Kebanyakkan pelabur tidak memahami dengan jelas konsep-konsep dalam pelaburan unit amanah. Dan ini menyumbang kepada kegagalan pelaburan para pelabur tersebut. Hubungi agen-agen unit amanah atau pun mana-mana cawangan untuk pemahaman yang lebih. Sentiasa berkomunikasi dan bertanyakan soalan tentang unit amanah kepada agen-agen anda.
2. Tak sabar. Nakkan keuntungan segera.
Faktor yang paling popular. Memang satu sifat manusia mahukan sesuatu dengan cepat. Ini pun sudah pasti berlaku dalam pelaburan unit amanah. Bagi pelaburan unit amanah, pulangan keuntungan paling cepat pun mengambil masa 3 tahun. Lagi lama anda simpan di dalam unit amanah, maka pulangan sudah pasti lagi tinggi.
Antara perkara berbangkit yang sering ditanya kepada agen-agen unit amanah adalah anggapan sesetengan pelabur yang menyamakan secara terus pelaburan unit amanah dengan pelaburan saham. Ini adalah tidak betul. Modal yang anda laburkan dalam unit amanah akan dilaburkan dalam saham-saham syarikat yang tersenarai di bursa saham. Bagaimanapun tidak semua modal akan digunakan untuk pembelian saham. Pengurus dana akan melaburkan pada sebahagian ke dalam bon atau pasaran wang yang berjangka masa pendek. Orang yang menganggap pelaburan unit amanah adalah seperti saham akan lebih berminat membuat belian dan jualan balik unit-unit dana dalam jangka masa yang singkat. Niat nak ambil untung pada perubahan harga. Ini sudah salah memandangkan pelaburan unit amanah lebih fokus kepada berapa banyak aset yang dana tersebut miliki dan pendapatan terjana daripada aset-aset tersebut akan diagih-agihkan dalam bentuk dividen dan bonus bukan pada perubahan harganya semata-mata.
Satu lagi sebab kenapa ada jugak yang mengalami kerugian dalam pelaburan jenis ini adalah kerana lambat untuk bermula. Seperti kita sedia maklum, pelaburan unit trust amat sinonim dengan prinsip compound interest yang bergerak seiring dengan masa. Jika anda inginkan RM 1 juta semasa berumur 60 tahun nanti tetapi mahu bermula melabur dalam unit trust pada umur 55 memang terang lagi bersuluh anda takkan dapat mencapai matlamat kewangan tersebut.
Ini juga salah satu faktor kenapa ada jugak orang rugi dalam pelaburan unit amanah. Selalu sangat suka dengar cakap-cakap orang terutamanya kawan-kawan. Kalau kawan-kawan tu pakar dalam bidang unit trust tak mengapa la jugak. Tapi asas pelaburan unit trust pun tak pernah tahu. Kebiasaanya, apabila para pelabur lebih peka kepada cadangan kawan-kawan mereka cenderung untuk membuat keputusan melulu dalam pelaburan. Sebagai contoh, si A mendengar kawannya mengatakan bahawa kiamat akan berlaku 2012 ni berdasarkan filem 2012 (contoh je) dan menganggap bahawa pasaran saham akan merudum teruk pada waktu itu. Si A apa lagi mula la panik tak menentu dan cepat-cepat buat jualan balik pelaburannya sedangkan baru 2010 dan belum sahih lagi perkara yang diperkatakan akan berlaku. Begitulah betapa kuatnya pengaruh cakap2 orang lain.
Faktor yang keenam pula lebih berkisar kepada tersasar daripada matlamat atau objektif asal pelaburan yang telah dilakukan. Sebagai contohnya, objektif asal pelaburan adalah untuk membiayai kos pendidikan anak-anak apabila telah sampai masanya mereka masuk universiti. Tetapi, objektif pelaburan tiba-tiba berubah untuk membeli kereta idaman ataupun rumah yang lebih besar dan mewah. Sememangnya, tidak salah dan tidak mengalami kerugian duit tetapi ruginya adalah apabila telah tiba masa anak-anak ingin menjejakkan kaki ke universiti duit untuk menampung kos pengajian mereka telah tiada. Jangan terlalu bergantung pada PTPTN, polisinya boleh berubah pada bila-bila masa.
7. Bergantung pada konsultan yang tidak terlatih.
Satu lagi penyebab kerugian dalam pelaburan adalah apabila para pelabur terlalu bergantung pada konsultan yang tidak terlatih. Buat masa ini, terdapat lebih daripada 90,000 konsultan unit amanah yang mewakili 47 buah syarikat unit amanah swasta. Dalam jumlah yang seramai itu, tidak ramai yang kompeten dalam bidang ini. Ada yang terjun dalam bidang ini semata-mata untuk mendapatkan ganjaran besar sebagai konsultan unit amanah. Tetapi apabila para pelabur inginkan rundingan, konsultan tersebut gagal untuk memberikan yang terbaik kepada para pelabur. Bagi pihak saya, adalah penting untuk memastikan para pelabur akan mendapat perkhidmatan yang terbaik memandangkan kepercayaan telah diberi kepada saya untuk mengendalikan perancangan kewangan pelabur tersebut.
Semoga anda faham dan mendapat gambaran kenapa ada sesetengah orang yang mengalami kerugian dalam pelaburan unit trust. Sedangkan, pelaburan jenis ini sememangnya salah satu bentuk pelaburan yang banyak memberi keuntungan.
INVEST SEKARANG DENGAN MENGISI FORM DI SINI.
INVEST SEKARANG DENGAN MENGISI FORM DI SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan