Selasa, 12 Mac 2019

Al-Fateh Empire Awards ALFA 2019 Takaful Top Agency

Alhamdulillah. Pada 10 Mac 2019, Al-Fateh Empire telah meraikan agen-agen takaful dan agensi-agensi Takaful yang bernaung di bawah Agensi Al-Fateh Empire untuk pencapaian pada tahun 2018.
Dinner memang paling bestttt. Sebab ada macam-macam jenis character yang menghadirkan diri. Ada Captain America, ada Maleficient, ada Flintstone, ada Teddy Bear. Korang kena join baru dapat merasai kemeriahan dinner bersama agensi paling best dan paling happening di AIA ni.

Ucapan pembukaan dirasmikan oleh Managing Director / Distric Manager diikuti CEO AIA Public Takaful , En Elmie Aman Najas.

Ucapan oleh CEO AIA Public Takaful Bhd
Ucapan oleh CEO AIA Public Takaful Bhd. Terima kasih kerana sentiasa support kami.


Ucapan alu aluan paling ngeri dan berdarah daripada District Manager Al-Fateh Empire.

Hubungi 0193330342 untuk menyertai Agensi Terbaik di AIA Public Takaful
Agensi Terbaik Takaful


Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada semua agen-agen Al-Fateh Infiniti kerana telah berjaya merangkul Million Dollar Agency award dan menempatkan Al-Fateh Infiniti sebagai antara agensi takaful terbaik.

AIA Public Takaful Best Agency
Sebahagian dari Life Planner Al-Fateh Infiniti

Paling best, sejak saya join AIA Public Takaful dari 2013, tak pernah tak dapat award samada dari agensi atau pun dari company. Di sini, pencapaian anda sentiasa diraikan.
Million Dollar Agency

Alhamdulillah. Semoga tahun 2019 ini akan lebih banyak kejayaan dikecapi.




Tahniah juga kepada agen-agen Al-Fateh Infiniti yang berjaya merangkul banyak award di ALFA dinner Al-Fateh Empire. Tahniah kepada AUM Zuriani, AUM Baem, Aidil dan juga kepada Shahida. Semoga tahun 2019 ini, lebih banyak kejayaan untuk anda semua.

Awardees Al Fateh Empire AIA Public Takaful
Tahniah kepada semua penerima award ALFA

Kali kedua dalam seminggu bersama CEO AIA Public Takaful
Dinner semeja dengan CEO sambil layan magic show dan juga melayan live band . Abaikan orang London tu.
Bersama DJ Radio RTM Seremban sebagai MC
Bersama DJ Radio RTM Seremban sebagai MC



Bagi anda diluar yang masih mencari kareer dalam bidang kewangan dan juga mencari company dan agensi takaful terbaik, paling seronok, paling enjoy bekerja disulami trip melancong ke oversea yang dibayar oleh company.

Anda ada minimum SPM? Anda nak bermula tapi takut tentang komitmen bulanan? Kami sediakan bonus sehingga RM9,000 sebulan. Ada Komisen. Ada bonus prestasi dan banyak lagi.

Bolehlah hubungi saya di 0193330342.
Atau Email saya di : reduanhanif@gmail.com
Atau Boleh isi form di sini : Saya Nak Join Agensi No 1


AIA Elite Academy dengan bonus bulanan sehingga RM9,000









Ahad, 14 Oktober 2018

Medikal Kad Keluarga Terbaik Takaful

Anda masih mencari pelan medikal kad terbaik? Kos memiliki medikal kad sekarang terlalu tinggi?

Takaful telah melancarkan semula pelan medikal kad terbaik terbaik dan mampu milik.


Kenapa Perlu Pelan Medikal Kad 1 Keluarga?


Anda bayangkan sekiranya ada seorang berkeluarga. Anda berumur 30 tahun , mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak. Berapakah kos untuk anda memiliki medikal kad dengan had tahunan RM150,000 setahun untuk setiap seorang?

Paling minimum :

1) Anda : RM200
2) Isteri  : RM200
3) Anak 1 : RM150
4) Anak 2 : RM150
5) Anak 3 : RM150
6) Anak 4 : RM150

Jumlah keseluruhan untuk medikal kad 1 keluarga bayaran individu : RM1,000 Sebulan !!! 


Bagaimana pula dengan Pelan Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik dari Takaful?


Dengan pelan medikal kad satu keluarga, anda hanya perlu membayar 1 polisi sahaja untuk 1 keluarga.

Ini bermakna untuk Anda + Isteri + Anak 1+ Anak 2+ Anak 3+ Anak 4 anda hanya perlu membayar hanya sebanyak RM498 sahaja sebulan.

Anda boleh apply Quotation Percuma dengan mengisi form DI SINI

Berapa Coverage Saya Boleh Dapat?

Setiap AHLI KELUARGA anda akan mendapat Had Tahunan RM150,000.

DIULANGI SETIAP AHLI KELUARGA!!!

Jumlah untuk 1 Keluarga, RM150,000 X 6 orang = RM900,000 setahun.
Dan Tiada Had Seumur Hidup sehinggalah umur 100 Tahun.

Kalau 6 orang serentak kemalangan, kesemua 6 orang akan masuk wad dengan Had Tahunan masing-masing tanpa share limit.

Kalau ada agen yang tidak memasarkan produk Takaful datang berjumpa anda bagitau hanya seorang sahaja yang cover dalam 1 masa. minta dia register sekolah balik masuk darjah 1.

Di bawah adalah apa benefit yang SETIAP ahli keluarga anda akan dapat dengan Medikal Kad 1 Keluarga Takaful ini.


Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik AIA Public Takaful
Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik


Benefit Pelan Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik AIA Public Takaful
Benefit Pelan Medikal Kad Satu Keluarga Terbaik AIA Public Takaful


Ingatlah, payung yang anda pegang tidak mampu untuk meredakan hujan. Tetapi ianya akan membantu anda bergerak meredah hujan.
Begitu juga pelan Takaful, ianya tidak mampu menjadikan anda jutawan 
tetapi akan membantu mengelakkan anda daripada menjadi seorang pengemis.

Ingnin maklumat lanjut?

Hubungi saya di 019 333 0342 atau

 Email reduanhanif@gmail.com atau

boleh isi Quotation Form.

Ahad, 11 Februari 2018

Offer Februari 2018 : Pelan Hibah RM4 Juta dan Simpanan Tanpa Medical Check Up

Walaupun setiap syarikat telah menyediakan pelan hospital atau medikal kad kepada para pekerja, anda sebagai mereka yang menyara keluarga masing-masing, mempunyai tanggungjawab untuk pendapatan berterusan kepada keluarga sekiranya terjadi perkara tidak diingini.

Kepada mereka yang memerlukan pelan Hibah Takaful, AIA Public Takaful SEKALI LAGI memberikan dan membuka untuk bulan Februari ini peluang untuk anda mendapatkan pelan Hibah sehingga RM4 Juta dan Pelan Kemalangan sehingga RM12 Juta tanpa perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan atau Medical Check Up

Hanya carum 5 Tahun, cover sehingga 100 Tahun berserta Simpanan dan bonus 20%
Pelan Hibah Takaful Berserta aset Simpanan dan Bonus 20%
Ramai yang tidak menyangkakan bahawa jika berlaku perkara tidak diingini, adakah mereka betul-betul bersedia? Berapa banyakkah harta warisan yang akan diberikan kepada waris? Berapa lama pula proses harta tersebut dipindahkan? Bagaimana kehidupan waris jika proses tersebut mengambil masa yang panjang? Mampukah mereka menghadapi semua tekanan dan perbelanjaan?

Bagaimana pula jika anda sihat? Jika sakit ada pampasan sehingga RM4 Juta. Dan jika sihat, anda akan memiliki simpanan yang tinggi berserta bonus kematangan sebanyak 20% yang akan ditambah ketika polisi anda matang nanti.

Menarik bukan? Pelan yang sangat lengkap melingkungi perlindungan, faedah ketika haji dan umrah, pelan kemalangan , simpanan dan juga bonus kematangan.

 Sekiranya anda berminat untuk menyediakan pelan ini , boleh lah mengisi FORM Quotation ini.

Atau Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com.







Selasa, 26 September 2017

Bayaran claim oleh Syarikat

Kebanyakkan dari kita memerlukan insurans untuk tujuan perlindungan hibah, income protection, medikal kad untuk kemasukan ke hospital, kesihatan, pendidikan  @ Education Plan atau pun Retirement Plan.

Dan kita ambil masa yang lama untuk membuat survey syarikat insurans atau takaful mana yang boleh memberikan servis dan claim terbaik. Ada yang ambil masa sehari. ada yang ambil masa sebulan. Dan ada juga yang minggu depan nak operate jantung baru buatlah menemui syarikat yang memenuhi keperluan. Cuma malangnya masa dah ada penyakit ni, tiada syarikat yang akan memberikan apa-apa pelan perlindungan kepada anda. Walaupun anda sanggup membayar banyak mana pun.

Dan sebagai membuktikan, kami adalah syarikat yang memberikan servis dan perlindungan terbaik, jumlah bayaran tuntutan @ claim dalam tempoh 6 Bulan sahaja adalah RM1.3 Billion.

Berapa banyak RM1.3 Billion itu? sangat banyak iaitu RM1,300,000,000 dalam masa 6 BULAN sahaja!!! Bukannya RM5000. Bukannya RM500,000 atau RM5,000,000 ye.

Jadi adakah syarikat insurans atau takaful menipu dalam memberikan claim atau mengotakan janji-janji kepada client?


Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.


Sabtu, 27 Mei 2017

Best Education Plan Takaful

Menjadi ibubapa adalah impian kebanyakkan dari kita. Dan memberikan yang terbaik kepada anak-anak adalah perancangan yang kita paling kehendaki. Kita merancang untuk menyediakan pelan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Tetapi kadangkala semua yang kita rancang kadang-kadang belum tentu tercapai dan banyak halangan yang boleh berlaku di tengah jalan.

Maka kita mencari pelan pendidikan (Education Plan) yang terbaik untuk anak-anak kita.
Pencarian anda untuk pelan pendidikan dan perlindungan bayi dan kanak-kanak terbaik berakhir di sini dengan pelancaran Pelan A-Life Joy-i. Satu-satunya pelan takaful yang memberikan perlindungan dari bayi sebelum lahir dengan faedah-faedah Baby Care dan Junior Critical Illness.




Apakah Faedah Pelan Pendidikan Ini ?

1) Seawal Kandungan 14 Minggu dah boleh apply.

Boleh diambil ketika bayi masih dalam kandungan seawal 14 Minggu dalam kandungan. Jika anda memiliki polisi A-Life Lady360-i,  anda mempunyai peluang memiliki pelan ini tanpa perlu melalui proses pengunderaitan walaupun kandungan di bawah 14 minggu.

2) Perlindungan awal, Autism dan ADHD.

Dengan Penambahan Rider A-Plus BabyCare-i, bayi anda akan memiliki kelebihan faedah perlindungan untuk Neonatal ICU (NICU), Wad Rawatan Separa Rapi (HDU) atau dimasukkan ke dalam inkubator. Dan paling best, pelan ini juga memberikan perlindungan untuk Autisme dan Gangguan Defisit Perhatian dan Hiperaktif (ADHD).

Rider ini meliputi inkubasi bayi yang baru lahir, rawatan fototerapi bagi Jaundis Neonatal dan kemasukan hospital disebabkan mana-mana satu daripada 15 Keadaan Kongenital.

Rider ini menyediakan anda perlindungan untuk kerumitan kehamilan dan kematian bayi anda semasa masih dalam kandungan.

Faedah Penuh untuk perlindungan Rider A-Plus BabyCare-i adalah seperti di bawah :
Jadual Faedah Perlindungan Rider A-Plus BabyCare-i. AIA Agent 0193330342
Jadual Faedah Perlindungan Rider A-Plus BabyCare-i







































3) Perlindungan Tambahan Sakit Kritikal Kanak-kanak

Dengan Rider A-Plus Junior CriticalCare, anak anda mempunyai perlindungan ke atas penyakit kritikal khusus juvenil pada peringkat awal.Terdapat sejumlah 32 penyakit kritikal juvenil yang dilindungi.

Cara pembayaran pampasan adalah seperti di bawah :

Keparahan Rendah :  30% setiap Kategori Penyakit Kritikal
Keparahan Tinggi : 100% setiap Kategori Penyakit Kritikal

Dengan Rider A-Plus Junior CriticalCare ini, anak anda mendapat perlindungan secukupnya dari penyakit-penyakit yang mungkin akan dihadapi.

Dan dengan pelan Pelan A-Life Joy-i, anak anda juga boleh mendapat faedah-faedah rider-rider dalam pelan sedia ada seperti 36 Critical Illness, Elaun Hospital, Medikal Kad Terbaik dan sebagainya.


4) Peluang mendapatkan pulangan terbaik pelaburan di dalam Dana Ekuiti.

Tidak lengkap kalau ambil Pelan Pendidikan (Education Plan) jika anak anda tidak mendapat pulangan simpanan seperti yang disasarkan ketika ingin masuk universiti kelak. Oleh sebab itu, Pelan ini memberikan peluang penjanaan simpanan terbaik di Dana Ekuiti.

Pulangan Purata 1 Tahun mencecah 11.14% dan Pulangan dari Bulan Januari hingga May ( 5 Bulan ) sebanyak 10.18% adalah lebih dari mencukupi untuk anda menyediakan pelan pendidikan terbaik untuk anak anda.

Di bawah adalah prestasi Dana Ekuiti seperti dilaporkan dalam Bloomberg (bukannya graf rekaan sendiri).

Dana Equity terbaik AIA Public Takaful. Hubungi agen aia anda di 0193330342 untuk simpanan terbaik
Prestasi Dana Ekuiti berdasarkan laporan dari Bloomberg

Jadi dengan hanya  satu pelan sahaja, anda telah menyediakan Pelan Pendidikan Terbaik berserta Pelan Perlindungan untuk Bayi dari dalam kandungan, semasa kelahiran termasuk sakit kuning (jaundice) , Autism, ADHD , penyakit kritikal kanak-kanak dan juga simpanan di dalam dana pelaburan terbaik untuk kegunaan kemasukan ke universiti kelak.

Di samping itu pelan ini membolehkan anda mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 dari pihak LHDN.

Sekiranya anda berminat untuk menyediakan pelan ini untuk anak-anak anda, boleh lah mengisi FORM Quotation.



Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.




Ahad, 21 Mei 2017

Pelan Takaful Terbaik untuk Wanita A-Life Lady 360-i

Ramai di antara wanita yang sangat pentingkan perlindungan diri sekiranya terjadi apa-apa.
Ada yang membawa peralatan keselamatan di dalam beg tangan kerana risau jika terjadi sebarang kejadian jenayah. Bagaimana pula untuk kesihatan diri sendiri?

Oleh sebab itu sebagai syarikat yang sentiasa memberikan produk terbaik dan menjadi ikutan syarikat-syarikat Takaful lain di Malaysia, Syarikat Takaful sekali lagi mencipta sejarah dengan pelancaran produk terbaru khas untuk wanita iaitu Pelan Komprehensif Untuk Wanita iaitu A-Life Lady360-i.

Bagi Wanita, ini adalah pelan yang wajib ada untuk anda. Bagi suami, hadiahkanlah isteri anda dengan Pelan Terbaik di pasaran ini.



Pelan Perlindungan Sakit Wanita Terbaik di Pasaran. Hubungi Agen AIA anda di 0193330342


Apakah Benefit Perlindungan Wanita Terbaik ini?

Bila mencari satu pelan yang memenuhi keperluan anda, anda sudah tentulah mencari pelan yang mampu memberikan faedah yang lebih dari anda perlukan.

Oleh sebab itu pelan ini memberikan faedah komprehensif. Secara ringkasnya pelan ini memberikan faedah seperti berikut:

1) FAEDAH PERLINDUNGAN ASAS :
Membayar 100% daripada amaun perlindungan atau nilai serahan,
yang mana lebih tinggi, bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh
dan kekal (HUMK).

2) PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF KANSER WANITA:
Melindungi anda dari kanser wanita peringkat awal dan seterusnya:
Karsinoma in situ wanita - Pembayaran sekaligus dengan nilai 50% daripada amaun perlindungan anda.

3) FAEDAH SET SEMULA PERLINDUNGAN
Faedah ini akan set semula amaun perlindungan anda kepada jumlah penuh, 12 bulan selepas
anda didiagnosis dengan karsinoma in situ Wanita.

4) FAEDAH KANSER WANITA
 Pembayaran sekaligus bernilai 100% daripada amaun perlindungan anda atau nilai serahan, yang mana lebih tinggi.


5) FAEDAH TAMBAHAN JIKA DIDIAGNOSIS KANSER PAYU DARA
  • 100% Pampasan akan dibayar serta merta.
  • Tambahan 30% secara automatik daripada amaun perlindungan andauntuk pembedahan rekonstruktif payudara.
  • Tambahan 30% daripada amaun perlindungan anda untuk pembuangan payudara.
  • Keseluruhan 160% dari Jumlah Perlindungan!!!

6) FAEDAH KEHAMILAN
10% daripada amaun perlindungan akan diberikan jika berlaku komplikasi bersalin. 

7) GANJARAN TUNAI SEHINGGA 12% DARIPADA AMAUN PERLINDUNGAN

Ganjaran tunai bagi peristiwa-peristiwa berikut: 

  • Perkahwinan – Bayaran 3% daripada amaun perlindungan anda. 
  • Kelahiran Anak – Bayaran 3% daripada amaun perlindungan anda.
  • Usia Emas (pada umur 55 tahun) – Bayaran sehingga 12% daripada amaun perlindungan anda.
8) BAYARAN BONUS KEMATANGAN

 150% dari jumlah perlindungan akan dibayar jika polisi anda matang pada usia 80 Tahun.


Berminat? Hubungi saya Agen Takaful anda di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form dan Tick Pelan Sakit Wanita.

Pelan untuk wanita terbaik di Malaysia.
Faedah Pelan Komprehensif Wanita A-Life Lady360-i 


Isnin, 24 April 2017

Pelan Hibah Warisan Takaful Tanpa Medical Check Up

Sudahkah anda membuat semakan. Berapakan harta yang anda sediakan untuk keluarga dan waris tersayang jika sekiranya anda ditakdirkan pergi awal?

Sebaiknya anda sediakan perbelanjaan minimum serendah 1 tahun untuk keluarga di bawah jagaan anda sekiranya terjadi apa-apa pada anda. Dan paling baik, untuk keselesaan anak-anak anda membesar, anda sekurang-kurangnya memiliki simpanan 10 tahun dari pendapatan tahunan anda.

Menyediakan harta warisan melalui pelan Hibah Takaful  lebih baik dari meninggalkan hutang.
Menyediakan harta warisan melalui pelan Hibah Takaful  lebih baik dari meninggalkan hutang.


Jika gaji tahunan anda sebanyak RM60,000 setahun, atau RM5,000 sebulan. Anda seharusnya sudah ada RM600,000 dalam simpanan sebagai harta warisan kepada waris yang ditinggalkan. Cuba semak dalam akaun anda sekarang. Sudah ada ke?Jika belum ada, bermakna anda harus sediakan pelan penggantian pendapatan atau income replacement plan segera. Sebelum terlewat atau sebelum anda sakit.

Sediakan Pelan Hibah Warisan Takaful Untuk Keluarga anda di 0193330342
Pelan Pampasan Hibah Warisan Takaful Terbaik

Berapa anda perlu simpan untuk menyediakan RM600,000?

Anda menyimpan di bank sebanyak RM400 sebulan. Atau RM4800 setahun.
Untuk mencapai RM600,000, anda perlu menyimpan di bank selama 125 TAHUN!!!!
Adakah anda sempat? Kalau tidak ditakdirkan terjadi apa-apa pun, anda tak akan sempat mencapai tempoh simpanan 125 Tahun.

Pilihan Lain yang ada, anda boleh menyimpan di Pelan Hibah Harta Warisan di Takaful Terbaik.

Anda menyimpan RM500 sebulan di tabung Hibah Takaful untuk sediakan harta warisan.
Anda telah Serta Merta memiliki Harta Warisan sebanyak RM600,000!!!

Selain harta hibah RM600,000 apakah lagi bentuk pampasan yang disediakan di Pelan Hibah  Takaful Ini ?

1) Sekiranya berlaku kemalangan atau kematian samada semasa mengerjakan haji atau umrah, waris anda akan mendapat 200% dari pampasan sehingga RM1.2 Juta.
2) Sekiranya berlaku kemalangan di dalam penangkutan awam (Lif, Kapal Terbang, Bas, Tren) ,waris anda akan mendapat 300% dari pampasan iaitu RM1.8 Juta.
3) Anda sihat dan tiada sebarang tuntutan? Anda akan mendapat pulangan nilai simpanan yang tinggi dari dana Pelaburan. Dan pada tempoh matang, anda akan mendapat lagi EXTRA 20% dari jumlah simpanan tersebut!!!

Jangan Tunggu sehingga sakit dan kemudian menyalahkan pihak Takaful tidak adil, sedangkan anda telah mendapat hidayah perlunya pelan takaful tetapi anda merasa ianya tidak penting.

Dahulukan keluarga anda dengan mendapatkan pelan hibah harta warisan takaful hari ini juga.

Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.








Selasa, 7 Mac 2017

Kerjaya sebagai Agen Takaful di Imtiyaz Consultancy

Peluang Kerjaya Di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd

Saya mencari mereka yang berminat untuk menyertai Syarikat, Agensi dan Unit No 1 di Malaysia.

Anda di jemput untuk menghadiri sesi perkongsian peluang kerjaya di Imtiyaz Consultancy dan AIA Public Takaful seperti di bawah :

Seminar Sesi Perkongsian Kerjaya di Agensi Terbaik Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd dan AIA Public Takaful.
Seminar Sesi Perkongsian Kerjaya di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd 2017

Tarikh : 14 Mac 2017.
Masa  :  8 Malam.
Tempat : Pusat Sumber Takaful, AIA Public Takaful Wangsa Maju.
Pakaian : Kemas
Speakers : Saya sendiri, Reduan dan Maldives Qualifier, Cik Eyqa.

Antara kriteria yang saya cari adalah seperti berikut  :

1) Mempunyai semangat yang tidak mudah berputus asa dan berciri usahawan.
2) Tidak takut berhadapan kegagalan.
3) Sentiasa berfikiran positif.
4) Mampu berdikari.
5) Ingin mendapatkan income minimum RM20,000 sebulan.
6) Rajin. Termasuk rajin menyertai aktiviti agensi seperti latihan dan meeting.
7) Ada niat untuk maju dan membantu mereka yang memerlukan(bukan hanya pada komisen semata-mata).
8) Full Time dan ingin mengubah nasib anda dan keluarga.

Sekiranya anda adalah orang yan saya cari, anda boleh hubungi saya di 0193330342. Atau email di reduanhanif @gmail.com. Atau isi form di Borang Inkuiri.




Sabtu, 11 Februari 2017

Million Dollar Round Table (MDRT) Qualifying Member 2017.

Alhamdulillah.

Selama 3 tahun saya di  Imtiyaz Consultancy dan Takaful, akhirnya cita-cita saya untuk mencapai Million Dollar Round Table (MDRT) Members tercapai jua akhirnya. Pada December 2016, aya berjaya menjadi salah seorang dari hanya 5% dari agen di dunia yang mencapai Million Dollar Round Table ini.

Apakah itu Million Dollar Round Table?

MDRT adalah satu pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1927 untuk mengiktiraf agen-agen insurans terbaik di dunia. Dan setakat ini hanya 5% dari jumlah aktif agen sahaja yang mencapai MDRT. Dan salah seorangnya adalah saya.

Menjadi pelanggan saya, bermakna anda telah memilih agen insurans di antara 5% yang terbaik di dunia.
Jadi apa tunggu lagi. Jika ingin mencari perlindungan, simpanan untuk keluarga anda, boleh hubungi saya di 0193330342 atau isi form di Takaful Quotation Form di sini..


AIA Million Dollar Round Table Qualifier 2017
MDRT Member





Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga, sahabat, rakan seperjuangan , para pelanggan dan semua yang memberikan sokongan kepada kejayaan saya hari ini.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi seperti saya, boleh hubungi saya di reduanhanif@gmail.com atau hubungi saya di 0193330342 isi form Agent Application di sini.

Hanya yang betul-betul 100% serius untuk berjaya sahaja hubungi saya ye. Yang 50-50, anda fikirlah sampai dah jadi 100% barulah hubungi saya.




Ahad, 15 Januari 2017

Kerja Kosong di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd

Dengan kelayakan yang ada, ramai antara kita mengharapkan untuk mendapatkan kerja dengan pendapatan yang lumayan.

Ada yang lulus dengan Diploma, Ijazah Sarjana Muda ataupun Ijazah Sarjana.

Dengan kelulusan yang tinggi, ramai yang mengharapkan untuk mendapatkan gaji dan pendapatan yang setimpal. Dari kaji selidik Jobstreet, kebanyakkan graduan mengharapkan gaji sehingga RM6,500 sebulan dari kelayakan Ijazah yang diperolehi.

 Gaji Bangla lagi banyak?

Bagi saya, amaun ni memang ada logiknya. Manakan tidak, pekerja Bangladesh pun berpendapatan RM5,000 lebih sebulan??? Sekiranya anda berpendapatan di bawah RM5,000 ketika ini, maka anda harus fikirkan balik, adakah cukup gaji yang anda ada sekarang???? Gaji anda lebih murah daripada pekerja Bangladesh???

Gaji Bangladesh lebih RM5,000 sebulan. Gaji anda?? Hubungi 0193330342 untuk pastikan income  anda lebih tinggi.
Gaji Bangladesh lebih RM5,000. Adakah gaji anda lebih tinggi? Fikirkan balik.

Mampu atau Tidak?

Bagaimana caranya untuk dapatkan gaji tinggi?

Ramai yang hanya memikirkan dengan cara bertukar tukar kerja atau pun bekerja dari pagi ke malam. Atau pun bekerja dari Pagi ke Pagi. Mampu memberikan gaji dan income yang tinggi? Fikirkan balik. Adakah bekerja sebegitu mampu meningkatkan nilai gaji anda?

Banyak peluang yang ada di hadapan anda, tetapi anda tidak mencuba.

Antaranya adalah dalam bidang takaful seperti yang ditawarkan di Agensi dan Unit Nombor 1 di AIA dan AIA Public Takaful iaitu Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd dan Unit Al Fateh Empire. Imtiyaz Consultancy juga adalah pemegang Anugerah Emas Bumiputra Agency di MII (2015 &2016) serta di MTA Award Nite (2016).

Alhamdulillah. Rezeki di Imtiyaz Consultancy dan AIA Public Takaful.

Mari sertai Agensi Nombor 1 AIA Malaysia. Hubungi 0193330342.
Agensi No 1 AIA dan AIA Public Takaful

Hubungi Reduan di 0193330342
Meraikan Top Unit di AIA dan AIA Public Takaful.

Peluang Kerjaya Dengan Elaun Bulanan

Saya mencari mereka yang berminat untuk menyertai syarikat dan agensi No 1 di Malaysia.

Antara kriteria yang saya perlukan adalah :

1) Mempunyai semangat tidak berputus asa dan berciri usahawan.
2) Tidak takut berhadapan kegagalan.
3) Sentiasa berfikiran positif.
4) Mampu berdikari.
5) Ingin mendapatkan income minimum RM20,000 sebulan. Kalau setakat RM5,000 sebulan, elok kerja makan gaji.
6) Rajin. Termasuk rajin menyertai aktiviti agensi seperti latihan dan meeting.
7) Ada niat untuk maju dan membantu mereka yang memerlukan(bukan hanya pada komisen semata-mata)


Di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd anda berpeluang memulakan langkah pertama dengan Elaun Bulanan RM2,000, RM3,000 dan RM5,000. Ini adalah sebagai persediaan anda untuk mendapatkan income melebihi RM20,000 sebulan atau RM100,000 sebulan. Atau unlimited mengikut apa yang anda inginkan.

Disamping itu ada lagi berbagai-bagai bonus. Yang tidak ada pada syarikat lain..

Anda boleh menghantar  resume ke reduanhanif@gmail.com untuk sesi temuduga.


Jom apply kerja dengan elaun sehingga RM5,000 sebulan. Hubungi 0193330342.
Hubungi 0193330342 untuk maklumat lanjut.

Kenali Saya.

Saya adalah Assistant Unit Manager di Unit Al Fateh Empire, Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd. dan telah menyertai agensi sejak tahun 2013. Sejak menyertai Imtiyaz Consultancy saya dah berjaya mencapai beberapa kejayaan seperti melancong percuma ke seluruh dunia seperti Afrika Selatan, Turki, Thailand, Hong Kong dan yang terbaru ke Xiamen, China. Insyaallah pada 2017 ni saya akan ke New Zealand dan USA. Serta award-award di syarikat dan agensi.

Antara gambar-gambar kenangan semasa ke Xiamen pada Disember 2016. 2 agen saya juga turut berjaya ke Xiamen iaitu Ibrahim dan Hamsja.

Dream Trips. You should be here!
Ingin melancong percuma? Hubungi 0193330342
Bersama rombongan Imtiyaz Consultancy ke Xiamen, China

Bersama CEO AIA Public Takaful En. Elmi Aman Najas yang sempoi
Dengan CEO AIA Public Takaful yang sentiasa sempoi.



Unesco World Heritage
Di Hakka Village. Salah satu tempat bersejarah Unesco World Heritage
Belajar ilmu dari legend MDRT dunia. Banyak ilmu dipelajari.
Sambil berjalan, belajar dari Legend MDRT, Mr Manmohan Singh. Tq very much boss.

Pencapaian Di Imtiyaz Al Fateh Empire untuk tahun 2016.

Alhamdulillah. Dengan rezeki yang diberikan, dan sokongan Unit Manager saya En, Azlan dan juga team saya , saya berjaya mengekalkan pencapaian seperti tahun sebelum ini

Kekal sebagai agen terbaik di Imtiyaz Al Fateh Empire.
Top Agent KL Imtiyaz Al Fateh Empire. Bersama UM Alan dan DM Wan Zaini.
Hubungi Reduan di 0193330342
Top Group Assistant Unit Manager Al Fateh Empire

Apa ada pada 2017 ini?

Tahun 2017 ini, syarikat dan agensi menawarkan pakej percutian percuma lagi. Dan lagi banyak.

Amtaranya, Phuket, Beijing, Prague, Santorini, Barcelona dan HANYA dari Imtiyaz AL Fateh Empire kami tambahkan lagi Star Cruise reward.


Star Cruise Trip Al Fateh Empire.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Anda boleh kekalkan cara hidup sekarang (gaji lagi rendah dari Bangla) atau merancang untuk berjaya bersama saya di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd. Hubungi saya segera samada melalui email di reduanhanif@gmail.com atau telefon 0193330342.



Sabtu, 10 Disember 2016

Ibuku

Hari ini genaplah seminggu arwah mak telah kembali kepada penciptanya. Arwah mak telah pergi pada 3 Disember 2016. Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. 

Mak adalah antara yang memberikan sokongan kepada saya semasa saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dari seorang jurutera dan menceburi bidang takaful tanpa gaji tetap. Arwah tak pernah menghalang saya memilih bidang ini kerana beliau yakin dengan kemampuan saya. 

Alhamdulillah, sebelum arwah mak pergi, saya sempat mencapai beberapa kejayaan dalam bidang takaful. Dan alhamdulillah, arwah mak sempat melihat kejayaan saya.

Semoga arwah mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

Sabtu, 22 Oktober 2016

Medikal Kad Bukannya Pelan Pelaburan tetapi Pelan Protection.

Di sini ingin saya nyatakan, apa-apa pelan berkaitan medikal kad , tiada sebarang cash value yang akan diperolehi.

Ramai yang bertanya, kalau ambil medikal kad terbaik , berapa yang saya dapat? Kalau tidak melakukan sebarang claim saya ada dapat apa- apa ke?




Saya ingin maklumkan di sini :

1) Medikal Kad bertujuan untuk proses rawatan kemasukan ke hospital sahaja. Ini bermakna, jika anda ditakdirkan sakit dan masuk wad, pihak syarikat Takaful akan menanggung kos rawatan. Tertakhluk kepada waiting period dan penyakit. Kalau dah ada penyakit baru nak apply medikal kad, confirm tak cover.

2) Medikal Kad Standalone tiada sebarang pelaburan. Nak paling murah tapi nak savings banyak dan sebagainya memang tak dapat la nak tolong ye. Kalau nak ada savings , boleh apply pelan Alifellink dan add medikal kad sebagai rider.

3) Kalau saya tak sakit ada dapat pape ke? Tujuan ambil pelan takaful dan medikal kad adalah untuk perlindungan jika berlaku perkara tidak diingini. Kalau tak sakit, anda patut bersyukur.

4) Kenapa harga meningkat? Semua pelan medikal kad standalone atau medikal kad rider, harga tetap meningkat. Bezanya kalau standalone, bayaran peningkatan dari poket anda. Dalam investment link, tolak dari account value anda. Kan sama tu?

Diharap dengan penjelasan ini, isu tentang kenaikan contribution medikal kad, jumlah savings dan sebagainya tidak berbangkit lagi.

Ahad, 11 September 2016

Punca, tanda dan cara rawatan virus zika

Seperti yang kita sedia maklum, Virus ZIKA telah pun menular di Malaysia. Bagi mereka yang telah memiliki pelan insurans atau takaful dan medikal kad terbaik, anda tak perlu risau kerana anda dilindungi oleh medikal kad terbaik anda.

Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang gejala Virus Zika, ada beberapa maklumat anda boleh dapatkan di sini.

1) Tanda-tanda terkena Virus Zika :

  • Mata Kemerahan
  • Mengalami Demam Ringan
  • Sakit Kepala dan Sakit Sendi
  • Ruam pada kulit
  • Berasa Lesu
2) Apa perlu dilakuka untuk merawat Virus Zika  ?
  • Dapatkan rawatan untuk melegakan kesakitan dan demam
  • Banyakkan minum air masak
  • Pakai baju berlengan panjang atau labuh untuk mengelakkan dari digigit nyamuk Aedes.
  • Sekiranya gejala makin teruk, segera dapatkan rawatan lanjut terutama wanita hamil.
Ramai para pelanggan saya di AIA Public Takaful bertanya tentang perlindungan terhadap Virus Zika ini.
Dan dengan sukacitanya saya umumkan yang pihak AIA dan AIA Public Takaful akan memberikan perlindungan rawatan luar dan juga hospital kepada para pelanggan kami di bawah pelan Takaful medikal kad terbaik

Jadi anda boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan dan biarlah kami yang menyediakan kos rawatan terbaik untuk anda.

Masih belum memiliki Pelan medikal kad terbaik? Hubungi saya di 0193330342 atau :

isi Quotation Form Di sini.

Hubungi AIA Agen 0193330342. AIA Public Takaful memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap Virus Zika.
Punca, tanda dan cara rawatan virus zika

Jumaat, 5 Ogos 2016

Income Protection Plan, Retirement Plan dengan Hibah Takaful dan Simpanan. Harta Warisan Untuk Yang Tersayang.

Kenapa Anda Perlu Sediakan Income Protection Plan?

Apakah Kelebihan Pelan A Life Signature-i?

Dengan caruman hanya seminimum 5 tahun sahaja, anda telah menyediakan pelan perlindungan sehingga umur 100 tahun. Berserta simpanan dan perlindungan hibah takaful. Dengan coverage minimum RM500,000 TANPA PERLU MEDICAL CHECK UP (Standard Case).

Income Protection Plan dengan Hibah Takaful dan Simpanan
A-Life Signature-i. Pelan perlindungan pendapatan terbaik


A-Life Signature-i boleh dijadikan pelbagai fungsi mengikut keperluan anda.


A. Sebagai Hibah Kepada yang Tersayang.

Tahukah anda setiap apa yang kita ada hari ini, sebenarnya adalah satu keperluan?

Sebagai contoh, jika anda seorang pekerja yang makan gaji. Gaji bulanan anda adalah keperluan kepada anda dan juga seisi keluarga. Adakah anda telah memahami apa yang akan terjadi kepada taraf hidup anda sekeluarga jika ditakdirkan hari ini anda tidak mampu bekerja? Atau lebih teruk jika keluarga anda kehilangan anda sebagai sumber mata pencarian keluarga. Apa akan jadi kepada segala komitmen anda?

Lindungi pendapatan anda dengan coverage minimum RM500,000. Hubungi AIA Takaful Agen 0193330342
Sediakan pelampung kepada pendapatan anda agar anda tidak lemas.

Adakah anda telah sediakan disediakan dengan jumlah simpanan atau hibah yang secukupnya untuk keluarga tersayang? Adakah jumlah tersebut mencukupi? Anda telah sediakan backup plan?


Adakah income protection anda ada RM500,000 minimum? Hubungi AIA Takaful Agen 0193330342
Cukupkah backup plan anda sekarang?


Jika anda telah menyediakan sejumlah simpanan di bank atau ASB atau di mana-mana instrumen kewangan berdaftar, adakah anda sanggup menghabiskan wang tersebut? Sedangkan hanya dengan 10% dari gaji tahunan anda, anda boleh mencipta simpanan kecemasan serendah RM500,000 di akaun Takaful AIA Public Takaful.


Hubungi AIA Takaful Agen 0193330342 untuk melindungi aset dan wang anda.
Jangan biarkan wang anda bocor


B. Pelan Kecemasan Perlindungan Perniagaan (Business Owner Emergency Fund)


Sekiranya anda adalah seorang pemilik perniagaan, sebarang kehilangan dalam organisasi anda akan turut memberikan impak kepada pelan perniagaan anda di masa hadapan.

Kehilangan bakat dalam syarikat anda turut akan menyebabkan kehilangan kepercayaan dari para pelanggan dan pembekal kepada syarikat anda.Apa akan jadi sekiranya hari ini pembekal menerima berita yang mengatakan anda sebagai pemilik syarikat mengalami hilang upaya kekal? Sudah tentu keyakinan pembekal untuk anda melunaskan bayaran dan hutang sedikit sebanyak akan terjejas.

Dan bagaimana jika mereka mengetahui yang anda telah menyediakan  satu tabung kecemasan sehingga RM4 juta di dalam tabung Takaful? Adakah kepercayaan mereka terhadap kemampuan organisasi anda akan berkurang? Oleh sebab itu sebagai seorang pemilik syarikat, anda harus ada pelan perlindungan modal syarikat di dalam tabung takaful.

Hubungi AIA Takaful Agen 0193330342  untuk pelan perlindungan perniagaan anda.
Dana Kecemasan Perniagaan

C. Retirement, Savings dan Education Plan.

Dengan pelan takaful ini juga, anda boleh menyediakan pelan untuk persaraan aka retirement plan anda dan juga sebagai simpanan pendidikan untuk anak-anak anda ( Education Plan).

Di mana dengan pelan ini, anda akan memiliki faedah kematian sehingga 300%. Dan jika tiada apa-apa berlaku, anda tetap mendapat sejumlah simpanan beserta bonus kematangan 20% dari jumlah simpanan anda.

Hubungi AIA Takaful Agen 0193330342  untuk pelan persaraan dengan bonus 20%.
Hanya yang merancang akan menikmati persaraan idaman.


Persaraan memerlukan perancangan. Adakah anda inginkan persaraan yang anda impikan tetapi dalam masa yang sama anda tidak melakukan apa-apa perancangan untuk mencapainya? Apa yang anda ada hari ini akan hilang terutama gaji bulanan anda. Apa kata anda asingkan 10% sahaja pendapatan anda untuk saya tolong simpankan di dana takaful. Anda boleh hubungi saya di 0193330342 atau email reduanhanif@gmail.com atau isi form Quotation. Jangan bila sampai masa, duit anda tiada lagi yang tinggal.

Rancang sekarang atau lupakan sahaja persaraan selesa.
Bagaimana pula dengan pelan pendidikan anak-anak anda? Sama juga seperti persaraan. Anda yang rancangkan pelan pendidikan anak-anak anda. Samada nak hantar ke universiti awam, swasta atau luar negeri. Samada dengan duit sendiri, atau biarkan mereka berhutang. Kalau tiada yang berikan hutang, dari mana pula anda ingin mencari wang pendidikan tersebut?

Hubungi AIA Takaful Agen 0193330342 untuk pelan pendidikan anak
Sediakan pelan pendidikan seawal mungkin.

Yang mana satu KEUTAMAAN anda? Yang mana satu anda perlukan? Semuanya adalah bermula dengan perancangan anda. Langkah pertama yang paling penting adalah ACTION anda sendiri. Hubungi saya segera sebelum terlewat. Anda boleh hubungi saya di 0193330342 atau pun email reduanhanif@gmail.com atau isi form Quotation.





Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.





Isnin, 4 Julai 2016

Selamat Hari Raya Adidilfitri

Salam Aidilfitri,

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, saya Reduan Hanif ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kepada para pelanggan dan pembaca blog reduanhanif.

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pelanggan.


Bagi yang memandu balik ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Jangan gunakan lorong kecemasan kerana lorong kecemasan adalah untuk kes kecemasan bukannya kes cemas nak balik raya. Baca tips balik kampung di sini .



Masih belum memiliki pelan takaful terbaik?

 Hubungi saya di 019 333 0342 atau

 Email reduanhanif@gmail.com atau

boleh isi Quotation Form.