Takaful A-Medik Medical Card.
Perbelanjaan perubatan yang kian meningkat akan menjejaskan simpanan anda jika berlakunya penghospitalan atau pembedahan. Dengan A-Medik, kami boleh membantu anda untuk mencegah kemerosotan kewangan kerana pelan ini menawarkan perlindungan perubatan yang komprehensif sehingga umur 99 tahun. Selain itu, pelan ini juga menawarkan had jumlah keseluruhan seumur hidup yang tidak terbatas bagi setiap orang dilindungi di mana anda tidak perlu bimbang akan kekurangan pembayaran balik perubatan dalam jangka masa yang panjang.
Oleh itu, anda dapat menumpukan perhatian untuk meningkatkan simpanan anda tanpa perlu bimbang akan penyusutan simpanan disebabkan kejadian yang tidak diduga.
Apakah itu A-Medik?
A-Medik adalah pelan perubatan caruman tetap yang meliputi kos penghospitalan dan
pembedahan dalam keadaan penghospitalan kerana sakit atau punca kemalangan. Pelan ini menyediakan faedah tambahan yang boleh dilampirkan bersama pelan-pelan takaful keluarga dan takaful berkaitan-pelaburan.
AMAUN PERLINDUNGAN
Bolehkah saya memperluaskan amaun perlindungan kepada ahli keluarga saya di dalam pelan ini?
Anda mempunyai pilihan untuk memperluaskan perlindungan ini kepada ahli keluarga anda. Tiga (3) pelan keluarga yang disediakan adalah:
(i) Orang Dilindungi + Pasangan
(ii) Orang Dilindungi + Keluarga
(iii) Orang Dilindungi + Anak
Dalam pelan keluarga, semua ahli keluarga yang dilindungi dalam satu sijil akan dilindungi dengan amaun yang sama.
Adakah saya perlu menanggung sebarang perbelanjaan untuk penghospitalan?
Perbelanjaan layak yang melebihi Amaun Bebas Ko-Takaful adalah tertakluk kepada Amaun Ko-Takaful sebanyak RM3,000 atau 10% daripada baki yang melebihi Amaun Bebas Ko-Takaful, mana-mana yang lebih rendah.
Bagaimana Takaful A-Medik Membantu Pelan Perancangan Kewangan Anda?
Bagi yang masih bujang, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat perancangan jangka panjang. Di Takaful, perancangan Medical Card boleh dibuat ketika anda masih bujang hingga anda mempunyai ramai anak.
Ketika Bujang : Medical Card Individu
Ketika Baru Berkahwin(tiada anak) :Upgrade ke Medical Card Anda + Pasangan
Ketika Sudah ada anak:Upgrade ke Medical Card Keluarga atau Anda + Anak2.
Jadi, perancangan perbelanjaan perubatan anda dan keluarga anda pada masa akan datang, bermula pada hari ini. Dan mulakan dengan Takaful untuk perancangan penjimatan jangka panjang (Bukan pada hari ini sahaja) Bermula dengan Takaful Medical Card pada hari ini, memudahkan anda untuk mengubah polisi pada masa depan ketika sudah berkahwin atau mempunyai anak2.
FAEDAH
Apakah perlindungan/faedah yang disediakan?
Jadual faedah A-Medik
Assalamu'alaikum Wrmbth. Memang mengharukan video tersebut... Bukan kisah benar??
BalasPadamWaalaikummussalam wrmbth.
PadamTerima kasih.
Video ni adalah iklan di Thailand. Bukan kisah benar, tapi banyak berlaku di mana apabila pencari rezeki dalam keluarga meninggal, hidup ahli keluarga yang ditinggalkan terkontang-kanting.
Video ni menunjukkan, yang ayah dah sediakan jumlah pendapatan yang mencukupi untuk keluarga yang ditinggalkan.