Jumaat, 14 September 2012

Medikal Kad Keluarga Terbaik KLIFF 2012. Unlimited Medikal Kad dari RM51. 1 Keluarga = RM230 Sebulan.

Medikal Kad 1 Keluarga Tanpa Had Takaful  (Lifetime Unlimited Family  Medical Card)


Sudahkah anda memiliki Kad Hospital / Kad Medikal / Medikal Kad / Medical Card?

Dengan anggaran kadar peningkatan sebanyak 15% setahun, kos  kemasukan  hospital  dan  pembedahan  di  Malaysia  kini  semakin  melambung  tinggi  dan semestinya  ANDA  perlu  mengeluarkan  belanja  yang  lebih  tinggi  untuk  mendapatkan  rawatan dan  khidmat  perubatan  yang  baik.  

Adakah anda sudah dilindungi dengan Pelan Medikal Kad (Medical Card) yang komprehensif atau hanya bergantung untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan semata-mata atau dalam erti kata lain tiada pilihan?

Dengan pelan Medikal Kad 1 Keluarga Tanpa Had Sepanjang Hayat AMedik (Lifetime Unlimited Individual and Family Medical Card)  setiap orang ahli keluarga anda dilindungi dengan had tahunan dari RM90K - RM190K. Dan sehingga maksimum anak yang keempat.

Sepintas lalu tentang A-MEDIK Unlimited Family Medical Card.

  •  Perlindungan perubatan dan kemasukan hospital yang MENYELURUH
  •  Pilihan untuk melanjutkan perlindungan melangkaui pelan individu
  •  Pakej KELUARGA dibenarkan
  •  TIADA had seumur hidup*
  •  Perlindungan sehingga umur mencapai 99 TAHUN
  •  Pilihan 5 pelan perubatan takaful yang MAMPU DIMILIKI


Faedah Pelan Pakej Keluarga

Anda mempunyai PILIHAN MEMPAKEJKAN pelan A-Medik untuk melanjutkan perlindungan kepada 
KELUARGA  iaitu  pasangan  dan  /  atau  anak-anak  (yang  berkenaan  dan  sehingga  had  tertentu 
bergantung pada pelan pilihan anda). 
Terdapat empat jenis pakej KELUARGA yang dibenarkan dibawah pelan A-Medik: 
  a)   Orang Dilindungi
  b)   Orang Dilindungi dan pasangan
  c)   Orang Dilindungi, pasangan dan anak-anak
  d)   Orang Dilindungi dan anak-anak


Selain boleh didapati sebagai Standalone Medikal Kad, AMedik juga boleh dijadikan rider kepada Investment Link Plan.


Lebih Lanjut Tentang Medikal Kad Takaful


1) Satu-satunya Medikal Kad Takaful yang TIADA HAD SEPANJANG HAYAT. Asalkan polisi anda masih aktif, anda berhak membuat tuntuan  tak kira berapa banyak sehingga akhir hayat.

2) Had Tahunan yang tinggi; pelan paling rendah (Pelan 150) pun sudah ada RM90,000, yang paling best jika ambil pelan keluarga, setiap individu memiliki had tahunan RM90,000. dan ianya tanpa had. Sebagai contoh, jika tahun ini anda dah gunakan RM50,000 tahun dpn had tahunan anda tetap akan jd RM90,000. begitu juga lah pada thn2 akan datang. Had Keseluruhan Kekal Tidak Habis. Bukankah baugs ada pelan yang macam ni?

3) Boleh claim kos rawatan selepas keluar wad sehingga maksimum 120 hari. Kebanyakkan Medikal Kad tidak sampai pun 120 hari. Tetapi AMedik memberikan anda tempoh rawatan susulan sehingga 120 hari demi memastikan anda mendapat rawatan secukupnya.

 43) Ada amaun free ko-takaful . Kebanyakkan syarikat mengenakan ko-takaful. Apa maksudnya? Jika syarikat terbabit mengenakan 10% ko-takaful bermakna peserta takaful terpaksa membayar 10% daripada jumlah bil bergantung kepada jumlah maksimum yang dikenakan syarikat tersebut. Tetapi dengan AMedik RM22,000 adalah free ko-takaful bagi plan bilik150.

5) Tiada caj ko-payment sekiranya peserta upgrade bilik. Peserta takaful hanya perlu bayar lebihan harga bilik daripada kelayakan bilik pelan yang dimiliki  X  Jumlah Hari di hospital. tiada penalti atau ko-payment  10% atau 20% daripada harga keseluruhan bil dikenakan. Sangat  Fleksibel.

6) Guarantee renewal. Peserta masih boleh meneruskan pelan takaful biarpun dah buat berapa banyak claim pun.

7) Servis yang cekap. Ini kerana AIA AFG Takaful tidak menggunakan pihak ketiga dalam menguruskan claim dan sebagainya. Ini mempercepatkan proses dan memudahkan claim.

8)Surplus Sharing/Al-Mudharabah
Sekiranya tabung takaful yang anda sertai mendapat keuntungan pelaburan atau kurang claim, keuntungan tersebut akan diberi sama rata antara anda dan syarikat. Jadi anda dapat duit dalam simpanan. 


















Akhir sekali hayati video di bawah. Dan Tanya Pada diri anda, Berapakah Nilai Pengorbanan Anda Terhadap Anak-anak Anda?




Selasa, 17 Julai 2012

Kepentingan Wasiat dalam Perancangan Kewangan Islam


Apa itu Wasiat? 


Wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya keatas harta atau manfaatnya untuk
kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam yang berkuatkuasa,
selepas kematiannya.



Autoriti Wasiat 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk  tidur dua malam
kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.”
Petikan dari Sahih Al-Bukhari (Jilid IV Ms. 1)
Orang yang perlu menulis Wasiat
Oleh kerana bukan waris (sama ada Islam atau bukan Islam) boleh mendapat manfaat melalui
Wasiat, orang Islam yang mempunyai aset dan mahu memberi kepada orang yang berikut di
bawah Wasiat tidak perlu berlengah lagi untuk menulis Wasiat:

•  Cucu
•  Anak Angkat
•  Ibu Bapa Angkat
•  Sahabat Karib
•  Masjid
•  Organisasi Kebajikan
•  Rumah Anak Yatim

•  Ibu Bapa bukan Islam
•  Ahli Keluarga bukan Islam
•  Bekas sekolah dan universiti
•  Hospital
•  Anak bukan Islam hasil perkahwinan terdahulu
•  Orang-orang  yang  tidak  akan  menjadi
benefisiari di bawah Faraid

Kelebihan Menulis Wasiat 


•  Mempercepatkan proses pembahagian Harta
Apabila seseorang meninggal dunia semua aset akan dibekukan. Pembahagian kepada waris
hanya  boleh  dibuat  apabila  Probate  atau  Surat  Kuasa  Mentadbir  diperolehi  daripada
Mahkamah Tinggi. Tanpa Wasiat Bon Pentadbiran dan penjamin diperlukan  serta  sebelum
pembahagian harta boleh dilakukan.
•  Mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga
•  Melantik wasi yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset anda sama ada terdiri daripada
individu atau Syarikat Amanah
•  Melantik penjaga harta untuk kanak-kanak


Sekiranya anda berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses penulisan wasiat serta memerlukan pencerahan, boleh hubungi saya di reduanhanif@gmail.com atau 019-333 0342.


Ahad, 18 Mac 2012

Manulife Asset Management Berhad. Cara Pelaburan boleh dilakukan di Manulife Asset Management Berhad

Pelaburan boleh dilakukan melalui 5 cara :

1) Skim pengeluaran KWSP.

   Untuk kelayakan pengeluaran boleh check sini :

   http://reduanhanif.blogspot.com/2011/03/kwsp-investment-scheme_06.html

2)Simpanan tunai lump sum.Minimum RM1000.

3) Simpanan tunai bulanan. Minimum permulaan Rm1000. BulananRm100. Boleh autodebit dari bank-bank

4) Kredit Kad Mastercard/Visa

5) Maybank2U atau RHB Online Penambahan Unit Minimum RM200 boleh dilakukan secara online ke dalam akaun yang telah didaftar
Maklumat lanjut boleh hubungi saya di reduanhanif@gmail.com / 019-333 0342.

MAAKL Mutual Berhad. FBM KLCI To Trend Higher Next Week.

MAAKL Mutual Berhad. Advantages Of Mutual Funds : Maximize Your Profits!

Written by Edward White 3 

Mutual funds are widespread forms of investments. They are merchandise from numerous companies that collect cash from a number of investors to create one other investment. These investments are managed by someone else who is usually an skilled investor and a financial expert. Learn on to find the benefits of mutual funds and how you can benefit from them.

Mutual funds have several advantages that made them some of the frequent varieties of investments. Certainly one of their advantages is that they allow you to put money into many various firms and sectors on the same time which would not be attainable without a considerable amount of money.

Investing your money in a number of corporations or sectors known as diversification. This is a superb technique to scale back the chance of an investment provided that solely a small portion of your portfolio is affected when a few firms in the fund perform poorly.

