Ahad, 14 Oktober 2018

Medikal Kad Keluarga Terbaik Takaful

Anda masih mencari pelan medikal kad terbaik? Kos memiliki medikal kad sekarang terlalu tinggi?

Takaful telah melancarkan semula pelan medikal kad terbaik terbaik dan mampu milik.


Kenapa Perlu Pelan Medikal Kad 1 Keluarga?


Anda bayangkan sekiranya ada seorang berkeluarga. Anda berumur 30 tahun , mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak. Berapakah kos untuk anda memiliki medikal kad dengan had tahunan RM150,000 setahun untuk setiap seorang?

Paling minimum :

1) Anda : RM200
2) Isteri  : RM200
3) Anak 1 : RM150
4) Anak 2 : RM150
5) Anak 3 : RM150
6) Anak 4 : RM150

Jumlah keseluruhan untuk medikal kad 1 keluarga bayaran individu : RM1,000 Sebulan !!! 


Bagaimana pula dengan Pelan Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik dari Takaful?


Dengan pelan medikal kad satu keluarga, anda hanya perlu membayar 1 polisi sahaja untuk 1 keluarga.

Ini bermakna untuk Anda + Isteri + Anak 1+ Anak 2+ Anak 3+ Anak 4 anda hanya perlu membayar hanya sebanyak RM498 sahaja sebulan.

Anda boleh apply Quotation Percuma dengan mengisi form DI SINI

Berapa Coverage Saya Boleh Dapat?

Setiap AHLI KELUARGA anda akan mendapat Had Tahunan RM150,000.

DIULANGI SETIAP AHLI KELUARGA!!!

Jumlah untuk 1 Keluarga, RM150,000 X 6 orang = RM900,000 setahun.
Dan Tiada Had Seumur Hidup sehinggalah umur 100 Tahun.

Kalau 6 orang serentak kemalangan, kesemua 6 orang akan masuk wad dengan Had Tahunan masing-masing tanpa share limit.

Kalau ada agen yang tidak memasarkan produk Takaful datang berjumpa anda bagitau hanya seorang sahaja yang cover dalam 1 masa. minta dia register sekolah balik masuk darjah 1.

Di bawah adalah apa benefit yang SETIAP ahli keluarga anda akan dapat dengan Medikal Kad 1 Keluarga Takaful ini.


Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik AIA Public Takaful
Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik


Benefit Pelan Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik AIA Public Takaful
Benefit Pelan Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik AIA Public Takaful


Ingatlah, payung yang anda pegang tidak mampu untuk meredakan hujan. Tetapi ianya akan membantu anda bergerak meredah hujan.
Begitu juga pelan Takaful, ianya tidak mampu menjadikan anda jutawan 
tetapi akan membantu mengelakkan anda daripada menjadi seorang pengemis.

Ingnin maklumat lanjut?

Hubungi saya di 019 333 0342 atau

 Email reduanhanif@gmail.com atau

boleh isi Quotation Form.

Ahad, 10 Jun 2018

Pelan Hibah No Medical Limit

Tawaran Pelan Hibah Sempena Hari Raya

Sempena Bulan Jun 2018 bersamaan bulan umat Islam menyambut Hari Raya, Syarikat Takaful menawarkan pelan hibah terbaik dengan beberapa tawaran menarik.

Tahukah anda, segala hidangan yang anda dan keluarga nikmati ketika berbuka puasa adalah hasil yang anda perolehi dari kerja dan penat lelah anda setiap hari. Dengan rezeki pendapatan tersebut, maka anak-anak anda dapatlah menikmati hidangan tersebut.

Tetapi.

Bagaimana sekiranya suatu hari nanti anda tidak lagi mampu untuk mencari rezeki dan tiada lagi kemampuan untuk menyediakan hidangan seperti hari ini di atas meja? Ramai yang cakap, tak mampu asingkan sedikit gaji dalam 10% sahaja untuk ambil pelan takaful atau insurans ketika masih gagah bekerja. Bagaimana pula apabila sakit  atau tiada lagi di dunia dengan kehilangan 100% gaji? Adakah akan jadi lebih mudah kepada mereka dan keluarga?


Syarikat Takaful  menyediakan pelan Hibah Takaful dengan tidak memerlukan sebarang Medical Check Up sehingga RM5 Juta Income Protection (Perlindungan Pendapatan atau Gaji). Pelan ini telah dimulakan sejak sejak 2015 lagi dan menjadi ikutan syarikat-syarikat lain untuk memperkenalkan pelan yang seakan akan sama.

Income Replacement AIA Public Takaful
Pelan Hibah Untuk Keluarga Tersayang

Tawaran Istimewa Hanya Untuk Bulan Jun 2018

Sebagai tambahan faedah yang sedia ada seperti di bawah, Pelan Hibah A-Life Signature-i diberikan beberapa faedah tambahan. Dan ini termasuk juga mereka yang telah memiliki pelan  yang sebelum ini.

Income Replacement AIA Public Takaful
Faedah Pelan Hibah


Antara tawaran tambahan untuk pelan hibah terbaik takaful ini adalah seperti berikut:


  1. Pelan Hibah Kematian dan Hilang Upaya Kekal Sehingga RM5 Juta Tanpa Medical Check Up.
  2. Perlindungan Kemalangan , Kematian ketika menunaikan Haji @ Umrah RM10 Juta (100%).
  3. Perlindungan Kematian di dalam Pengangkutan Awam sehingga RM15 Juta.
  4. Perlindungan Kematian akibat Bencana Alam sehingga RM30 Juta ( New).


Untuk faedah kemalangan akibat bencana alam, bagi mereka yang telah memiliki Pelan A-Life Signature-i yang sebelum ini juga akan diberikan faedah tambahan ini secara percuma.


Dengan memiliki Pelan Income Replacement ini, insyaallah anda telah melalukan persediaan dari masalah yang akan berlaku dari perkara yang tidak diingini.

Ingatlah, payung yang anda pegang tidak mampu untuk meredakan hujan. Tetapi ianya akan membantu anda bergerak meredah hujan.

Ingnin maklumat lanjut?

Hubungi saya di 019 333 0342 atau

 Email reduanhanif@gmail.com atau

boleh isi Quotation Form.


















Ahad, 20 Mei 2018

Pelan Hibah Takaful Yang Mampu Milik

 Hibah Perlu ke Tak Perlu?


Kesedaran tentang keperluan hibah pada masa kini membuatkan ramai di antara kita semua mencari-cari pelan hibah yang terbaik. Kebanyakkan dari kita sebenarnya memerlukan pelan hibah ini walaupun jika ikut fikiran kita macam tak perlu. Anda mungkin bukan yang memerlukan pelan hibah jika anda tergolong seperti yang di bawah :

  1. Anda tiada isteri, suami atau anak-anak.
  2. Anda tiada ibu dan bapa.
  3. Anda tiada adik beradik.
  4. Anda tiada sebarang simpanan.
  5. Anda tiada sebarang hutang untuk dijelaskan
  6. Anda yakin anda akan sihat sehingga bila-bila.


Ada yang perlu mencarum dengan amaun yang tinggi untuk mendapatkan perlindungan hibah untuk keluarga. Sudah tentulah mereka yang mampu membayar lebih, mudah mendapatkannya. Bagaimana yang berpendapatan rendah tetapi inginkan pelan perlindungan hibah?

Pelan Hibah Mampu Milik Serendah RM1800 Setahun

 Tahukah anda, dengan hanya RM1800 caruman setahun, anda mampu menyediakan pelan hibah untuk keluarga anda? Tapi berapa pula amaun hibah yang boleh disediakan untuk waris?

Bagaimana Hibah membantu meringankan beban anda?
Bagaimana Hibah membantu meringankan beban anda?

Secara purata saya kirakan untuk para bapa yang berumur dalam lingkungan 30 Tahun kerana umur ini kebiasaannya anda telah berkeluarga dan memiliki sumber pendapatan yang tetap untuk anda menanggung keluarga. Dengan anggaran gaji minimum tahunan RM36,000.

