Rabu, 22 Januari 2014

Cara nak sediakan harta segera untuk waris melalui Pelan Takaful

Penggantungan Hidup.


Setiap pagi, bagi majoriti rakyat Malaysia akan memulakan hari mereka dengan berada di jalan-jalan raya. Tujuan utama adalah untuk keluar mencari rezeki. Rezeki untuk anak-anak. Rezeki Keluarga.

Dan pada sebelah petang, yang majoriti ini juga akan berada di jalan-jalan raya semula untuk balik menemui keluarga masing-masing.

Tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi demi sesuap nasi.

Dengan gaji yang ada, maka dapatlah anak-anak membesar dengan belanja yang cukup. Mungkin bagi anak-anak yang masih kecil, boleh belanja beli susu, pampers, pakaian makanan berkhasiat dan sebagainya. Untuk anak yang bersekolah, dapatlah dibayar yuran persekolahan, tambang bas sekolah, buku-buku, pakaian dan sebagainya.


Semua ini dapat dibayar sekiranya pencari rezeki tadi masih ada. Bagaimana jika dalam perjalanan ke tempat kerja, kemalangan berlaku? Atau dalam perjalanan balik, berlaku perkara tidak diingini? 


Malang tidak berbau. Maka tinggallah keluarga anda.
Gambar dari Harian Metro 22.1.2014

Di mana keluarga anda ingin mendapatkan tempat bergantung?

Anak-anak kena berhenti sekolah?
Kereta dan rumah mungkin dijual? Untuk dapatkan cash?
Isteri kena mencari pekerjaan?
Taraf kehidupan kena lebih downgrade (dalam keadaan ekonomi sekarang pun ramai tertekan).



Apa Perancangan Anda Untuk Menghadapi Kesusahan?

Ramai yang tidak merancang untuk menghadapi kesusahan. Kerana lebih ramai merancang untuk kesenangan dan kegembiraan.

Cuba tanya rakan-rakan dan jiran anda. Jika hari ni mereka dapat bonus, apa perancangan mereka?
Majoriti akan mengatakan :

1) Cuti sekolah ni nak bawa anak-anak pegi jalan.
2) Nak belikan barang kemas untuk isteri.
3) Ada duit bonus, boleh lah buat downpayment kereta baru.
4) Galaxy Note 3 dah kuar, syukur ada bonus,  dapat jugak merasa.

Amat jarang sekali yang bercerita tentang untuk menyimpan atau bahasa mudahnya, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Ramai beranggapan, tak hujan lagi, tak perlulah bawa payung.

Cuba anda kira dengan simpanan anggaran 10% dari gaji anda untuk dijadikan sebagai pengganti anda sekiranya berlaku perkara tidak diingini, mampu memberikan keluarga anda dan anda sendiri ruang untuk meneruskan hidup.

Hanya menyimpan dari RM200 sebulan, anda mampu menyediakan harta Wasiat/Hibah RM500,000. 
Berapa lamakah anda perlu untuk sediakan RM500,000 dengan menyimpan RM200 sebulan di bank?

Jawapannya : 208 TAHUN!!!!


Tetapi, di saat anda menurunkan tandatangan dan menyimpan RM200 sebulan di Takaful,
anda telah sediakan HARTA RM500,000 !!

Selain Harta RM500,000, simpanan anda juga mampu digandakan dengan pelaburan unit amanah di  Takaful. Sebagai bukti, melalui Bloomberg pada 20.1.2014, Fund Ekuiti telah memberikan pulangan 20.55% SETAHUN!



Pelaburan Mencecah 20.55% untuk hanya 1 tahun dengan Dana Ekuiti AIA Public Takaful AMas.
Pulangan Pelaburan di Dana Ekuiti Pelan AMas


Adakah menyimpan RM200 sebulan @ RM2400 setahun merugikan anda? Jika dimasa susah, pulangan yang anda dapat adalah RM500,000?


Jadi, sekiranya anda ingin memberikan yang terbaik untuk keluarga tercinta, bertindaklah sekarang. Masa dan Sakit tidak menunggu anda. 

Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.



Sabtu, 11 Januari 2014

SME Employee Benefits Plan Takaful untuk kakitangan syarikat


Bermula bulan ini Takaful telah memperkenalkan satu produk terbaru di bawah SMALL MEDIUM INDUSTRY (SMI) iaitu Employee Benefits Plan.



Sekiranya anda mempunyai pekerja dalam lingkungan 5 - 100 orang tak kira under apa2 industry pun termasuk kedai makan, farmasi, kedai runcit atau pun company IT, anda boleh apply untuk pelan ini.


Dan  membawa sekali benefit sama seperti pelan personal takaful iaitu pelan yang cover :

1) Staff Sahaja
2) Staff + Pasangan
3) Staff + Anak-anak (UNLIMITED)
4) Staff + Keluarga. (Anak-anak UNLIMITED)


Selain Hospital Medical Plan Ada juga ditawarkan pelan :

1) Group Clinic Benefit (Untuk Outpatient di klinik2 dan specialist)
2) Group Term Takaful ( Untuk Life, TPD dan 36 Critical Illness)


TAKAFUL EMPLOYEE BENEFIT




Pelaburan Terbaik untuk kakitangan anda.

 FAEDAH- FAEDAH YANG DILINDIDUNGI DI BAWAH PELAN INI (SETIAP SEORANG)

Faedah Employee Benefit AIA
Faedah-faedah kemasukan hospital di bawah pelan Employee Benefit


 Bagi yang berminat ingin apply untuk staff anda atau ingin propose kepada bos and  boleh hubungi saya di reduanhanif@gmail.com atau 019-333 0342.

Sabtu, 28 Disember 2013

Kos Perubatan di Malaysia

Berapakah yang anda perlu ada untuk membayar kos rawatan perubatan di Malaysia?


Kebanyakkan dari kita memandang remeh tentang perbelanjaan yang perlu dikeluarkan apabila berlakunya perkara tidak diingin. Samada anda mampu atau tidak, anda tetap memerlukan belanja untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Walaupun di hospital kerajaan sekali pun, belum tentu percuma. Kalau percuma sekali pun berapa lama anda sanggup tunggu? 1 bulan? 1 tahun? Itu pun kalau sempat.



Berapakah anda sanggup bayar untuk kos rawatan hospital?
Jika perlukan rawatan, berapa banyak bil pun anda sanggup bayar.



Di bawah saya senaraikan anggaran kos-kos rawatan perubatan di Malaysia.



Kanser Payudara = Kos RM10,000 – RM140,000
Kanser Rahim = Kos RM10,000 – RM140,000
Serangan Jantung = Kos RM10,000 – RM50,000
Strok = Kos RM7000 – RM15,000
Katarak = Kos RM3000 – RM5000
Demam Denggi = Kos RM3000 -RM8000
Diabetes = Kos RM2500 – RM5000 / tahun
Tekanan Darah Tinggi = Kos RM2000 – RM5000 / tahun
Pintasan Jantung = Kos RM30,000 – RM50,000
Pembedahan Jantung Terbuka = Kos RM50,000 – RM80,000
Pemindahan Jantung = Kos RM50,000 – RM140,000
Kanser = Kos RM3000 – RM400,000
Homodialisis = Kos RM1200 /rawatan
Kemoterapi = Kos RM1200 /rawatan
Radioterapi = Kos RM1200 /rawatan



Adakah simpanan anda mencukupi?




Kalau masuk hospital, apakah masalah paling besar selain sakit?
Kalau masuk hospital, apakah masalah paling besar selain sakit?


Berapa lama masa anda perlu untuk kumpul duit membayar kos rawatan? Berapa lama anda ambil masa untuk mengumpulkan RM100,000 untuk rawatan?

Adakah anda akan :

Jual rumah? kereta?
Minta bantuan TV3 sambil menangis meminta bantuan ?
Merayu dalam surat khabar ?
Meredah rumah sedara mara?



Atau mendapatkan Pelan Medikal Kad Unlimited Takaful hanya dari RM51 sebulan untuk Individu dan RM230 sebulan untuk 1 Keluarga. Anda telah sediakan sekurang kurangnya RM90,000 sebagai back up.

Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.

Isnin, 7 Oktober 2013

Rancang Persaraan anda seawal mungkin di RHB Asset Management Sdn Bhd

Apa jadi pada simpanan KWSP dalam 20-30 tahun akan datang?


Satu hari, sementara menunggu isteri di Stesen LRT Sri Petaling, kelihatan beberapa orang pemandu teksi yang anggaran umur mereka dalam 60 tahun ke atas. Pemandu warga emas.

Kebiasaan, pada usia begini, kebanyakkan warga emas duduk di rumah melayani kerenah anak cucu atau pun mungkin menghabiskan masa untuk pergi melancong. Dah lama bekerja, masa ni lah nak menikmati hasil penat lelah setelah berpuluh tahun mengabdikan diri dengan syarikat masing-masing.
Masa ni lah wang simpanan KWSP membalas budi anda.

Jadi, saya tertanya-tanya juga. kenapa pada usia begini masih bekerja bawa teksi, bekerja dari siang ke malam?


Tanpa buang masa, saya pun terus bertanya:

Saya : sudah lama ke pakcik bawak teksi?

Pemandu teksi : adalah dalam beberapa tahun.

saya : memang bawak teksi dari dulu ke?

 Pemandu teksi :  tak. dulu keje makan gaji. keje dengan company.

saya : kenapa perlu bawak teksi. kan lebih bagus duduk rumah menikmati persaraan?

 Pemandu teksi : takde duit. barang pun sekarang mahal.

saya : duit epf macammana?

Pemandu teksi : sudah habis lama. tak cukup. dulu barang murah, sekarang mahal. Terpaksa la bekerja balik.







jadi, maukah anda bergantung pada epf semata-mata?abis duit epf, start keje balik?

Baru cite pasal makan je. Belum lagi belanja kesihatan, rawatan hospital. Berapa pula kos perubatan dalam 20-30 tahun akan datang?

Kos meningkat dalam anggaran 15% setahun (Tanpa agreement TPPA lagi) dan secara pengiraan mudahnya, kos akan meningkat 2 kali ganda setiap 5 tahun.

Contoh : Bil RM3,000 hari ini, jadi RM6,000 pada 5 tahun akan datang.
Dan menjadi RM12,000 pada 10 tahun akan datang.

Cukup ke simpanan anda?

Jadi, pilihan di tangan anda. Samada bersara tanpa sebarang simpanan.




atau menikmati persaraan anda 



Hubungi saya untuk pelan menyeluruh persaraan anda. Dari Simpanan dan Pelan Perubatan.



Hubungi saya di reduanhanif@gmail.com




Ahad, 18 Ogos 2013

5 Jam untuk dapatkan Panadol dan Ubat Luka. Atau dapatkan Pelan Perubatan Terbaik?

Sanggupkah anda menunggu 5 jam untuk mendapatkan Panadol? Ini kes ringan, kalau kes berat dan kecemasan macam mana? Sanggup ke menunggu?

Dengan Pelan Perubatan Medikal Kad (Medical Card) anda mampu mendapatkan servis terbaik tanpa perlu menunggu lama.

AMedik adalah Pelan Takaful Terbaik di KLIFF 2012. Dan diiktiraf terbaik di peringkat antarabangsa.


KUCHING - Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menyarankan supaya perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipertingkatkan memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," katanya.

Juanda membuat saranan itu berikutan kedatangannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi semalam.

Insiden kira-kira 4.30 pagi itu menyebabkan beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak berkenaan.

Isteri beliau turut cedera di tangan dan muka manakala pembantu rumah mereka mengalami kecederaan di belakang kepala dan mulut.   

Menyentuh isu jenayah, Juanda berkata sebuah lagi balai polis perlu diwujudkan di Petra Jaya, memandangkan kawasan tersebut berada dalam kawasan Bandaraya Kuching dan semakin membangun.

Beliau berkata dalam masa yang sama, bilangan anggota polis di Balai Polis Gita, dekat sini perlu ditambah, selaras dengan peningkatan jumlah penduduk dan keluasan kawasan kawalan.

"Kedua-dua langkah ini dilihat penting bagi mengawal keselamatan penduduk dan meningkatkan usaha memerangi jenayah di sekitar Petra Jaya dan kawasan yang terletak berjauhan dari Kampung Gita," katanya.

Juanda turut berharap pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan polis dalam menjaga keselamatan dengan memasang lebih banyak lampu jalan di beberapa laluan kawasan perumahan.

"Langkah itu dilihat wajar kerana majoriti penduduk di kawasan perumahan membayar cukai pintu dan mereka berhak mendapat jaminan keselamatan tersebut," katanya. - Bernama



Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.



Selasa, 9 Julai 2013

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya 2013

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan.

Di bawah adalah Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya 2013.



Rabu, 1 Mei 2013

Pelaburan Akaun 1 KWSP dan Tunai di RHB Asset Management Sdn Bhd

RHB Asset Management Sdn Bhd adalah salah satu dari syarikat Unit Amanah yang berdaftar di bawah FiMM. Dan dimiliki oleh salah sebuah Bank terbesar di Malaysia.

 Kelebihan Menyimpan dan melabur di RHB Asset Management Sdn Bhd:
  1. Tenaga Pengurusan Berpengalaman dalam bidang pelaburan.
  2. Multi Fund Manager.
  3. Fund2 yang memberikan kadar peratusa dividen (Dividend Yield) yang tinggi dan konsisten.
  4. Memenangi pelbagai award di peringkat Malaysia dan antarabangsa.
  5. Mempunyai kepelbagaian jenis dana iaitu Ekuiti, Bond, Balance dan juga Dinamik.

Dan banyak lagi.


  Bagi mereka yang berminat untuk menyimpan atau menjadi agen boleh menghubungi saya di :

reduanhanif@gmail.com
atau hubungi 019-333 0342.
REDUAN HANIF
Agency Manager
(RHB Asset Managemet Sdn Bhd)


Anda juga boleh mengisi form di bawah  :


Jumaat, 5 April 2013

Cara Memilih Pelan Takaful Terbaik

Ramai di antara kita kurang jelas dan faham apabila ingin memilih pelan Takaful yang bertepatan dan terbaik mengikut keperluan masing-masing.

Kadang-kadang, sampai tak tau apa yang kita perlukan. 

Jadi, hubungi saya untuk sebarang perbincangan tentang pelan paling sesuai untuk anda sekeluarga
di reduanhanif@gmail.com atau telefon 019-333 0342.


Antara perlindungan yang ada di pasaran adalah :


3) Perlindungan 36 Penyakit Kritikal (36 Critical Illness)
5) Perlindungan Kemalangan Peribadi (Personal Accident)
7) Perlindungan Penyakit Kritikal Berganda (Multi Critical Illness)

Dan berbagai-bagai lagi.

Jadi di bawah saya senaraikan cara ringkas untuk memilih Pelan Takaful Terbaik.


 No 1 : Syarikat Takaful Yang Kukuh dan Tepat


  Mudah sahaja, bila kita nak ambil takaful tentulah kita nak cari company yang betul, caranya mudah pergi ke hospital tanya pada kaunter "kalau saya nak ambil takaful company apa yang saya patut pilih", keperluan memilih company yang betul, sudah tentulah company yang akan membayar tuntutan anda dan company yang stabil dan kukuh dari segi kewangan. 
  Pilihan yang betul juga penting kerana, jikalau company yang anda pilih muflis dan anda perlu ambik takaful sekali lagi, sekiranya anda sudah ada penyakit....maaf,company lain takkan layan. Untuk maklumat anda setiap company takaful akan mengenakan "admin charge" dan biasanya selepas tahun keenam akan habis. Rugilah anda terpaksa bermula sekali lagi dengan company lain, jadi "admin charge" jadi double.

No 2 : Produk Yang Betul 


  Sekiranya anda memilih produk pilihlah produk yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, kenapa? sebab purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi pilihlah produk yang memberi perlindungan maksimum melebihi purata jangka hayat rakyat Malaysia. Sekiranya anda pilih produk yang maksimum tempoh perlindungan maka anda ada option untuk untuk berhenti pada bila-bila masa sekiranya anda mahu. Sekiranya anda ambil produk yang ada tempoh matang untuk takaful perubatan contohnya pada umur 55, selepas umur 55 polisi anda matang, anda kena ambil plan baru sekiranya anda inginkan perlindungan baru. Ingat.... 

1) Kita tak pasti ada kencing manis darah tinggi. 
2) Admin chargers tahun bertama hingga tahun keenam kena sekali lagi.
3) Umur 55 hingga 75 "maintenance tinggi" caruman pun mahal...



No 3 : Budget Yang Betul 


Bagi saya budget adalah penting kita mampu dan yang di antara 5% - 10% daripada pendapatan anda. The best polisi bukannya polisi yang mahal anda bayar 3 bulan lepas tu tak nak bayar sebab premium terlampau besar, polisi yang kecil pun takpa carumannya janji bila anda perlukan anda boleh guna manfaat daripada plan yang anda miliki. Hubungi saya untuk maklumat lanjut, jangan risau tiada paksaan untuk ambil. Tugas saya menerangkan kepada anda dan tugas anda untuk buat analisis dan buat keputusan samaada untuk ambil atau tidak.


Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.

Jumaat, 22 Februari 2013

Rider Medikal Kad : Perlindungan 95 Early Pay Critical Illness

Pelan Penyakit Kritikal Takaful : 95 Early Critical Illness 



Dalam kebanyakkan polisi untuk penyakit kritikal / critical illness, pampasan hanya dibayar pada tahap 3 @ 4 sahaja (Stage 3 @ 4).

Sekiranya seseorang pemegan polisi didiagnos mengidap kanser pada tahap 1(stage 1), pemegang polisi tidak akan menerima apa-apa pampasan memandangkan keadaan sakit tersebut tidak memenuhi syarat-syarat polisi penyakit kritikal.


Memandangkan belanja paling perlu untuk meneruskan hidup adalah pada peringkat awal penyakit kritikal, Takaful telah memperkenalkan pelan 95 Early Critical Illness. Pelan ini boleh di dapati dalam bentuk Standalone atau pun dalam bentuk Rider kepada pelan Unlimited Medical Card .


Dengan Pelan ini juga, anda boleh mendapatkan belanja tambahan jika memerlukan wang perbelanjaan rawatan penyakit kritikal dari peringkat awal lagi.




Kelebihan Pelan 95 Early Payout Critical Illness  ini :



Faedah-faedah akan di bayar mengikut 3 tahap keparahan yang berlainan:

Keparahan Ringan (Low Severity)
Faedah akan dibayar apabila Orang Dilindungi menjalani pembedahan yang dilindungi atau bila didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tahap Keparahan Ringan. 

Bayaran = 30% daripada Jumlah Asas Perlindungan.

Keparahan Sederhana  (Medium Severity)
Faedah akan dibayar apabila Orang Dilindungi menjalani pembedahan yang dilindungi atau bila didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tahap Keparahan Sederhana. 

Bayaran = 60% daripada Jumlah Asas Perlindungan.

Keparahan Serius  (High Severity)
Faedah akan dibayar apabila Orang Dilindungi menjalani pembedahan yang dilindungi atau bila didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tahap Keparahan Serius. 

Bayaran = 100% daripada Jumlah Asas Perlindungan.



Faedah-Faedah lain :

1)Faedah tambahan sebanyak 20% daripada Jumlah Dilindungi akan dibayar apabila Orang Dilindungi 
didiagnos dengan Penyakit Berkaitan Diabetis.

2) Faedah tambahan ini tidak akan mengurangkan pembayaran Jumlah Dilindungi. Tiada lagi faedah yang akan dibayar di bawah Penyakit Berkaitan Diabetis sebaik sahaja Jumlah Dilindungi telah dibayar 100%.

3)Tempoh Menunggu tidak dikenakan di antara tuntutan.

4) Caruman yang dibayar melalui pelan ini boleh melayakkan anda untuk pelepasan cukai peribadi di mana ia tertakluk 
kepada keputusan akhir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.



Pernahkah anda membaca berita seperti di bawah ini ? :





Beliau memiliki 3 polisi yang merangkumi 36 Critical Illness. Bagaimanapun, kesemua polisi yang diambil adalah Pelan Penyakit Kritikal yang normal. Beliau telah didiagnos dengan penyakit kanser Tahap 1. Tetapi, ketiga-tiga polisi beliau adalah untuk perlindungan pada Tahap 3 @ 4.

Oleh sebab itu beliau tidak dapat apa-apa pampasan perlindungan penyakit kritikal.


Di sini kelebihan yang terdapat pada 95 Early Payout Critical Illness, di mana pada Tahap 1, 30% akan terus diberikan sebagai pampasan kepada pemegang polisi. Tak perlu tunggu pada Tahap Kritikal iaitu Tahap 3 @ 4.




Untuk Proposal percuma boleh klik di sini.



Selasa, 17 Julai 2012

Kepentingan Wasiat dalam Perancangan Kewangan Islam


Apa itu Wasiat? 


Wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya keatas harta atau manfaatnya untuk
kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam yang berkuatkuasa,
selepas kematiannya.



Autoriti Wasiat 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk  tidur dua malam
kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.”
Petikan dari Sahih Al-Bukhari (Jilid IV Ms. 1)
Orang yang perlu menulis Wasiat
Oleh kerana bukan waris (sama ada Islam atau bukan Islam) boleh mendapat manfaat melalui
Wasiat, orang Islam yang mempunyai aset dan mahu memberi kepada orang yang berikut di
bawah Wasiat tidak perlu berlengah lagi untuk menulis Wasiat:

•  Cucu
•  Anak Angkat
•  Ibu Bapa Angkat
•  Sahabat Karib
•  Masjid
•  Organisasi Kebajikan
•  Rumah Anak Yatim

•  Ibu Bapa bukan Islam
•  Ahli Keluarga bukan Islam
•  Bekas sekolah dan universiti
•  Hospital
•  Anak bukan Islam hasil perkahwinan terdahulu
•  Orang-orang  yang  tidak  akan  menjadi
benefisiari di bawah Faraid

Kelebihan Menulis Wasiat 


•  Mempercepatkan proses pembahagian Harta
Apabila seseorang meninggal dunia semua aset akan dibekukan. Pembahagian kepada waris
hanya  boleh  dibuat  apabila  Probate  atau  Surat  Kuasa  Mentadbir  diperolehi  daripada
Mahkamah Tinggi. Tanpa Wasiat Bon Pentadbiran dan penjamin diperlukan  serta  sebelum
pembahagian harta boleh dilakukan.
•  Mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga
•  Melantik wasi yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset anda sama ada terdiri daripada
individu atau Syarikat Amanah
•  Melantik penjaga harta untuk kanak-kanak


Sekiranya anda berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses penulisan wasiat serta memerlukan pencerahan, boleh hubungi saya di reduanhanif@gmail.com atau 019-333 0342.


Ahad, 18 Mac 2012

RHB Unit Trust. Cara Pelaburan boleh dilakukan dengan Unit Amanah RHB.

Pelaburan boleh dilakukan melalui 5 cara :

1) Skim pengeluaran KWSP.

   Untuk kelayakan pengeluaran boleh check sini :

   http://reduanhanif.blogspot.com/2011/03/kwsp-investment-scheme_06.html

2)Simpanan tunai lump sum.Minimum RM1000.

3) Simpanan tunai bulanan. Minimum permulaan Rm1000. BulananRm100. Boleh autodebit dari bank-bank

4) Simpanan Pelaburan Korporat : Syarikat-syarikat berdaftar boleh menyimpan di Unit Trust RHB untuk memberikan pulangan kepada simpanan syarikat. Dengan kadar pulangan yang lebih tinggi dari Fixed Deposit dan dikecualikan dari cukai korporat.


Maklumat lanjut boleh hubungi saya di reduanhanif@gmail.com / 019-333 0342.

Rhb Asset Management Sdn Bhd. FBM KLCI To Trend Higher Next Week.

Rhb Asset Management Sdn Bhd. Advantages Of Mutual Funds : Maximize Your Profits!

Written by Edward White 3 

Mutual funds are widespread forms of investments. They are merchandise from numerous companies that collect cash from a number of investors to create one other investment. These investments are managed by someone else who is usually an skilled investor and a financial expert. Learn on to find the benefits of mutual funds and how you can benefit from them.

Mutual funds have several advantages that made them some of the frequent varieties of investments. Certainly one of their advantages is that they allow you to put money into many various firms and sectors on the same time which would not be attainable without a considerable amount of money.

Investing your money in a number of corporations or sectors known as diversification. This is a superb technique to scale back the chance of an investment provided that solely a small portion of your portfolio is affected when a few firms in the fund perform poorly.

Another benefit of these funds is that they take away much worrying on the part of the investor. By investing in a mutual fund you hand over the cash management to a skilled professional manager who does it for you. His expertise in financials reduces the risk of selecting the fallacious funding decisions. And as a result of combined charges that the buyers of the fund have paid to the fund manager he has far more money than the common investor to research investments thoroughly.

In contrast to stocks, the prices of mutual funds generally do not change a lot. Though the orders to buy and promote are positioned throughout market hours, they are not implemented till the enterprise closes which happens only once a day. At the time of closure the Net Asset Value (NAV) of the fund’s new value is determined.

Rhb Asset Management Sdn Bhd. Bagaimana memaksimumkan pulangan pelaburan?

Dari soal jawab Utusan Malaysia.


SAYA berumur 25 tahun, baru memulakan pekerjaan dan akan menerima bonus tidak lama lagi (anggaran bonus tersebut adalah sekitar RM10,000). Pada masa ini, saya mempunyai RM2,000 simpanan dan kebanyakan gaji digunakan untuk perbelanjaan harian, pinjaman dan simpanan (RM300 adalah untuk simpanan setiap bulan).
Saya memerlukan panduan bagaimana untuk melabur bonus saya dalam produk berkaitan syariah. Apakah cadangan produk terbaik?
Dzain Daniel, Kuala Lumpur

Usia sekitar 20-an adalah waktu terbaik untuk menyimpan dalam usaha mencapai sasaran kewangan dalam kehidupan. Perancangan perbelanjaan berhemah semasa usia tersebut dapat membantu menghalang hutang tidak perlu, membolehkan anda memperuntukkan duit untuk perkara-perkara penting dan mengambil kesempatan terhadap kuasa pada masa hadapan.
Perkara yang penting pada usia ini adalah bukan wang tetapi waktu. Mereka yang mula menyimpan pada usia ini bakal mendapat manfaat besar terutama semasa persaraan dengan usaha yang sikit asalkan mereka kerap melabur.
Sebagai contoh, mereka yang berusia 25 tahun melabur RM2,000 setahun untuk tempoh lapan tahun dan tidak menambah pelaburan walaupun seringgit selepas 33 tahun, mereka boleh mendapat lebih pada usia 65 tahun berbanding mereka yang berusia 35 tahun melabur RM2,000 setahun untuk 32 tahun, walaupun mereka melabur lebih empat kali.
Untuk memulakan pelaburan, perkara pertama perlu dilakukan adalah mengetahui objektif mereka. Anda perlu tahu apa yang dilaburkan dan untuk berapa lama. Matlamat biasa adalah perancangan untuk persaraan, menyimpan untuk pendidikan atau membeli hartanah.

Walaupun apa matlamatnya, anda perlu memikirkan mengenai berapa banyak yang diperlukan dan bila waktunya.
Sekiranya matlamat anda adalah untuk tempoh tiga tahun adalah lebih baik melabur secara konservatif seperti deposit bank atau dana pasaran kewangan.

Terdapat juga produk berasaskan syariah sebagai alternatif. Tetapi untuk jangka panjang anda mungkin boleh memilih untuk melabur dalam pasaran saham. Mengikut sejarah pasaran saham pada kebiasaannya mendahului jenis-jenis pelaburan lain dalam jangka panjang.
Ketidaktentuan pasaran menjadikan pelaburan kurang ideal untuk jangka pendek, melainkan anda mempunyai kemampuan risiko yang tinggi.
Dengan jumlah pelaburan tersebut, mungkin anda boleh memilih melabur dalam unit amanah ekuiti berasaskan syariah atau alternatif lain seperti Amanah Saham.

Sebagai permulaan, anda boleh melabur di dalam dana yang hanya memerlukan jumlah pelaburan minimum sebanyak RM1,000 dan apabila anda ingin melabur selepas itu, anda hanya memerlukan kadar serendah RM100.
Jumlah tersebut berbeza antara bank-bank atau syarikat-syarikat. Apa yang terbaik adalah anda menyemak terlebih dahulu dengan mereka.

Selain itu, dana-dana tersebut adalah pelbagai dan diuruskan oleh pakar. Kepelbagaian boleh mengurangkan risiko pelaburan berbanding memberi tumpuan kepada satu kaunter sahaja.
Sebagai tambahan, dana berasaskan syariah mempunyai proses memastikan ia mematuhi standard syariah ditetapkan.
Sebagai pelabur baru, ia akan menjadi sukar untuk anda mengikut pasaran atau cuba membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi. Anda mungkin jika saham merudum. Kami mencadangkan strategi pelaburan percubaan dan uji.
Jangan letakkan jumlah tetap ke dalam dana atau saham pada sesuatu masa, sebagai contoh bulanan. Dengan melabur jumlah tetap setiap masa tidak mengira harga, pelabur dapat mengasingkan emosi dari proses membuat keputusan pelaburan.

Pelaburan tetap pada setiap masa mengelakkan kehendak untuk mengubah pelaburan kepada 'maklumat terkini' atau menarik diri ketika berhadapan kesukaran.
Adakah ia dapat melindungi pelaburan anda? Tidak kerana sebagai pelabur anda perlu memilih pelaburan berkualiti. Tiada strategi pelaburan yang berjaya setiap masa.

Jumaat, 16 Mac 2012

Sertai Kami Sebagai Konsultan Rhb Asset Management Sdn Bhd

Kenapa Saya Pilih Rhb Asset Management Sdn Bhd? 

 

Apa yang di tawarkan oleh RHB Asset Management Sdn Bhd kepada para agen?


1) Skim komisen yang menarik.
2) Kami memiliki pasukan yang terbaik - kepimpinan yang dinamik dalam industri dan persekitaran yang positif.
3) Kami mempunyai kewangan yang kukuh.
4) Kami menawarkan program latihan dan sistem pengurusan pelanggan terbaik.
5) Kami mempunyai portfolio perkhidmatan kewangan yang komprehensif
6) Kami mengutamakan hasil dan memberikan pelbagai insentif kepada yang berprestasi.

Faedah-faedah lain.

1) Pendapatan pelbagai peringkat.
2) Percutian percuma.
3) Khidmat sokongan pejabat agensi.

Kelayakan

1) Umur harus 21 tahun ke atas.
2) Minimum SPM dengan kredit dalam Matematik. Kredit BM atau English atau Mandarin.
3) Bagi mereka yang memiliki pendidikan lebih tinggi seperti diploma adalah digalakkan memohon.
4) Sabar dan tidak mudah putus asa.
5) Anda berminat untuk berjumpa dan  membantu orang merancang kewangan mereka.

BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AGEN, KLIK SINI UNTUK ISI FORM. 

Ahad, 11 Mac 2012

RHB. Greece has secured an overwhelming acceptance of a bond swap offer to private creditors and beat its own most optimistic forecasts.


EU commissioner Olli Rehn said there would be no better offer
EU commissioner Olli Rehn said there would be no better offer

Greece has secured an overwhelming acceptance of a bond swap offer to private creditors and beat its own most optimistic forecasts, according to a senior official.
The deadline expired tonight on a deal needed to avoid a chaotic debt default.
The government official, speaking on condition of anonymity, said take-up on the offer was around 95% an hour before the offer closed at 8pm GMT with responses still coming in.
The biggest sovereign debt restructuring in history will see bond holders accept losses of some 74% on the value of their investments in a deal that will cut more than €100bn from Greece's crippling public debt.
Preliminary results from the offer are expected to be announced officially at 6am GMT tomorrow and Finance Minister Evangelos Venizelos will hold a news conference before a call with eurozone finance ministers in the afternoon.
Eurozone ministers are to decide whether to clear the package.
Earlier today, European Union Economic and Monetary Affairs Commissioner Olli Rehn had urged private holders of Greek bonds to sign up to a vital debt swap deal.
He said there would be no better offer and the deal was vital for eurozone financial stability.
Athens, totally reliant on international support to stave off a default that could set off a severe banking crisis across the eurozone, has asked its private sector creditors to accept steep losses on their Greek bond holdings.
Investors are being asked to give up almost three quarters of the value of their holdings in return for new Greek bonds in a bid to cut a public debt burden that amounts to around 160% of Greece's GDP.
Provided it reaches a two thirds threshold of those who respond to the offer, Athens has said it will impose collective action clauses that would allow it to impose the deal on all its bondholders.
It has warned that it will pay nothing to investors who refuse to sign up

.

Sabtu, 10 Mac 2012

Rhb Asset Management Sdn Bhd. Kata-kata Hikmah Dari Warren Buffet Tentang Perancangan Kewangan



-On Earning: “Never depend on single income. Make investment to create a second source”. 

-On Spending: “If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need”. 


-On Savings: “Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving”. 


-On Taking Risk: “Never test the depth of river with both the feet”. 


-On Investment: “Do not put all eggs in one basket”. 


-On Expectations: “Honesty is very expensive gift. Do not expect it from cheap people”.

WARREN BUFFET

Jumaat, 24 Februari 2012

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1.Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.

2.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

3.Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.

4.Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.


KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL TAKAFUL PERCUMA

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Untuk renungan bersama . Dari web E-Fatwa JAKIM.

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

Keputusan (English): 
The Ruling on Promoting Conventional Products From Shariah Perspective

Decision:

The 89th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14th -16th December 2009 has discussed the ruling on promoting conventional products from Shariah perspective. The Conference observed that Syariah based Takaful system is growing rapidly. This product needs support from Muslims to further develop the system of Islamic muamalat. Therefore, Muslims are prohibited from promoting conventional insurance products that are based on usury. However, income and commission gained during the transition period from the is conventional system to takaful acceptable.
Keterangan/Hujah: 
Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :

" ما حرم أخذه حرم إعطأوه "

Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.

Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.


KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL TAKAFUL PERCUMA