Another benefit of these funds is that they take away much worrying on the part of the investor. By investing in a mutual fund you hand over the cash management to a skilled professional manager who does it for you. His expertise in financials reduces the risk of selecting the fallacious funding decisions. And as a result of combined charges that the buyers of the fund have paid to the fund manager he has far more money than the common investor to research investments thoroughly.

In contrast to stocks, the prices of mutual funds generally do not change a lot. Though the orders to buy and promote are positioned throughout market hours, they are not implemented till the enterprise closes which happens only once a day. At the time of closure the Net Asset Value (NAV) of the fund’s new value is determined.

MAAKL Mutual Berhad. Bagaimana memaksimumkan pulangan pelaburan?

Dari soal jawab Utusan Malaysia.


SAYA berumur 25 tahun, baru memulakan pekerjaan dan akan menerima bonus tidak lama lagi (anggaran bonus tersebut adalah sekitar RM10,000). Pada masa ini, saya mempunyai RM2,000 simpanan dan kebanyakan gaji digunakan untuk perbelanjaan harian, pinjaman dan simpanan (RM300 adalah untuk simpanan setiap bulan).
Saya memerlukan panduan bagaimana untuk melabur bonus saya dalam produk berkaitan syariah. Apakah cadangan produk terbaik?
Dzain Daniel, Kuala Lumpur

Usia sekitar 20-an adalah waktu terbaik untuk menyimpan dalam usaha mencapai sasaran kewangan dalam kehidupan. Perancangan perbelanjaan berhemah semasa usia tersebut dapat membantu menghalang hutang tidak perlu, membolehkan anda memperuntukkan duit untuk perkara-perkara penting dan mengambil kesempatan terhadap kuasa pada masa hadapan.
Perkara yang penting pada usia ini adalah bukan wang tetapi waktu. Mereka yang mula menyimpan pada usia ini bakal mendapat manfaat besar terutama semasa persaraan dengan usaha yang sikit asalkan mereka kerap melabur.
Sebagai contoh, mereka yang berusia 25 tahun melabur RM2,000 setahun untuk tempoh lapan tahun dan tidak menambah pelaburan walaupun seringgit selepas 33 tahun, mereka boleh mendapat lebih pada usia 65 tahun berbanding mereka yang berusia 35 tahun melabur RM2,000 setahun untuk 32 tahun, walaupun mereka melabur lebih empat kali.
Untuk memulakan pelaburan, perkara pertama perlu dilakukan adalah mengetahui objektif mereka. Anda perlu tahu apa yang dilaburkan dan untuk berapa lama. Matlamat biasa adalah perancangan untuk persaraan, menyimpan untuk pendidikan atau membeli hartanah.

Walaupun apa matlamatnya, anda perlu memikirkan mengenai berapa banyak yang diperlukan dan bila waktunya.
Sekiranya matlamat anda adalah untuk tempoh tiga tahun adalah lebih baik melabur secara konservatif seperti deposit bank atau dana pasaran kewangan.

Terdapat juga produk berasaskan syariah sebagai alternatif. Tetapi untuk jangka panjang anda mungkin boleh memilih untuk melabur dalam pasaran saham. Mengikut sejarah pasaran saham pada kebiasaannya mendahului jenis-jenis pelaburan lain dalam jangka panjang.
Ketidaktentuan pasaran menjadikan pelaburan kurang ideal untuk jangka pendek, melainkan anda mempunyai kemampuan risiko yang tinggi.
Dengan jumlah pelaburan tersebut, mungkin anda boleh memilih melabur dalam unit amanah ekuiti berasaskan syariah atau alternatif lain seperti Amanah Saham.

Sebagai permulaan, anda boleh melabur di dalam dana yang hanya memerlukan jumlah pelaburan minimum sebanyak RM1,000 dan apabila anda ingin melabur selepas itu, anda hanya memerlukan kadar serendah RM100.
Jumlah tersebut berbeza antara bank-bank atau syarikat-syarikat. Apa yang terbaik adalah anda menyemak terlebih dahulu dengan mereka.

Selain itu, dana-dana tersebut adalah pelbagai dan diuruskan oleh pakar. Kepelbagaian boleh mengurangkan risiko pelaburan berbanding memberi tumpuan kepada satu kaunter sahaja.
Sebagai tambahan, dana berasaskan syariah mempunyai proses memastikan ia mematuhi standard syariah ditetapkan.
Sebagai pelabur baru, ia akan menjadi sukar untuk anda mengikut pasaran atau cuba membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi. Anda mungkin jika saham merudum. Kami mencadangkan strategi pelaburan percubaan dan uji.
Jangan letakkan jumlah tetap ke dalam dana atau saham pada sesuatu masa, sebagai contoh bulanan. Dengan melabur jumlah tetap setiap masa tidak mengira harga, pelabur dapat mengasingkan emosi dari proses membuat keputusan pelaburan.

