Apakah sebab kita patut menyimpan & melabur?
1) Sebagai tabung kecemasan – Dari segi psikologi manusia perlu rasa selamat terhadap bencana kewangan seperti rawatan penyakit, kemalangan dan kena buang kerja.
2) Sebagai alat untuk memenuhi wawasan kewangan seperti tabung pendidikan sendiri/ anak, kenderaan peribadi baru, percutian atau cengkeram pembelian rumah.
3) Sebagai tabung untuk hari tua atau sebagai penambahan kepada bayaran pencen / tabung KWSP.
4) Sebagai satu jambatan untuk menghasilkan lebih wang tampa bekerja sendiri.
Sebelum melabur atau menyimpan ada baiknya pelabur mempartimbangkan faktor-faktor berikut:
1) Dimanakah kedudukan pelabur dalam kitaran hidup?
2) Apakah risikonya?
3) Bagaimanakah kesan inflasi terhadapnya?
4) Bolehkan ia dicairkan?
5) Berapakah harga pulangannya?
6) Perlukah dilakukan pemelbagaian (diversification) ?
Berikut adalah contoh kedudukan pelabur berdasarkan faktor umur dan kehendak mereka:
1) Pesara:
Contoh Wawasan: melindungi modal dan memaksimumkan pendapatan
Langkah yang diambil: Pilih pelaburan selamat seperti unit amanah yang bermotifkan pendapatan, akaun mudharabah dan saham blue-chip. Sentiasa pantau kadar pendapatan yang diterima dari potfolio pelaburan. Untuk mengatasi inflsi sebahagian kecil modal patut dilaburkan dalam tabung lebih berisiko.
2) Pasangan dengan anak dewasa
Contoh Wawasan: Untuk Persaraan
Langkah yang diambil: Simpan sebahagian wang dalam peaburn yang konservatif/ berisiko rendah. Kalau dari golongan kaya boleh gunakan pelaburan berisiko lebih tinggi. Pasangan dengan anak belasan tahun menyediakan tabung untuk bayaran bil pengajian yang tinggi. Mengkaji sumber-sumber bantuan kewangan / pinjaman yang ada. Memantau semua simpanan yang ada samaada mencukupi. Jika tidak mungkin berusaha menambahkan pandapatan.
3) Pasangan dengan anak bersekolah
Contoh Wawasan: Tabung pendidikan dan tabung percutian
Langkah yang diambil: pastikan sudah ada tabung tunai untuk kecemasan dahulu sebelum mula melabur dalam alat pelaburan yang mempunyai nilai pulangan yang tinggi seperti unit amanah pertumbuhan (grows funds). Tujuannya untuk mengatasi inflasi. Pelabur yang mempunyai selera risiko yang tinggi boleh menggunakan unit amanah pertumbuhan yang lebih aggresif.
4) Pasangan dengan bayi/anak kecil
Contoh Wawasan: Rumah yang lebih bagus
Langkah yang diambil: Pilih rumah yang sesuai – boleh jadi tempat tinggal serba boleh juga dijual bila anak-anak sudah berkahwin. Sebelum melabur pastikan sudah ada tabung kecemasan tunai bernilai 3 bulan gaji, insuran pendapatan, dan insuran perubatan. Pelaburan digalakkan dalam unit amanah jenis berimbang (balance fund) atau ASB.
5) Bujang
Contoh Wawasan: Kereta, rumah
Langkah yang diambil: Elakkan tabiat belaja berlebihan dengan mengabil skema pelaburan ’paksaan’ secara potongan gaji dalam akaun insuran/ takaful. Untuk wawasan jangka pendek sebahagian besar dari baki simpanan harus diletakkan dalam akaun-akaun yang menjamin modal. Baki kalau ada barulah melabur dalam unit amanah.
Artikel dipetik & ringkasan dari:
Pemilihan Akaun Pelaburan, Mingguan Wanita, P46, 2005.
INVEST SEKARANG DENGAN MENGISI FORM DI SINI.
Representing Etiqa Family Takaful Bhd. Perancangan Kewangan untuk Perlindungan Hibah Takaful, Medikal Kad Terbaik, Insurans Hayat, Penyakit Kritikal, Kemalangan, Retirement & Pendidikan. Untuk pertanyaan boleh hubungi 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com *Disclaimer :Kami adalah agensi takaful. Sebarang perkongsian adalah pendapat saya sendiri tanpa melibatkan mana-mana syarikat. Tidak dibenarkan copy tanpa kebenaran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan