Sabtu, 28 Disember 2013

Kos Perubatan di Malaysia

Berapakah yang anda perlu ada untuk membayar kos rawatan perubatan di Malaysia?


Kebanyakkan dari kita memandang remeh tentang perbelanjaan yang perlu dikeluarkan apabila berlakunya perkara tidak diingin. Samada anda mampu atau tidak, anda tetap memerlukan belanja untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Walaupun di hospital kerajaan sekali pun, belum tentu percuma. Kalau percuma sekali pun berapa lama anda sanggup tunggu? 1 bulan? 1 tahun? Itu pun kalau sempat.



Berapakah anda sanggup bayar untuk kos rawatan hospital?
Jika perlukan rawatan, berapa banyak bil pun anda sanggup bayar.



Di bawah saya senaraikan anggaran kos-kos rawatan perubatan di Malaysia.



Kanser Payudara = Kos RM10,000 – RM140,000
Kanser Rahim = Kos RM10,000 – RM140,000
Serangan Jantung = Kos RM10,000 – RM50,000
Strok = Kos RM7000 – RM15,000
Katarak = Kos RM3000 – RM5000
Demam Denggi = Kos RM3000 -RM8000
Diabetes = Kos RM2500 – RM5000 / tahun
Tekanan Darah Tinggi = Kos RM2000 – RM5000 / tahun
Pintasan Jantung = Kos RM30,000 – RM50,000
Pembedahan Jantung Terbuka = Kos RM50,000 – RM80,000
Pemindahan Jantung = Kos RM50,000 – RM140,000
Kanser = Kos RM3000 – RM400,000
Homodialisis = Kos RM1200 /rawatan
Kemoterapi = Kos RM1200 /rawatan
Radioterapi = Kos RM1200 /rawatan



Adakah simpanan anda mencukupi?




Kalau masuk hospital, apakah masalah paling besar selain sakit?
Kalau masuk hospital, apakah masalah paling besar selain sakit?


Berapa lama masa anda perlu untuk kumpul duit membayar kos rawatan? Berapa lama anda ambil masa untuk mengumpulkan RM100,000 untuk rawatan?

Adakah anda akan :

Jual rumah? kereta?
Minta bantuan TV3 sambil menangis meminta bantuan ?
Merayu dalam surat khabar ?
Meredah rumah sedara mara?



Atau mendapatkan Pelan Medikal Kad Unlimited Takaful hanya dari RM51 sebulan untuk Individu dan RM230 sebulan untuk 1 Keluarga. Anda telah sediakan sekurang kurangnya RM90,000 sebagai back up.

Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.

Isnin, 7 Oktober 2013

Rancang Persaraan anda seawal mungkin di RHB Asset Management Sdn Bhd

Apa jadi pada simpanan KWSP dalam 20-30 tahun akan datang?


Satu hari, sementara menunggu isteri di Stesen LRT Sri Petaling, kelihatan beberapa orang pemandu teksi yang anggaran umur mereka dalam 60 tahun ke atas. Pemandu warga emas.

Kebiasaan, pada usia begini, kebanyakkan warga emas duduk di rumah melayani kerenah anak cucu atau pun mungkin menghabiskan masa untuk pergi melancong. Dah lama bekerja, masa ni lah nak menikmati hasil penat lelah setelah berpuluh tahun mengabdikan diri dengan syarikat masing-masing.
Masa ni lah wang simpanan KWSP membalas budi anda.

Jadi, saya tertanya-tanya juga. kenapa pada usia begini masih bekerja bawa teksi, bekerja dari siang ke malam?


Tanpa buang masa, saya pun terus bertanya:

Saya : sudah lama ke pakcik bawak teksi?

Pemandu teksi : adalah dalam beberapa tahun.

saya : memang bawak teksi dari dulu ke?

 Pemandu teksi :  tak. dulu keje makan gaji. keje dengan company.

saya : kenapa perlu bawak teksi. kan lebih bagus duduk rumah menikmati persaraan?

 Pemandu teksi : takde duit. barang pun sekarang mahal.

saya : duit epf macammana?

Pemandu teksi : sudah habis lama. tak cukup. dulu barang murah, sekarang mahal. Terpaksa la bekerja balik.







jadi, maukah anda bergantung pada epf semata-mata?abis duit epf, start keje balik?

Baru cite pasal makan je. Belum lagi belanja kesihatan, rawatan hospital. Berapa pula kos perubatan dalam 20-30 tahun akan datang?

Kos meningkat dalam anggaran 15% setahun (Tanpa agreement TPPA lagi) dan secara pengiraan mudahnya, kos akan meningkat 2 kali ganda setiap 5 tahun.

Contoh : Bil RM3,000 hari ini, jadi RM6,000 pada 5 tahun akan datang.
Dan menjadi RM12,000 pada 10 tahun akan datang.

Cukup ke simpanan anda?

Jadi, pilihan di tangan anda. Samada bersara tanpa sebarang simpanan.




atau menikmati persaraan anda 



Hubungi saya untuk pelan menyeluruh persaraan anda. Dari Simpanan dan Pelan Perubatan.



Hubungi saya di reduanhanif@gmail.com




Ahad, 18 Ogos 2013

5 Jam untuk dapatkan Panadol dan Ubat Luka. Atau dapatkan Pelan Perubatan Terbaik?

Sanggupkah anda menunggu 5 jam untuk mendapatkan Panadol? Ini kes ringan, kalau kes berat dan kecemasan macam mana? Sanggup ke menunggu?

Dengan Pelan Perubatan Medikal Kad (Medical Card) anda mampu mendapatkan servis terbaik tanpa perlu menunggu lama.

AMedik adalah Pelan Takaful Terbaik di KLIFF 2012. Dan diiktiraf terbaik di peringkat antarabangsa.


KUCHING - Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menyarankan supaya perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipertingkatkan memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," katanya.

Juanda membuat saranan itu berikutan kedatangannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi semalam.

Insiden kira-kira 4.30 pagi itu menyebabkan beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak berkenaan.

Isteri beliau turut cedera di tangan dan muka manakala pembantu rumah mereka mengalami kecederaan di belakang kepala dan mulut.   

Menyentuh isu jenayah, Juanda berkata sebuah lagi balai polis perlu diwujudkan di Petra Jaya, memandangkan kawasan tersebut berada dalam kawasan Bandaraya Kuching dan semakin membangun.

Beliau berkata dalam masa yang sama, bilangan anggota polis di Balai Polis Gita, dekat sini perlu ditambah, selaras dengan peningkatan jumlah penduduk dan keluasan kawasan kawalan.

"Kedua-dua langkah ini dilihat penting bagi mengawal keselamatan penduduk dan meningkatkan usaha memerangi jenayah di sekitar Petra Jaya dan kawasan yang terletak berjauhan dari Kampung Gita," katanya.

Juanda turut berharap pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan polis dalam menjaga keselamatan dengan memasang lebih banyak lampu jalan di beberapa laluan kawasan perumahan.

"Langkah itu dilihat wajar kerana majoriti penduduk di kawasan perumahan membayar cukai pintu dan mereka berhak mendapat jaminan keselamatan tersebut," katanya. - Bernama



Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.



Selasa, 9 Julai 2013

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya 2013

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan.

Di bawah adalah Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya 2013.



Rabu, 1 Mei 2013

Pelaburan Akaun 1 KWSP dan Tunai di RHB Asset Management Sdn Bhd

RHB Asset Management Sdn Bhd adalah salah satu dari syarikat Unit Amanah yang berdaftar di bawah FiMM. Dan dimiliki oleh salah sebuah Bank terbesar di Malaysia.

 Kelebihan Menyimpan dan melabur di RHB Asset Management Sdn Bhd:
  1. Tenaga Pengurusan Berpengalaman dalam bidang pelaburan.
  2. Multi Fund Manager.
  3. Fund2 yang memberikan kadar peratusa dividen (Dividend Yield) yang tinggi dan konsisten.
  4. Memenangi pelbagai award di peringkat Malaysia dan antarabangsa.
  5. Mempunyai kepelbagaian jenis dana iaitu Ekuiti, Bond, Balance dan juga Dinamik.

Dan banyak lagi.


  Bagi mereka yang berminat untuk menyimpan atau menjadi agen boleh menghubungi saya di :

reduanhanif@gmail.com
atau hubungi 019-333 0342.
REDUAN HANIF
Agency Manager
(RHB Asset Managemet Sdn Bhd)


Anda juga boleh mengisi form di bawah  :


Jumaat, 5 April 2013

Cara Memilih Pelan Takaful Terbaik

Ramai di antara kita kurang jelas dan faham apabila ingin memilih pelan Takaful yang bertepatan dan terbaik mengikut keperluan masing-masing.

Kadang-kadang, sampai tak tau apa yang kita perlukan. 

Jadi, hubungi saya untuk sebarang perbincangan tentang pelan paling sesuai untuk anda sekeluarga
di reduanhanif@gmail.com atau telefon 019-333 0342.


Antara perlindungan yang ada di pasaran adalah :


3) Perlindungan 36 Penyakit Kritikal (36 Critical Illness)
5) Perlindungan Kemalangan Peribadi (Personal Accident)
7) Perlindungan Penyakit Kritikal Berganda (Multi Critical Illness)

Dan berbagai-bagai lagi.

Jadi di bawah saya senaraikan cara ringkas untuk memilih Pelan Takaful Terbaik.


 No 1 : Syarikat Takaful Yang Kukuh dan Tepat


  Mudah sahaja, bila kita nak ambil takaful tentulah kita nak cari company yang betul, caranya mudah pergi ke hospital tanya pada kaunter "kalau saya nak ambil takaful company apa yang saya patut pilih", keperluan memilih company yang betul, sudah tentulah company yang akan membayar tuntutan anda dan company yang stabil dan kukuh dari segi kewangan. 
  Pilihan yang betul juga penting kerana, jikalau company yang anda pilih muflis dan anda perlu ambik takaful sekali lagi, sekiranya anda sudah ada penyakit....maaf,company lain takkan layan. Untuk maklumat anda setiap company takaful akan mengenakan "admin charge" dan biasanya selepas tahun keenam akan habis. Rugilah anda terpaksa bermula sekali lagi dengan company lain, jadi "admin charge" jadi double.

No 2 : Produk Yang Betul 


  Sekiranya anda memilih produk pilihlah produk yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, kenapa? sebab purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi pilihlah produk yang memberi perlindungan maksimum melebihi purata jangka hayat rakyat Malaysia. Sekiranya anda pilih produk yang maksimum tempoh perlindungan maka anda ada option untuk untuk berhenti pada bila-bila masa sekiranya anda mahu. Sekiranya anda ambil produk yang ada tempoh matang untuk takaful perubatan contohnya pada umur 55, selepas umur 55 polisi anda matang, anda kena ambil plan baru sekiranya anda inginkan perlindungan baru. Ingat.... 

1) Kita tak pasti ada kencing manis darah tinggi. 
2) Admin chargers tahun bertama hingga tahun keenam kena sekali lagi.
3) Umur 55 hingga 75 "maintenance tinggi" caruman pun mahal...



No 3 : Budget Yang Betul 


Bagi saya budget adalah penting kita mampu dan yang di antara 5% - 10% daripada pendapatan anda. The best polisi bukannya polisi yang mahal anda bayar 3 bulan lepas tu tak nak bayar sebab premium terlampau besar, polisi yang kecil pun takpa carumannya janji bila anda perlukan anda boleh guna manfaat daripada plan yang anda miliki. Hubungi saya untuk maklumat lanjut, jangan risau tiada paksaan untuk ambil. Tugas saya menerangkan kepada anda dan tugas anda untuk buat analisis dan buat keputusan samaada untuk ambil atau tidak.


Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.

Jumaat, 22 Februari 2013

Rider Medikal Kad : Perlindungan 95 Early Pay Critical Illness

Pelan Penyakit Kritikal Takaful : 95 Early Critical Illness 



Dalam kebanyakkan polisi untuk penyakit kritikal / critical illness, pampasan hanya dibayar pada tahap 3 @ 4 sahaja (Stage 3 @ 4).

Sekiranya seseorang pemegan polisi didiagnos mengidap kanser pada tahap 1(stage 1), pemegang polisi tidak akan menerima apa-apa pampasan memandangkan keadaan sakit tersebut tidak memenuhi syarat-syarat polisi penyakit kritikal.


Memandangkan belanja paling perlu untuk meneruskan hidup adalah pada peringkat awal penyakit kritikal, Takaful telah memperkenalkan pelan 95 Early Critical Illness. Pelan ini boleh di dapati dalam bentuk Standalone atau pun dalam bentuk Rider kepada pelan Unlimited Medical Card .


Dengan Pelan ini juga, anda boleh mendapatkan belanja tambahan jika memerlukan wang perbelanjaan rawatan penyakit kritikal dari peringkat awal lagi.




Kelebihan Pelan 95 Early Payout Critical Illness  ini :



Faedah-faedah akan di bayar mengikut 3 tahap keparahan yang berlainan:

Keparahan Ringan (Low Severity)
Faedah akan dibayar apabila Orang Dilindungi menjalani pembedahan yang dilindungi atau bila didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tahap Keparahan Ringan. 

Bayaran = 30% daripada Jumlah Asas Perlindungan.

Keparahan Sederhana  (Medium Severity)
Faedah akan dibayar apabila Orang Dilindungi menjalani pembedahan yang dilindungi atau bila didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tahap Keparahan Sederhana. 

Bayaran = 60% daripada Jumlah Asas Perlindungan.

Keparahan Serius  (High Severity)
Faedah akan dibayar apabila Orang Dilindungi menjalani pembedahan yang dilindungi atau bila didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tahap Keparahan Serius. 

Bayaran = 100% daripada Jumlah Asas Perlindungan.



Faedah-Faedah lain :

1)Faedah tambahan sebanyak 20% daripada Jumlah Dilindungi akan dibayar apabila Orang Dilindungi 
didiagnos dengan Penyakit Berkaitan Diabetis.

2) Faedah tambahan ini tidak akan mengurangkan pembayaran Jumlah Dilindungi. Tiada lagi faedah yang akan dibayar di bawah Penyakit Berkaitan Diabetis sebaik sahaja Jumlah Dilindungi telah dibayar 100%.

3)Tempoh Menunggu tidak dikenakan di antara tuntutan.

4) Caruman yang dibayar melalui pelan ini boleh melayakkan anda untuk pelepasan cukai peribadi di mana ia tertakluk 
kepada keputusan akhir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.



Pernahkah anda membaca berita seperti di bawah ini ? :





Beliau memiliki 3 polisi yang merangkumi 36 Critical Illness. Bagaimanapun, kesemua polisi yang diambil adalah Pelan Penyakit Kritikal yang normal. Beliau telah didiagnos dengan penyakit kanser Tahap 1. Tetapi, ketiga-tiga polisi beliau adalah untuk perlindungan pada Tahap 3 @ 4.

Oleh sebab itu beliau tidak dapat apa-apa pampasan perlindungan penyakit kritikal.


Di sini kelebihan yang terdapat pada 95 Early Payout Critical Illness, di mana pada Tahap 1, 30% akan terus diberikan sebagai pampasan kepada pemegang polisi. Tak perlu tunggu pada Tahap Kritikal iaitu Tahap 3 @ 4.




Untuk Proposal percuma boleh klik di sini.