Pelaburan tetap pada setiap masa mengelakkan kehendak untuk mengubah pelaburan kepada 'maklumat terkini' atau menarik diri ketika berhadapan kesukaran.
Adakah ia dapat melindungi pelaburan anda? Tidak kerana sebagai pelabur anda perlu memilih pelaburan berkualiti. Tiada strategi pelaburan yang berjaya setiap masa.

Jumaat, 16 Mac 2012

MAAKL Mutual Berhad. Sertai Kami Sebagai Konsultan MAAKL Mutual Berhad

Kenapa Saya Pilih MAAKL Mutual Berhad?

Dengan menjadi agen MAAKL Mutual anda memiliki kelebihan dari segi berikut :
1) Sistem Terbaik

a) MHO Online adalah sistem pemantauan pelaburan pelanggan yang telah memenangi anugerah Microsoft dan diiktiraf terbaik di Asia Pasifik
b) Anda akan diupdate setiap hari oleh Team Pelaburan MAAKL tentang keadaan pasaran. Setiap hari bukan sebulan sekali.
c) Anda boleh monitor Pelaburan Pelanggan di Smartphone (BB, iPhone, Android, iPAD
d) Anda mendapat Komisen jualan dan Komisen Asset (Dapat tiap-tiap bulan walau bulan tersebut tiada sales)





2) Multi Fund Manager

Peluang Untuk memasarkan produk terbaik di pasaran.

a) MAAKL Mutual Berhad
b) Hwang Investment Management
c) OSK-UOB




Apa yang di tawarkan oleh MAAKL Mutual Berhad kepada para agen?

1) Skim komisen yang menarik.
2) Kami memiliki pasukan yang terbaik - kepimpinan yang dinamik dalam industri dan persekitaran yang positif.
3) Kami mempunyai kewangan yang kukuh.
4) Kami menawarkan program latihan dan sistem pengurusan pelanggan terbaik.
5) Kami mempunyai portfolio perkhidmatan kewangan yang komprehensif
6) Kami mengutamakan hasil dan memberikan pelbagai insentif kepada yang berprestasi.

Faedah-faedah lain.

1) Pendapatan pelbagai peringkat.
2) Percutian percuma.
3) Khidmat sokongan pejabat agensi.

Kelayakan

1) Umur harus 21 tahun ke atas.
2) Minimum SPM dengan kredit dalam Matematik. Kredit BM atau English atau Mandarin.
3) Bagi mereka yang memiliki pendidikan lebih tinggi seperti diploma adalah digalakkan memohon.
4) Sabar dan tidak mudah putus asa.
5) Anda berminat untuk berjumpa dan  membantu orang merancang kewangan mereka.

BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AGEN, KLIK SINI UNTUK ISI FORM. 

Ahad, 11 Mac 2012

MAAKL Mutual Berhad. Greece has secured an overwhelming acceptance of a bond swap offer to private creditors and beat its own most optimistic forecasts.


EU commissioner Olli Rehn said there would be no better offer
EU commissioner Olli Rehn said there would be no better offer

Greece has secured an overwhelming acceptance of a bond swap offer to private creditors and beat its own most optimistic forecasts, according to a senior official.
The deadline expired tonight on a deal needed to avoid a chaotic debt default.
The government official, speaking on condition of anonymity, said take-up on the offer was around 95% an hour before the offer closed at 8pm GMT with responses still coming in.
The biggest sovereign debt restructuring in history will see bond holders accept losses of some 74% on the value of their investments in a deal that will cut more than €100bn from Greece's crippling public debt.
Preliminary results from the offer are expected to be announced officially at 6am GMT tomorrow and Finance Minister Evangelos Venizelos will hold a news conference before a call with eurozone finance ministers in the afternoon.
Eurozone ministers are to decide whether to clear the package.
Earlier today, European Union Economic and Monetary Affairs Commissioner Olli Rehn had urged private holders of Greek bonds to sign up to a vital debt swap deal.
He said there would be no better offer and the deal was vital for eurozone financial stability.
Athens, totally reliant on international support to stave off a default that could set off a severe banking crisis across the eurozone, has asked its private sector creditors to accept steep losses on their Greek bond holdings.
Investors are being asked to give up almost three quarters of the value of their holdings in return for new Greek bonds in a bid to cut a public debt burden that amounts to around 160% of Greece's GDP.
Provided it reaches a two thirds threshold of those who respond to the offer, Athens has said it will impose collective action clauses that would allow it to impose the deal on all its bondholders.
It has warned that it will pay nothing to investors who refuse to sign up

.

