Khamis, 23 Oktober 2025

Etiqa Medic Edge : Medikal Kad Murah Serendah RM97 Sebulan.

 Tahukah anda jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan semakin meningkat setiap tahun? Dan apakah kesan peningkatan jumlah pesakit ini?

Menurut Berita Harian Online, jumlah kemasukan pesakit di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) meningkat 17.7 peratus dari 2020 hingga 2023, meliputi pesakit dalam wad, pesakit luar dan rawatan harian.

Laman web CodeBlue melaporkan, data KKM yang dibentang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) Kesihatan pada 27 Februari lalu menyatakan sejumlah 57.9 juta kemasukan pesakit bagi tiga kategori berkenaan direkodkan pada 2020.

Jumlah itu meningkat 18 peratus atau 10.2 juta kepada 68.2 juta pada 2023.

Kategori pesakit luar mencatat peningkatan tertinggi iaitu 18.3 peratus daripada 53.7 juta pada 2020 kepada 63.5 juta pada 2023.

Bagi pesakit dalam, berlaku kenaikan 12.4 peratus daripada 2.4 juta kepada 2.7 juta, manakala rawatan harian meningkat 5.6 peratus daripada 1.8 juta kepada 1.9 juta dalam tempoh sama.

Laporan itu membabitkan hospital KKM, institusi perubatan khas dan fasiliti kesihatan awam.

"Sektor awam mencatat 2.7 juta kemasukan pesakit hospital pada 2023, hampir dua kali ganda berbanding 1.4 juta kemasukan di hospital swasta.

"Walaupun ada 212 hospital swasta berbanding 149 hospital kerajaan, hospital awam menampung majoriti katil iaitu 71 peratus (45,964 katil) berbanding 18,779 katil di hospital swasta.


Masalah Yang Boleh Terjadi.

Oleh kerana kemasukan yang sangat tinggi di Hospital Awam, berbanding kemudahan yang disediakan belum mampu sepenuhnya untuk menanggung jumlah pesakit, sudah pasti akan menyebabkan proses rawatan akan menghadapi masalah. Bukan dari segi kepakaran yang memang tidak disangkal hospital awam memiliki kemudahan antara yang terbaik di dunia, tetapi dari segi tempoh menunggu.

Doktor dan jururawat terpaksa memberikan tugas yang melebihi kemampuan mereka disebabkan nisbah jumlah pakar dan pesakit yang tidak seimbang. Di mana isu kekurangan pakar ini banyak di selesaikan dengan jumlah pakar yang ada di hospital swasta. Ini membantu proses rawatan lebih pantas.


Rawatan Hospital Swasta Pantas Tapi Mahal. 

Bagaimanapun, apabila melibatkan hospital swasta, sudah tentu kos nya tidak semurah dengan rawatan yang kita perlu bayar di hospital kerajaan. Dari segi harga bilik, doktor , kos rawatan, ubat ubatan dan lain-lain sudah tentu berkali ganda berbanding di hospital kerajaan.

Dan disebabkan kos-kos ini lah membuatkan ramai terpaksa melupakan hasrat untuk ke hospital swasta.

Anggaran Kos Masuk Hospital Swasta boleh baca di sini :  

https://reduanhanif.blogspot.com/2014/02/aia-public-takaful-deposit-dan-bil.html


Pelan Medikal Kad Mampu Milik Etiqa Medic Edge

Disebabkan rakyat Malaysia perlu mendapatkan rawatan pantas untuk setiap penyakit, Etiqa Takaful telah memperkenalkan satu pelan Medikal Kad yang murah, mampu milik dan terbaik di pasaran iaitu Pelan Medikal Kad Standalon Medic Edge Takaful.

Pelan Medikal Kad ini boleh diambil dari serendah RM97 sebulan dan melindungi dari umur 14 Hari sehingga umur 85 Tahun. 

Hospital Swasta yang menjadi Panel pula adalah sebanyak 139 buah dan sentiasa bertambah. Ada yang pernah tanya,  Prince Court Etiqa cover ke? Ya, jawapannya Prince Court adalah panel hospital Etiqa.


Dapatkan pelan medikal kad mampu milik serendah RM97 Sebulan












Di bawah adalah senarai penuh manfaat Medikal Kad Etiqa Medic Edge Takaful



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Pelan Medikal Kad ini, boleh lah hubungi no 0193330342


atau Klik link :

                                                                    Saya Nak Apply 

Saya Nak Apply 

Saya Nak Apply 

atau

https://reduanhanif.blogspot.com/p/etiqa-takaful-quotation-form.html












Rabu, 15 Oktober 2025

Hibah Takaful untuk Bayar Loan Kereta?

Kereta adalah satu keperluan untuk kita semua. Kereta bukan lambang kemewahan lagi tetapi satu kemudahan untuk memudahkan kita untuk kehidupan seharian. Antara perkara yang memerlukan kereta :

  1. Ulang alik ke tempat kerja
  2. Hantar anak-anak ke sekolah
  3. Tujuan membeli barang-barang dapur
  4. Kemudahan untuk bergerak lepak seperti kedai mamak, makan aiskrim dll
  5. Balik kampung terutama yang berkeluarga yang penuh dengan beg dan barang-barang.
  6. Bawa keluarga sakit ke Hospital, Klinik 
Pendek kata, kereta ni kalau tiada, banyak perkara akan terganggu.


Pelan Perlindungan Untuk Loan Kereta?


Apa akan jadi, sekiranya kita sebagai pembayar hutang utama untuk kereta ditakdirkan sakit seperti Hilang Upaya Kekal, Sakit Kritikal atau pergi tak kembali?

Bagaimana dengan hutang kereta pada pihak Bank? Adakah pihak bank akan kecualikan sahaja hutang tersebut untuk waris atas dasar simpati? 

Yang biasa terjadi, sudah pasti kereta terbabit akan ditarik kerana hutang dah tertunggak disebabkan sakit tidak mampu bekerja atau pun sudah tiada lagi di dunia ini.


Hibah Takaful Prisma sebagai Pelan Perlindungan Loan Kereta.



Kami bayarkan loan kereta anda jika sakit atau meninggal.



Di Etiqa Takaful, kami mempunyai pelan yang boleh memberikan perlindungan untuk kemudahan anda atau waris menyelesaikan hutang pinjaman kereta dengan Pelan Hibah Takaful Prisma kami.

Antara pampasan yang boleh dilindungi adalah seperti di bawah :

  1. Kematian Biasa
  2. Kematian Kemalangan
  3. Hilang Upaya Kekal
  4. Sakit Kritikal

Sekiranya terjadi sakit di atas, pampasan akan diberikan dan boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang loan kereta anda pada pihak Bank.

Caruman untuk Pelan Hibah Takaful Prisma ini adalah serendah RM30 sebulan dan tempoh perlindungan serendah 10 Tahun.


Anda berminat untuk mendapatkan Quotation Percuma? Jom Klik di link ini : 


Saya Nak Apply 

Saya Nak Apply 

Saya Nak Apply 






Isnin, 13 Oktober 2025

Mahabbah Takafulink Plan. Plan Hibah Takaful dengan Bayaran Pampasan 5 Tahun.

 Pelan Hibah Mahabbah. Pelan Hibah Takaful untuk semua keadaan.


Pelan Hibah yang berikan Pampasan Sehingga 5 Tahun

Setiap kali bercerita tentang Hibah, ramai yang mengetahui keperluan untuk mendapatkan Pelan Hibah. 
Antara sebabnya, boleh baca di sini untuk info => Apakah Itu Pelan Hibah?

Tahukah anda setiap kali disebutkan pelan Hibah Takaful oleh agen-agen takaful, antara perkara utama yang dibincangkan adalah :

  1. Pampasan Hibah Kematian (Sekali dapat)
  2. Hibah Kematian akibat kemalangan (Sekali dapat bergantung jenis kemalangan. Kalau Pengangkutan Awam Berjadual, dibayar 300%. Kemalangan lain hanya 200%)
  3. Hilang Upaya Kekal (Sekali dapat)
Secara mudahnya, kebanyakkan Pelan Hibah Takaful, hanya memberikan pampasan hanya 1 Kali Bayaran Pampasan. Dan sudah pastilah kematian hanya dapat 1 kali bayaran pampasan. Tetapi bagaimana pula Hilang Upaya Kekal?


Pampasan Hilang Upaya Kekal Pelan Mahabbah Etiqa Takaful di bayar 6 Kali?


Betul ke? Saya biasa dengar kalau seseorang yang ambil pelan pampasan Takaful termasuk Pelan Hibah Takaful kebanyakkannya hanya dapat pampasan hanya 1 Kali sahaja?

Sememang betul. Kalau anda memiliki Pelan Hibah Takaful Mahabbah daripada Etiqa ini, anda mendapat faedah pampasan Hilang Upaya Kekal sehingga 5 Tahun.

Sebagai Contoh, sekiranya anda memiliki pelan Hibah Mahabbah Takaful RM1 Juta, anda akan mendapat manfaat Takaful seperti di bawah :

  1. Manfaat Hibah Kematian sebarang sebab : RM1,000,000
  2. Manfaat Hibah Kematian sebarang Kemalangan 300% (Tidak tertakhluk pada pengangkutan awam sahaja) : RM3,000,000
  3. Manfaat Hilang Upaya Kekal : RM1,000,000
  4. Manfaat Hilang Upaya Kekal Berterusan (Long Term TPD Benefit) : RM50,000 x 5 Tahun = RM250,000 tambahan. Jumlah manfaat Hilang Upaya Kekal = RM1,250,000!!!
  5. Manfaat Khairat Kematian RM5,000
  6. Tambahan Manfaat Sakit Kritikal

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan info ataupun Quotation boleh isi form di bawah ini :


https://reduanhanif.blogspot.com/p/etiqa-takaful-quotation-form.html


Isnin, 2 Jun 2025

Etiqa Takaful Top Agency Superachiever Group Super All-Star Nite Annual Dinner 2024

 


Alhamdulillah 31/5/2025. Seminggu selepas Supeachiever Group menerima anugerah mewakili Etiqa Family Takaful Bhd di MTA Star Nite, seluruh agen diraikan di Superachiever Group Super All-Star Nite bertempat di Monkey Canopy Resort bersama artis jemputan #Ruffedge.

Sebelum sambutan utama di sebelah malam, di sebelah pagi telah diadakan Agency Director Appreciation Day Award Ceremony.

Terima kasih kepada semua yang terlibat terdiri daripada seluruh Agency Director, Superachiever Group Management Team, Etiqa Family Takaful Bhd Management Team, AGM2 dan seluruh wakil takaful Superachiever Group.

Tahniah kepada semua penerima anugerah di kedua dua majlis. Semoga tahun ini, akan lebih banyak kejayaan untuk Superachiever Group dan juga Etiqa Family Takaful Bhd. Bagi yang berminat bersama kami di Agensi No 1 Etiqa Family Takaful Bhd, boleh lah terus hubungi saya di link di bawah : https://wa.link/tg5bo6 https://wa.link/tg5bo6 https://wa.link/tg5bo6







CEO Etiqa Family Takaful Bhd, En Zafri
CEO Etiqa Family Takaful Bhd, En Zafri

Founder Superachiever, Kak Zue dan barisan Agency Director.
Founder Superachiever, Kak Zue dan barisan Agency Director.




Performance Barisan Agency Director dan Management Etiqa Family Takaful
Performance Barisan Agency Director dan Management Etiqa Family Takaful


Bergambar sebelum makan tu wajib

Barisan Agency Growth Manager yang menjadi tulang belakang penting
Barisan Agency Growth Manager yang menjadi tulang belakang penting


Tahniah kepada semua penerima Award untuk 2024



Artis Jemputan di Dinner Etiqa Top Agensi Superachiever Group
Ruffedge!!!