Dengan caruman hanya RM1800 setahun atau hanya 5% dari gaji tahunan anda , anda telah sediakan amaun berikut untuk waris anda :

  1. Hibah RM250,000 serta merta kepada waris. Nilai Hibah ini akan meningkat sebanyak 1%  atau sebanyak RM2500 setahun secara PERCUMA.Selepas 20 Tahun nilai Hibah percuma adalah RM50,000. Dan total perlindungan Hibah menjadi RM300,000 untuk waris anda!
  2. Simpanan bernilai RM30,000 pada tahun ke 20. Anda mencarun RM1800 setahun. Jumlah caruman sehingga tahun ke 20 adalah RM36,000. Simpanan RM30,000. Bermakna selama 20 tahun jumlah bersih yang anda carum adalah RM6,000 atau RM300 Setahun untuk Hibah RM250,000 kepada waris anda.
  3. Sekiranya ditakdirkan anda tiada lagi, waris anda akan mendapat nilai hibah RM330,000 pada tahun ke 20.
  4. Jika mengalami Hilang Upaya Kekal, pampasan yang akan anda perolehi adalah sebanyak RM250,000 dan peningkatan 1% Setahun. Sehingga maksimum RM330,000.
  5. Elaun Hilang Upaya Kekal sebanyak RM25,000 setahun atau RM2,083 sebulan sehingga anda berumur 70 Tahun.


Adakah caruman sebanyak RM1800 setahun ini membebankan anda yang sedang sihat dan kuat untuk bekerja? Bagaimana jika suatu hari nanti anda tidak mampu lagi bekerja?

Adakah beban akan berkurang atau bertambah berkali ganda? Dari mana anda ingin mendapatkan duit belanja atau membayar hutang kereta, rumah , makan minum dan segala bil yang akan tetap datang walaupun anda bagitau pada bank yang anda tidak mampu membayar lagi? Apakah jawapan dari pihak bank kelak? Jual Rumah yang sedang anda duduki? Jual kereta? Keluarkan semua simpanan?

Hanya anda yang mampu menjawapnya.

Beban Hutang tidak akan berhenti jika sakit
Percayalah hutang tidak akan berhenti jika sakit.

Sekiranya anda ingin menyediakan pelan hibah mampu milik ini untuk keluarga tersayang, bolehlah hubungi saya samada Whatsapp atau Call saya di no 0193330342. Atau anda boleh isi form di SINI.



 TAHUKAH ANDA YANG PAYUNG TIDAK MAMPU MEMBERHENTIKAN HUJAN LEBAT YANG SEDANG TURUN, TETAPI AKAN MEMBANTU MEMUDAHKAN ANDA UNTUK MEREDAH HUJAN YANG LEBAT ITU.










Ahad, 22 April 2018

Bagaimana Simpanan anda boleh dihibahkan pada waris seawal 14 Hari?

 Simpanan

 

Kebanyakkan kita memilih untuk menyimpan hasil pendapatan kita di dalam beberapa instrumen simpanan yang ada di pasaran. Antara yang popular adalah seperti Akaun Simpanan bank, Fixed deposit, ASB, Unit Amanah dan ada juga yang menyimpan di dalam dana takaful. Anda bebas memilih untuk menyimpan di dalam mana-mana istrumen yang memberikan pulangan yang memenuhi matlamat dan keperluan anda.

Tetapi, selain dari memberikan matlamat dan sasaran pulangan yang dikehendaki, anda perlu memastikan yang pulangan simpanan anda tadi tidak tersekat di dalam akaun dan tidak dapat disalurkan kepada waris seperti yang anda kehendaki.

Hibah

Hibah bermaksud Hadiah @ Pemberian tanpa mengharapkan sebarang Balasan
Hibah adalah Hadiah @ Pemberian tanpa mengharapkan Balasan

Hibah adalah salah satu cara pembahagian harta yang diiktiraf. Apakah maksud hibah?
HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Kenapa Hibah Takaful Diperlukan?

Hibah Takaful amat diperlukan oleh waris. Ini kerana apabila seseorang itu meninggal dunia, segala harta yang ditinggal si arwah akan terus dibekukan atau disimpan sehingga waris menuntut dan membawa wakil untuk menguruskan harta. Dan harta tadi sebanyak mana yang ada pun, tiada satu pun boleh digunakan oleh waris. Cuba bayangkan dalam akaun simpanan anda ada RM1 Juta. Tetapi waris tidak boleh keluarkan kerana simpanan tadi telah jatuh menjadi harta pusaka dan perlu melalui proses Faraid dan sebagainya.

Tetapi, dengan adanya pampasan daripada Hibah Takaful, waris dapat menggunakan pampasan tadi untuk meneruskan kehidupan seperti biasa buat sementara waktu menunggu segala proses harta pusaka selesai diuruskan dan diagihkan mengikut hak faraid.



Kenapa Simpanan Anda Juga Perlukan Hibah?

Kita membuat simpanan ke dalam instrumen simpanan yang ada di pasaran seperti bank. Sekiranya penyimpan ditakdirkan pergi awal, simpanan di dalam akaun bank tadi secara automatik akan dibekukan. Dan secara tidak langsung, waris kemungkinan besar tidak akan mempunyai sebarang sumber kewangan untuk meneruskan hidup. Proses pembahagian akan mengambil masa yang panjang.  Anda boleh bayangkan dari tempoh dibekukan, sehinggalah selesai, bagaimana keadaan waris ketika itu. Adakah mereka mampu untuk meneruskan hidup?


Anda boleh mengelakkan pembekuan simpanan melalui pelan hibah AIA Pubilc Takaful
Anda boleh mengelakkan pembekuan simpanan melalui pelan hibah Takaful

Sekiranya, simpanan anda berjumlah RM1 Juta, bagaimana simpanan tadi boleh dipindahkan terus kepada waris anda dengan pantas tanpa perlu melalui proses yang rumit? Di sini saya mempunyai penyelesaian untuk masalah ini melalui Hibah Takaful. Di mana dengan membuat simpanan di dalam pelan hibah takaful, simpanan anda akan mudah untuk disalurkan kepada waris. Anda boleh memohon di SINI.

Selain itu, antara faedah yang ada sekiranya anda menyimpan di Hibah Takaful ini adalah :

1) Proses pemindahan simpanan anda tidak perlu melalui Amanah Raya.
2) Simpanan terkecuali dari akta probet 1959.
3) Proses pemindahan secara terus ke akaun waris dalam tempoh seawal 14 hari.
4) Simpanan anda tidak melalui proses Faraid dan penama telah anda tetapkan. Dengan cara ini tiada  pergaduhan antara waris.
5)  Tidak melibatkan campur tangan mahkamah. Waris tidak perlu pening kepala.
6) Simpanan sangat mudah dicairkan.
7) Sebagai pelan kecemasan kepada waris.


Untuk saya sediakan Pelan Hibah Simpanan anda, boleh hubungi saya di  019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.










Jumaat, 13 April 2018

Kerjaya di Al-Fateh Infiniti Agency


Top Agency MTA Malaysia . Al-Fateh Empire 


 Cukup ke income sekarang ?


Anda telah lama bekerja samada di sektor swasta atau kerajaan?

Dan selepas 5 tahun pendapatan dari kerjaya anda masih lagi di bawah RM5,000 atau di bawah RM10,000?
Cukupkah pendapatan anda jika di bawah RM5,000 sebulan setelah bekerja lebih 5 tahun?


Inginkah anda memiliki pendapatan yang lebih?

Sekiranya hari ini dan ketika ini anda membaca posting saya ini. Dan peluang hanya ada sekali untuk anda mendapatkannya adakah anda akan membuat satu keputusan untuk memilih kerjaya dengan pendapatan lumayan?

Saya ingin memberikan peluang kepada mereka yang betul2 ingin berubah untuk menyertai saya sebagai Life Planner Full Time di Syarikat Takaful . Apa yang anda boleh perolehi jika memilih untuk menyertai team saya?

1) Bonus Bulanan dari RM3,000 - RM9,000 melalui Special Recruitment Program
2) Komisen 2 Kali sebulan.
3) Bonus Production Setiap 3 Bulan! Bukan setahun sekali atau setahun 2 kali.
4) Training Percuma Tanpa Bayaran.
5) Melancong Percuma ke seluruh dunia.
6) Reward dari agensi seperti Suit Percuma.
7) Bekerja cara mudah dengan hanya menggunakan Ipad untuk presentation, submission, servicing, Follow up dan sebagainya.
8) Peluang mendapatkan Cash RM2 Juta.

 Dan banyak lagi rewards yang menanti anda.

Siapa yang saya cari ?

1) Mereka yang mempunyai disiplin.
2) Tidak memberi banyak alasan untuk berjaya.
3) Sanggup ditunjukajar
4) Sentiasa hadir training agensi dan syarikat
5) Follow your leader.

Saya Tiada Sebarang Pengalaman Bidang Jualan? Boleh ke saya berjaya?


Sudah pasti soalan begini sering menjadi penghalang kepada anda. Saya seperti juga anda.
Kejayaan anda dalam sesuatu bidang bukan ditentukan oleh apa yang anda pernah belajar. Tetapi apa yang anda sanggup belajar dan kesanggupan untuk ditunjuk ajar.


Lets join us, we show you the success.
Alhamdulillah. Rezeki di Industri Takaful
Saya bermula dengan '0' tanpa sebarang income ataupun sebarang pengalaman dalam bidang jualan terutama dalam bidang takaful dan insurans. Alhamdulillah, sehingga hari ini rezeki di Syarikat Takaful masih berterusan dan makin meningkat. Dan saya tidak menyesal meninggalkan jawatan sebagai seorang jurutera untuk mengubah angin ke bidang takaful. Berkat fokus, disiplin dan tidak mencipta alasan untuk berjaya, memberikan kejayaan kepada saya pada hari ini.



Sekiranya anda adalah orang yan saya cari, anda boleh hubungi saya di 0193330342. Atau email di reduanhanif@gmail.com. Atau isi form di Borang Application Agen



AIA Convention Trip 2018 AIA Public Takaful Al-Fateh Infiniti





Ahad, 11 Februari 2018

Offer Februari 2018 : Pelan Hibah RM4 Juta dan Simpanan Tanpa Medical Check Up

Walaupun setiap syarikat telah menyediakan pelan hospital atau medikal kad kepada para pekerja, anda sebagai mereka yang menyara keluarga masing-masing, mempunyai tanggungjawab untuk pendapatan berterusan kepada keluarga sekiranya terjadi perkara tidak diingini.

Kepada mereka yang memerlukan pelan Hibah Takaful, AIA Public Takaful SEKALI LAGI memberikan dan membuka untuk bulan Februari ini peluang untuk anda mendapatkan pelan Hibah sehingga RM4 Juta dan Pelan Kemalangan sehingga RM12 Juta tanpa perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan atau Medical Check Up

Hanya carum 5 Tahun, cover sehingga 100 Tahun berserta Simpanan dan bonus 20%
Pelan Hibah Takaful Berserta aset Simpanan dan Bonus 20%
Ramai yang tidak menyangkakan bahawa jika berlaku perkara tidak diingini, adakah mereka betul-betul bersedia? Berapa banyakkah harta warisan yang akan diberikan kepada waris? Berapa lama pula proses harta tersebut dipindahkan? Bagaimana kehidupan waris jika proses tersebut mengambil masa yang panjang? Mampukah mereka menghadapi semua tekanan dan perbelanjaan?

Bagaimana pula jika anda sihat? Jika sakit ada pampasan sehingga RM4 Juta. Dan jika sihat, anda akan memiliki simpanan yang tinggi berserta bonus kematangan sebanyak 20% yang akan ditambah ketika polisi anda matang nanti.

Menarik bukan? Pelan yang sangat lengkap melingkungi perlindungan, faedah ketika haji dan umrah, pelan kemalangan , simpanan dan juga bonus kematangan.

 Sekiranya anda berminat untuk menyediakan pelan ini , boleh lah mengisi FORM Quotation ini.

Atau Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com.