Sabtu, 10 Mac 2012

MAAKL Mutual Berhad. Kata-kata Hikmah Dari Warren Buffet Tentang Perancangan Kewangan



-On Earning: “Never depend on single income. Make investment to create a second source”. 

-On Spending: “If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need”. 


-On Savings: “Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving”. 


-On Taking Risk: “Never test the depth of river with both the feet”. 


-On Investment: “Do not put all eggs in one basket”. 


-On Expectations: “Honesty is very expensive gift. Do not expect it from cheap people”.

WARREN BUFFET

Jumaat, 24 Februari 2012

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1.Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.

2.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

3.Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.

4.Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.


KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL TAKAFUL PERCUMA

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Untuk renungan bersama . Dari web E-Fatwa JAKIM.

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

Keputusan (English): 
The Ruling on Promoting Conventional Products From Shariah Perspective

Decision:

The 89th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14th -16th December 2009 has discussed the ruling on promoting conventional products from Shariah perspective. The Conference observed that Syariah based Takaful system is growing rapidly. This product needs support from Muslims to further develop the system of Islamic muamalat. Therefore, Muslims are prohibited from promoting conventional insurance products that are based on usury. However, income and commission gained during the transition period from the is conventional system to takaful acceptable.
Keterangan/Hujah: 
Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :

" ما حرم أخذه حرم إعطأوه "

Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.

Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.


KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL TAKAFUL PERCUMA 





Rabu, 22 Februari 2012

Penamaan Waris Takaful.


Untuk proses penamaan pewaris, keistimewaan yang anda dapat dari Syarikat Takaful, sekiranya berlaku pada apa2 kejadian tidak diingini terhadap anda, anda boleh memilih samada ingin menggunakan kaedah WASI atau pun HIBAH.

SYarikat Takaful menawarkan :


Wasi : perlu ikut sistem faraid sebagai pemegang amanah. Dan pewaris yang anda namakan tidak dapat 100% pampasan yang anda ingin berikan. Hanya 2 pemegang amanah sahaja boleh didaftarkan.

Hibah(Hadiah) : anda boleh hibahkan sehingga kepada 4 orang waris atau sesiapa sahaja yang anda inginkan termasuk pemilik badan2 kebajikan.

Jika apa2 berlaku pada anda, siapa sahaja penama yang anda daftarkan akan mendapat 100% bayaran pampasan tanpa boleh dicabar di mahkamah.

Jika anda menyediakan insuran/takaful adakah anda ingin pastikan pewaris anda mendapat 100% atau hanya sebahagian sahaja dari yang anda ingin berikan? Apa guna perlindungan RM1 juta tapi waris hanya blh dapat RM100K selepas tolak sana dan sini?



Contoh: 


Anda ingin memberikan pampasan RM 100K kepada isteri anda. Tetapi telah dicabar di mahkamah syariah oleh adik beradik etc. Maka, penamaan tadi tidak sah lagi. Maka, isteri hanya mendapat 1/8 sahaja (RM12500) dari pampasan takaful anda melalui kaedah faraid.


Adakah itu pilihan anda? Sedangkan di syarikat Takaful anda boleh pilih hibah.

Kenapa nak pilih sebahagian jika ada pilihan yang anda boleh berikan 100% kepada waris anda?

Jika ingin yang 100%, hubungi saya. Semua produk boleh pilih samada nak Wasi/Hibah.




DAPATKAN PROPOSAL PERCUMA DI SINI.

Rabu, 8 Februari 2012

Senarai 36 Penyakit Kritikal Yang Di Lindungi

36 Penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Pelan Takaful.

Kebiasaannya anda tidak dilindungi oleh polisi hospital syarikat jika anda mengidapi penyakit-penyakit di bawah. Syarikat hanya melindungi pelan hospital dan pembedahan sahaja.
1. Penyakit Arteri Koronari
2. Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
3. Pengantian Injap jantung
4. Pembedahan Aorta
5. Kardiomiopati
6. Ensefalitis
7. Tumuo Otak Benigna
8. Meningitis Bakteria
9. Penyakit Neuron Motor
10. Penyakit Parkinson
11. penyakit Aizheimer
12. Poliomielitis
13. Sklerosis Berbilang
14. Sindrom apalik
15. Lumpuh
16. Koma
17. Hilang keupayaan Diri
18. Hilang Perlihatan
19. Hilang pendengaran
20. Hilang pertuturan
21. Kanser
22. Anemia Aplastik
23. Trauma Kepala Utama
24. Luka Terbakar teruk
25. Pemindahan Organ utama
26. kegagalan Buah pinggang
27. Penyakit hati kronik
28. Hepatatis Virus Fulminan
29. Serangan jantung
30. Angioplasti
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
32. Pembedahan Otak
33. Strok
34. Lumpuh Paraplegia
35. Penyakir paru paru kronik
36. Distrofi otot



Selasa, 7 Februari 2012

Degupan kencang tanda tidak normal

Dari Utusan Malaysia.



Kadar degupan jantung yang tidak normal adalah sebahagian daripada simptom serangan strok.



SERANGAN strok atau angin ahmar boleh mengubah kehidupan seseorang sepanjang hayat.
Ini kerana mangsa serangan strok yang terselamat daripada maut kebiasaannya akan mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah tubuh atau keseluruhan badan.

Ini menyebabkan pesakit memerlukan rawatan dan penjagaan berterusan lebih-lebih lagi jika terlantar di katil.
Di Malaysia, strok merupakan punca kematian yang ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser.
Malangnya hanya segelintir sahaja yang mengetahui tanda amaran tentang apa yang patut dilakukan sekiranya disyaki mengalami strok.

Fibrilasi Atrium (FA)

Satu masalah paling kerap menyebabkan strok ialah Fibrilasi Atrium (FA) iaitu keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.

Apabila ia berlaku, jantung berdegup dengan lebih laju.
Menurut Perunding Kanan Pulmonori dan Penjagaan Kritikal Hospital Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai, FA merupakan rentak jantung tidak normal yang paling kerap berlaku.
Ia memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya.
"Keadaan itu disebabkan wujudnya aktiviti elektrikal yang tidak terkawal di atrium kiri jantung dan mengganggu pusat isyarat elektrik yang berfungsi untuk mengawal kadar denyutan jantung.
"Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil," ujarnya.

Kadar denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali seminit.
Manakala dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali seminit.
Keadaan ini mengakibatkan aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam sesetengah keadaan.
Kata beliau, FA memberikan kesan yang berbeza kepada para pesakit.
Malangnya ramai yang tidak sedar mereka mengalami masalah FA dan penyakit itu sebenarnya lebih mencabar daripada pesakit jantung yang lain.

Katanya, keadaan itu menyebabkan proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas.
"Pesakit akan berasa letih dan lemah. Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung dalam atrium dan akan membentuk darah beku.
Menurutnya, darah beku akibat FA mungkin terpecah dan bergerak ke otak serta bahagian tubuh yang lain, Ini yang menyebabkan strok atau kerosakan serius kepada organ lain seperti jantung (lemah jantung).
Tambah beliau, pesakit FA mempunyai risiko lima kali ganda untuk mendapat strok berbanding mereka yang tidak mempunyai penyakit struktur atau organik jantung.

Simptom

Ditanya mengenai simptom-simptom penyakit itu, beliau menegaskan seseorang yang menghidapi FA biasanya mudah berdebar secara tiba-tiba, merasa cepat letih, lemah dan juga sukar untuk bernafas.
Selain itu, penglihatan juga mungkin kelihatan kabur dan leher mudah berdenyut serta berpeluh selain panas badan.
Satu cara untuk mengetahui sama ada degupan jantung normal atau tidak ialah dengan mengira dan merasa denyutan nadi di pergelangan tangan.

Jika denyutan terlalu cepat atau tidak sekata, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun pesakit FA kini tidak perlu gusar kerana terdapat penemuan baru di mana syarikat farmaseutikal, Bayer Healthcare baru-baru ini, melancarkan ubat terbaru yang dinamakan Xarelto sebagai perlindungan terhadap ancaman penyakit tersebut.

Xarelto yang juga dikenali sebagai rivaroxaban adalah ubat antipenggumpal oral yang dicadangkan pengambilannya sekali sehari pada dos yang ditetapkan tanpa perlu melakukan pemeriksaan darah secara rutin.
Pengurus Besar Bayer Healthcare Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Axel Bouchon berkata, Malaysia adalah negara pertama di Asia dan yang ketiga di dunia meluluskan penggunaan pil itu.

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL PERCUMA

Awas! najis berdarah.

Dari Utusan Malaysia

KANSER kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di lapan hingga 10 inci terakhir kolon.
Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.



Menurut Perunding Bedah Kolorektal dan Laparoskopik Hospital Prince Court, Dr. Yunus Gul Alif Gul, kes kanser kolorektal kini semakin meningkat.
“Dianggarkan 10 peratus menghidap penyakit ini di seluruh dunia. Kes pertama yang dilaporkan di Malaysia adalah pada 2002. Statistik terkini menunjukkan 14.2 peratus pesakit adalah lelaki dan sembilan peratus pesakit wanita. Secara keseluruhannya, orang Cina paling banyak menghidap kanser ini. Kanser ini juga menjadi penyakit kedua tertinggi selepas kanser payudara bagi wanita dan paling banyak di kalangan lelaki,” ujarnya.

Dr. Yunus Gul menerangkan, simptom penyakit ini adalah perdarahan dari dubur, perubahan rutin membuang air besar, sembelit, anemia (kurang darah), berat badan menurun dan ada kemungkinan tidak ada gejala. Ini bergantung pada ukuran dan kedudukan tumor.

Tambahnya, kanser ini boleh merebak tanpa mengira usia.

“Statistik menunjukkan lebih 80 peratus pesakit merupakan mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Namun, jika anda pernah mempunyai kanser atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.
Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut,” jelasnya.

Diagnosis
Dr. Yunus Gul menyarankan, jika terdapat simptom-simptom kanser kolorektal, segera berjumpa doktor untuk ujian penyaringan yang teratur.

Tambahnya, di Amerika Syarikat misalnya, terdapat saranan supaya penyaringan kanser kolorektal bermula pada usia 50 tahun dan ia diadakan dengan lebih kerap atau lebih awal jika anda mempunyai latar belakang keluarga yang menghidap penyakit tersebut.

“Penyaringan amat penting untuk mengesan polipus sebelum ia bertukar kanser. Pesakit juga mempunyai peluang yang baik untuk pulih jika kanser berjaya dikesan pada peringkat awal.
Kebanyakan kes yang saya temui sudah di peringkat ketiga dan keempat.
Perasaan risau dan takut untuk melakukan ujian penyaringan perlu diubah. Kebanyakan prosedur ini hanya mendatangkan ketidakselesaan yang minimum,” tambah beliau.

Dr. Yunus menjelaskan, antara penyaringan yang dilakukan adalah dengan menjalani pemeriksaan rektal secara digital.
Selain itu, doktor akan melakukan ujian darah fekal okulta untuk memeriksa sampel najis.
Kaedah lazim lain yang sering digunakan ialah sigmoidoskopi yang fleksibel dengan menggunakan tiub halus dan berlampu di hujungnya untuk memeriksa rektum dan sigmoid anda.
“Doktor juga sering menggunakan kolonoskop iaitu satu tiub yang panjang dan halus disambungkan ke kamera video dan monitor bagi membolehkan doktor melihat keseluruhan kolon dan rektum anda.
Kebiasaannya, doktor turut melakukan ujian genetik. Ini penting bagi anda yang mempunyai latar belakang sejarah kanser kolorektal,” katanya.

Golongan berisiko
Kanser ini juga dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.
Keadaan semakin rumit apabila anda tidak melakukan senaman atau tidak aktif kerana sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama.

Justeru Dr. Yunus Gul menggalakkan anda melakukan aktiviti fizikal secara teratur bagi mengurangkan risiko kanser merebak.
Tambah beliau, mereka yang merokok dan minum alkohol juga berisiko tinggi menghidap penyakit ini.
Apa yang merunsingkan beliau, ramai pesakit keliru dengan simptom kanser ini dengan buasir apabila adanya darah di dalam najis.

“Ia mungkin menunjukkan tanda-tanda berlakunya kanser tetapi ia juga boleh menunjukkan keadaan-keadaan lain. Darah merah yang anda lihat pada tisu tandas mungkin akibat buasir atau koyakan kecil di dalam dubur anda. Bagaimanapun, lebih baik jika anda berjumpa doktor dengan segera jika terdapat sebarang tanda darah atau perubahan di dalam bentuk najis kerana ia boleh menunjukkan tanda yang lebih serius. Seelok-eloknya anda berjumpa doktor jika ia berlaku lebih daripada tiga hari dan berterusan,” katanya.

Rawatan dan pencegahan
Menurut Dr. Yunus Gul, rawatan yang lazim bagi kanser ini adalah pembedahan tetapi ia berbeza dengan kaedah pembedahan 10 tahun dahulu.
“Jika dahulu, pembedahan akan meninggalkan saiz parut yang besar pada bahagian perut tetapi sekarang ia hanya meninggalkan parut sebesar ibu jari. Malah, ada pesakit yang boleh bekerja selepas dua atau tiga minggu melakukan pembedahan.

“Rawatan kimoterapi pula bergantung pada tahap kanser. Walaupun kanser ini boleh dirawat, pesakit yang menjalani pembedahan perlu melakukan ujian penyaringan sepanjang 10 tahun pertama.
Ini kerana kanser ini berpotensi menyerang lagi di tempat lain atau kawasan yang sama,” ujarnya.
Sama seperti penyakit lain, ubat yang paling mujarab merawat penyakit ini adalah pencegahan.

Untuk itu, Dr. Yunus Gul menasihatkan agar mengamalkan cara hidup sihat, makan lebih sayuran dan makanan berserat tinggi, banyakkan minum air masak, elakkan alkohol, rokok dan bersenam.

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL PERCUMA

Rabu, 25 Januari 2012

MAAKL Mutual Berhad. Hanya kemelesetan teknikal

Dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm



KUALA LUMPUR 24 Jan. - Ekonomi global diramal hanya akan mengalami kemelesetan teknikal dan tidak akan merebak ke seluruh dunia, kata Citibank Bhd. (Citibank).
Ketua Pakar Strategi, Penyelidikan Pelaburan dan Produk Pengurusan Kekayaannya, Steven Yong berkata: ''Walaupun terdapat krisis hutang di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) tetapi ia tidak akan merebak ke seluruh dunia.
''Beberapa negara bakal mengalami kesan teruk krisis seperti Greece dan Sepanyol tetapi pertumbuhan ekonomi akan berlaku tahun ini terutamanya di Jerman dan Perancis di Eropah.
''Tahun ini, adalah masa untuk menilai kembali pulangan jangka panjang sama ada portfolio seimbang atau dipelbagaikan,'' kata Yong.
Beliau berpendapat, pada hakikatnya kemelesetan ekonomi global tidak akan berlaku tetapi tahun 2012 adalah tahun yang lembap pertumbuhannya.
Yong dalam tinjuan tentang pelaburan runcitnya di sini berkata, penganalisis Citibank kekal positif tentang peluang pelaburan dalam pasaran ekuiti di Hong Kong dan Jepun serta pasaran komoditi di Brazil dan Russia.
''Selain itu, para pelabur juga dinasihatkan supaya mencari peluang dalam pelaburan berpendapatan tetap yang menawar hasil pulangan tinggi.
''Para pelabur perlu ingat walau apa pun keadaan ekonomi global dan domestik, persekitaran pasaran dan politik para pelabur hendaklah bersikap konservatif dan cekap dalam pembahagian aset mereka dengan pelaburan yang seimbang," kata beliau.
Yong berkata, tinjauan terhadap komoditi emas kekal positif bersandarkan kepada permintaan pelaburan dengan purata harganya akan kekal pada AS$1,950 (RM5,850).
Beliau berkarta, minyak mentah dunia pula dijangka akan berada pada purata AS$110 (RM330) setong pada tahun 2012.

Rabu, 18 Januari 2012

AIA Explores Buying ING's Asian Operations

Berita dari The Wall Street Journal



HONG KONG—AIA Group Ltd., the Asian life insurer 32.89%-owned by American International Group Inc., is considering buying the Asian insurance operation of Dutch financial-services company ING Groep NV, two people familiar with the situation said Tuesday, in a deal that could be worth around €5 billion ($6.3 billion).
The people said AIA has asked four banks to conduct a feasibility study, but it hasn't yet appointed advisers or made a final decision.
Amsterdam-based ING last week put its Asian business up for sale after scrapping plans for an initial public offering of its combined Asian and European insurance operations, citing the tough market climate.
It said it will continue to pursue a listing of its European assets.
AIA declined to comment.
Analysts say that an acquisition by AIA would make sense because the life insurer—which raised US$20 billion from a Hong Kong initial public offering in late 2010—has the cash, as well as ambitions to grow in Asia.
"AIA has a strong footprint in growing markets, while it lacks the firepower in mature markets such as Japan and Korea," Dutch brokerage SNS Securities wrote in a note. "ING, on the other hand, has a strong franchise in Japan and Korea and some very interesting operations in growing markets like Malaysia, India and China."
SNS values ING's Asian-Pacific insurance business, including its asset-management unit, at €5 billion, based on a price-earnings multiple of 13 times to 15 times forecasted 2011 earnings.
ING Chief Executive Jan Hommen said last week that there is a lot of interest in the company's Asian unit but that there hadn't yet been any detailed talks.
The European Commission ordered ING to sell its global insurance arm in order to win approval for state aid received during the 2008 financial crisis.
Last week, ING said it needed more time to repay the state aid because it has to protect its capital base amid market turmoil and, in another sign of worsening conditions, scale down financial targets for its banking unit.
ING received €10 billion in aid during the 2008 financial crisis. It still owes the Dutch state €3 billion, plus a €1.5 billion repayment premium, and it aims to return the money by the end of 2013.
—Maarten Van Tartwijk contributed to this article.
Write to Nisha Gopalan at nisha.gopalan@dowjones.com and Prudence Ho atprudence.ho@dowjones.com