Isnin, 26 Mei 2025

Etiqa Madani : Pelan Pendidikan Takaful Untuk Anak

Pelan Pendidikan Madani Etiqa Takaful : Perlindungan & Simpanan Bijak untuk Masa Depan Anak Anda 

Etiqa Madani : Pelan Pendidikan Takaful Untuk Anak
Etiqa Madani : Pelan Pendidikan Takaful Untuk Anak


Mengapa Perlu Merancang Pendidikan Anak Dari Sekarang?


Sebagai ibu bapa, impian kita adalah melihat semua anak-anak berjaya dalam pelajaran dan memiliki masa depan yang cerah. Namun, kita juga harus memahami situasi dengan kos pendidikan yang semakin meningkat dan cabaran ekonomi yang tidak menentu, perancangan kewangan yang bijak amatlah diperlukan. Kita tidak sepatutnya berharap yang bila sampai masanya, anak-anak kita akan mencari biaya sendiri untuk pendidikan mereka.

Menurut kajian yang dilakukan pada masa kini termasuk kos sara hidup :  

✔ Kos pengajian di universiti awam boleh mencecah **RM50,000 – RM100,000** untuk program ijazah.  
✔ Kos pengajian di universiti swasta atau luar negara boleh mencecah **RM200,000 – RM500,000**.  
✔ Inflasi pendidikan meningkat sekitar  **6-10% setahun** , menjadikan biaya lebih tinggi pada masa hadapan.  


Kos Pendidikan di Malaysia. Sekarang dan akan datang.
Kos Pendidikan di Malaysia. Sekarang dan akan datang.


Tanpa persediaan awal, ibu bapa mungkin terpaksa bergantung pada pinjaman atau menghadapi kesukaran membiayai pendidikan anak. Sekiranya membuat pinjaman, berapa lama pula anak-anak akan ambil masa untuk langsaikan hutang asas + kadar faedah? Sepatutnya, apabila anak-anak memulakan kerjaya masing-masing, tidak perlu memikirkan beban hutang. Tapi sebaliknya yang berlaku. Di mana, mula sahaja bekerja, terus dibebankan dengan hutang dan kadar faedah pinjaman pendidikan.


Apa Itu Pelan Pendidikan Madani Etiqa Takaful?

Pelan Pendidikan Madani oleh Etiqa Family Takaful Bhd hadir sebagai penyelesaian lengkap untuk membantu anda merancang tabung pendidikan anak-anak dengan lebih yakin dan terjamin.  



Pelan Pendidikan Etiqa Madani adalah produk **Takaful Pendidikan berlandaskan patuh Shariah** yang menggabungkan **simpanan pendidikan** dan **perlindungan takaful**. Ia direka untuk membantu ibu bapa:  


✅ **Membangunkan dana pendidikan anak secara sistematik dan pasti**  
✅ **Melindungi kewangan keluarga jika berlaku musibah atau perkara tidak diingini kepada penyimpan**  
✅ **Mempunyai fleksibiliti dalam pembayaran dan tempoh simpanan**  


Kelebihan Pelan Pendidikan Madani Etiqa Takaful


1. Simpanan Pendidikan Berkonsepkan Takaful (Shariah-Compliant) 


✔ Dana dikumpul secara berperingkat dalam tempoh 8,15 atau 20 tahun dengan potensi pulangan yang kompetitif.  
✔ Tiada unsur riba, sesuai untuk keluarga Muslim yang mementingkan kesucian simpanan bebas dari unsur yang bertentangan dengan syarak.  

2. Perlindungan Menyeluruh untuk Ibu Bapa & Anak

✔ **Manfaat kematian & hilang upaya** – Jika berlaku sesuatu kepada ibu bapa, dana pendidikan anak tetap terjamin dipenuhi dengan nilai simpanan melebihi jumlah dilindungi (130% ketika sijil takaful matang)
✔ **Manfaat penyakit kritikal** – Simpanan Pendidikan akan jadi percuma sekiranya pencarum menghadapi masalah kesihatan sakit kritikal.  
✔ **Manfaat pembebasan caruman / waiver** – Jika berlaku risiko tertentu, caruman akan diteruskan oleh Etiqa tanpa perlu bayaran lanjut.  


3. Fleksibiliti dalam Pembayaran & Tempoh Simpanan

✔ Pilih tempoh simpanan (**10, 15, atau 20 tahun**) mengikut keperluan.  
✔ Boleh bermula dengan caruman yang berpatutan (**contoh: RM100 – RM500 sebulan**).  
✔ Pilihan penerimaan dana secara berperingkat (contoh: pada umur anak 15,21 dan 25 tahun).  

4. Manfaat Bonus Tambahan 

✔ RM500 Bonus sekiranya menamatkan Darjah 6 (Tidak kira keputusan peperiksaan)  
✔ 10% Bonus Tunai dari jumlah perlindungan akan dibayar 2 tahun sebelum polisi matang. Total 20% Bonus. Contoh perlindungan RM15,000. Bonus akan dapat 10% x RM15,000 x 2 = RM3,000.
✔ Bonus kematangan sijil sebanyak 130% dari jumlah perlindungan akan diberikan bila sijil matang pada umur 15 @ 21 @ 25 Tahun. Jika jumlah dilindungi RM15,000 Bonus Kematangan = RM19,500.
✔ Nilai Simpanan ketika polisi matang mengikut prestasi tabung simpanan.

Jadi, jumlah yang pasti walaupun ditakdirkan ibu atau bapa yang membayar tadi telah tiada, adalah bersamaan  dengan RM500 + RM1500 + RM1500 + RM19,500 = RM23,000. Belum termasuk simpanan dalam Dana dan juga Surplus Sharing Takaful.


Contoh bayaran pelan pendidikan madani Etiqa Takaful
Contoh bayaran pelan pendidikan madani Etiqa Takaful


Cabaran Pendidikan Anak & Bagaimana Pelan Madani Membantu Perancangan Anda


1. Kos Pendidikan & Sara Hidup yang Semakin Meningkat

Dengan inflasi dan kenaikan harga barang, simpanan biasa mungkin tidak mencukupi. Pelan Madani membantu mengumpul dana secara disiplin dengan potensi pertumbuhan yang lebih baik. Dan tiada pengeluaran secara suka-suka dari Dana Simpanan.

2. Risiko Kewangan Jika Ibu Bapa Menghadapi Musibah 

Jika ibu bapa meninggal dunia, Sakit Kritikal, Hilang Upaya Kekal sekaligus tidak mampu lagi bekerja untuk menyimpan, sudah tentu dana pendidikan anak akan terhenti serta merta dan boleh terjejas. Tetapi dengan Pelan Pendidikan Madani ini, pihak Etiqa akan membantu anda untuk menyimpan dana ini setiap bulan tanpa gagal sehinggalah sijil matang. Bukankah ini dapat memastikan pendidikan anak anda tidak terganggu.


3. Rebate Cukai LHDN

Ramai beranggapan dengan mencarum di Takaful untuk anak layak mendapat potongan cukai untuk Pelan Pendidikan. Jawapannya tidak. Hanya Pelan Pendidikan yang diiktiraf oleh LHDN seperti Pelan Pendidikan Madani oleh Etiqa ini sahaja yang boleh menerima rebate. Jangan buat tuntutan, selepas bertahun, anda tidak layak disebabkan bukan Pelan Pendidikan. Kena bayar penalti + dibatalkan rebate yang dituntut nanti. Tak pasti? Boleh hubungi saya.


Kesimpulan: Pendidikan Anak Adalah Pelaburan Terbaik


Jangan biarkan ketidaktentuan ekonomi menghalang impian anak anda. Dengan Pelan Pendidikan Madani Etiqa Takaful, anda bukan sahaja menyimpan untuk masa depan mereka tetapi juga melindungi dana tersebut daripada risiko kehidupan.  

**Mulakan perancangan hari ini untuk menjamin kecemerlangan anak esok!**  


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya dengan menekan link di bawah atau whatsapp saya di 0193330342.