*Protection: All original content on http://reduanhanif.blogspot.com/ is created by the website owner are protected by DMCA Protection Services using the Digital Millennium Copyright Act Title 17 Chapter 512 (c)(3). Reproduction or re-publication of this content is prohibited without permission.
Pelan Perubatan Tanpa Had Sepanjang Hayat.
Dalam zaman serba naik ini, ramai yang tak menyedari inflasi kos perubatan juga meningkat naik. Dianggarkan kadar kenaikan adalah 15% setahun. Bagaimanapun, banyak yang menganggap kos perubatan ini adalah benda yang terakhir untuk difikirkan. Selepas kereta, rumah, smartphone, tablet dan sebagainya.Jadi, apabila ditanya tentang betapa pentingnya pelan takaful dan medikal kad, jawapan yang diberi hanya satu "tunggu ada budget". Tunggu budget ni lebih kepada bermakna, pelan Takaful dan medikal kad adalah benda terakhir yang akan diambil kira selepas dibayar pelbagai perkara termasuk perkara yang tak penting.
Bagaimanapun, dalam permohonan untuk mendapatkan pelan takaful, tak sama dengan kebanyakkan benda yang kita ingin dapatkan. Contohnya, kalau ingin membeli sebuah kereta idaman, bila kita ada budget, baru kita dapat beli. Yang penting ada budget@belanjawan@duit.
Berbeza dengan pelan Takaful. Perkara yang paling penting bukannya budget. Tetapi SIHAT. Biarlah selepas 1 bulan akan datang anda dapat bonus 12 bulan atau dah lebih dari cukup budget, malangnya masa tu dah dihinggapi pelbagai penyakit, anda letak lah budget setahun untuk bayar caruman sebulan sekalipun, pelan Takaful tidak mungkin anda perolehi. Kerana masa tu bukan soal ada BUDGET lagi tetapi soalnya TIADA SIHAT.
Kebarangkalian penyakit kritikal dalam 20 tahun akan datang. |
Bayangkan hari ini anda ingin menjimatkan caruman RM2400 untuk pelan Takaful setahun.Kononnya mahal dan benda yang tak perlu dalam kira-kira belanjawan anda. Tiba-tiba terkena penyakit kanser usus di mana kos pembedahan anggaran dalam RM37,000. Dan follow up treatment dalam RM70,000. Agaknya di mana nak cari sejumlah RM107,000 untuk rawatan? Sedangkan dengan hanya RM2400 setahun anda dah ada pelan perubatan yang cukup untuk bayar bil tersebut. Dan dah boleh dapat free Takaful dan simpanan lagi sehingga umur 100 tahun kerana dah kena kanser.
Jadi, masa depan anda, anda lah yang menentukan. Jika memerlukan khidmat tentang pelan terbaik untuk anda atau pun keluarga, boleh lah hubungi saya segera. Jangan tunggu sampai esok atau tahun depan. Kerana sakit tak menunggu anda.
Masalah utama orang ramai adalah tiada duit untuk bayar rawatan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan