Rabu, 20 Januari 2016

RM1.5 Juta Income Protection Plan Tanpa Medical Check Up*


Keluar Awal, Balik Lewat.

Ramai di antara kita yang bangun awal setiap pagi. Selepas Subuh kita telah bersiap-siap untuk keluar bekerja. Ada yang seawal 6:30 pagi. Ada yang sebelum subuh pun dah bergerak ke pejabat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Walaupun kena bayar tol setiap hari, itu tidak menjamin tiada kesesakan. Begitu juga semasa ingin pulang kerja. Nak balik selepas waktu kerja pun mengambil masa. Kadangkala, keluar pejabat jam 5 petang, sampai rumah pun sehingga jam 8 malam.

Doa sebelum pergi dan balik kerja
Amalkan Doa sebelum pergi dan balik kerja.


Tapi yang paling penting adalah niat kita untuk keluar bekerja. Iaitu mencari sesuap rezeki untuk keluarga. Dan dari gaji yang kita terima setiap bulan akan digunakan untuk membayar :

  • Hutang Rumah
  • Hutang Kereta
  • Hutang Kad Kredit
  • Duit nak bagi mak dan ayah.
  • Hutang PTPTN
  • Bil-bil (Elektrik, Air, Telefon, Internet, Astro etc)
  • Keperluan rumah seperti makanan,pakaian, susu dan pampers anak
  • Keperluan  pendidikan anak-anak.
  • Dan banyak lagi.
 Jika suatu hari nanti kita keluar bekerja dan mungkin tidak kembali, apa akan jadi kepada keluarga kita? Dengan hutang rumah, kereta dan sebagainya seperti senarai di atas. Adakah keluarga anda mampu meneruskan cara hidup di atas? Atau adakah mereka perlu bekerja jika isteri selama ini adalah suri rumah?
Adakah mudah mendapatkan kerja dengan bayaran setimpal?



Penggantian Pendapatan Keluarga (Family Income Replacement)

Pelan income replacement tanpa medical check up sehingga RM1.5 Juta
Adakah jumlah perlindungan anda mencukupi?
Dari kajian yang dibuat, dari lebih kurang 30 juta orang rakyat Malaysia, 46% tidak memiliki sebarang perlindungan takaful atau insurans. Dan yang memiliki insurans pula, hanya memiliki perlindungan paling minimum. Anggaran purata adalah RM50,000 sahaja. Jumlah ini adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan komitmen yang ada.

Sebagai contoh, sekiranya gaji anda sebulan RM5,000. Setahun RM60,000. Sekiranya berlaku apa-apa pada anda, keluarga anda memerlukan RM60,000 setahun ini dalam tempoh yang panjang untuk survive dan membayar senarai di atas tadi. Tempoh yang biasa dicadangkan adalah 10 tahun bersamaan penggantian pendapatan ( income replacement ) sebanyak RM600,000. Jika ikut purata RM50,000 tadi, income replacement akan habis sebelum 1 tahun. Apa akan berlaku selepas itu??




Pelan Penggantian Pendapatan Sehingga RM1.5 Juta Tanpa Medical Check Up*

Jika ingin mendapatkan penggantian pendapatan RM500,000 ke atas pula, kebanyakkan pelan perlindungan dari syarikat insurans dan takaful memerlukan anda melakukan pemeriksaan kesihatan (Medical Check Up).

Jadi apabila dikehendaki melakukan medical check up ini, ramai yang tarik diri kerana proses akan mengambil masa yang lebih.

Oleh sebab itu  Pelan A-Life Signature diperkenalkan. Dengan pelan ini, perlindungan sehingga RM1.5 Juta boleh diambil tanpa memerlukan sebarang medical check up.


Berikut adalah kelebihan Pelan A-Life Signature :

1) Komitmen tempoh bayaran sependek 5 tahun untuk coverage sehingga umur 100 Tahun.
2) Coverage Minimum RM500,000
3) Pampasan 2 kali ganda jika berlaku kematian semasa menunaikan haji atau umrah.
4) Pampasan 3 kali ganda jika berlaku kematian ketika menaiki pengangkutan awam dengan laluan tetap.
5) Simpanan
6) Tambahan Bonus 20% dari jumlah simpanan semasa tempoh matang.

Faedah pelan perlindungan pendapatan tanpa medical check up
Faedah Lengkap Pelan Perlindungan Pendapatan























Fungsi Selain Income Replacement?


Selain sebagai satu pelan penggantian pendapatan, pelan ini juga boleh digunakan sebagai :

1) MRTT untuk melindungi hutang rumah anda kepada pihak bank.
2) Pelan Simpanan Persaraan atau Simpanan Untuk Umrah atau Haji.
3) Wasiat atau Hibah untuk waris.


Hubungi saya di 019 333 0342 atau

 Email reduanhanif@gmail.com atau

boleh isi Quotation Form.



* Bergantung kepada kepada keadaan kesihatan.







Jumaat, 1 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016!

Sempena ketibaan Tahun Baru 2016, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada ahli keluarga.para follower blog saya, pelanggan-pelanggan, sahabat-sahabat dan pihak pengurusan Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd

Terima kasih untuk sokongan sepanjang tahun 2015. Semoga Tahun 2016 memberikan lebih kecemerlangan dan kejayaan.


AIA Public Takaful : Selamat Tahun Baru 2016
Selamat Tahun Baru 2016!