Ahad, 18 Ogos 2013

5 Jam untuk dapatkan Panadol dan Ubat Luka. Atau dapatkan Pelan Perubatan Terbaik?

Sanggupkah anda menunggu 5 jam untuk mendapatkan Panadol? Ini kes ringan, kalau kes berat dan kecemasan macam mana? Sanggup ke menunggu?

Dengan Pelan Perubatan Medikal Kad (Medical Card) anda mampu mendapatkan servis terbaik tanpa perlu menunggu lama.

AMedik adalah Pelan Takaful Terbaik di KLIFF 2012. Dan diiktiraf terbaik di peringkat antarabangsa.


KUCHING - Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menyarankan supaya perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipertingkatkan memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," katanya.

Juanda membuat saranan itu berikutan kedatangannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi semalam.

Insiden kira-kira 4.30 pagi itu menyebabkan beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak berkenaan.

Isteri beliau turut cedera di tangan dan muka manakala pembantu rumah mereka mengalami kecederaan di belakang kepala dan mulut.   

Menyentuh isu jenayah, Juanda berkata sebuah lagi balai polis perlu diwujudkan di Petra Jaya, memandangkan kawasan tersebut berada dalam kawasan Bandaraya Kuching dan semakin membangun.

Beliau berkata dalam masa yang sama, bilangan anggota polis di Balai Polis Gita, dekat sini perlu ditambah, selaras dengan peningkatan jumlah penduduk dan keluasan kawasan kawalan.

"Kedua-dua langkah ini dilihat penting bagi mengawal keselamatan penduduk dan meningkatkan usaha memerangi jenayah di sekitar Petra Jaya dan kawasan yang terletak berjauhan dari Kampung Gita," katanya.

Juanda turut berharap pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan polis dalam menjaga keselamatan dengan memasang lebih banyak lampu jalan di beberapa laluan kawasan perumahan.

"Langkah itu dilihat wajar kerana majoriti penduduk di kawasan perumahan membayar cukai pintu dan mereka berhak mendapat jaminan keselamatan tersebut," katanya. - Bernama



Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.