapatan sendiri. Lebih buruk lagi, ada yang merancang ketika melangkah ke usia persaraan. Realitinya, perancangan kewangan boleh dimulakan seawal mungkin walaupun belum mempunyai sumber pendapatan yang tetap.

Perancangan kewangan pada awal usia mempunyai banyak kelebihan. Justeru, tiada istilah terlalu awal merancang kewangan. Manfaat merancang kewangan di usia merupakan antara topic yang dibincangkan di Seminar Pelaburan 360 Hari di Maktab Rendah Sains MARA, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Peserta ditekankan agar merancang dahulu sebelum timbulnya keperluan. Lazimnya, setiap orang menyimpan setelah berdepan dengan keperluan untuk memiliki sesuatu.

Apabila kita hanya mula merancang ketika melalui keadaan sempit sebegini, pastinya kita rasa terbeban. Jika kita telah mempunyai wang kerana telah merancang lebih awal, wang itu boleh digunakan pada waktu yang diperlukan.

Apa yang lebih menarik, merancang lebih awal memberi kelebihan dari segi masa dan nilai wang. Ini bermakna kita mempunyai masa yang lebih panjang untuk menyimpan bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Malah jumlah pulangan simpanan uang dibuat juga lebih tinggi.

Golongan pelajar juga mampu memainkan peranan ini sedari awal. Sungguhpun jumlah yang disimpan adalah kecil, ia merangsang usaha membudayakan amalan ini sepanjang hayat.

Kata pepatah, ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’. Dengan lebihan wang daripada perbelanjaan bulanan, wang ini disimpan atau dilaburkan bagi memenuhi pelbagai keperluan masa depan.

INVEST SEKARANG DENGAN MENGISI FORM DI SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan