Selasa, 31 Mac 2020

Penerangan Ringkas Tentang Moratorium

 
covid 19 coronavirus moratorium for loan
Add caption




Penerangan ringkas tentang Moratorium semasa Covid 19.

Semoga lebih ramai faham dan tidak keliru. 



1. Bila bermula?
  - 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan).  

2. Jenis loan yang dapat moratorium?
- Pinjaman Perumahan.
- Pinjaman Kenderaan.
- Pinjaman Peribadi.
- Pinjaman Perniagaan.
- Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari.  

3. Macam mana nak mohon?
 - Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak perlu telefon bank dan sebagainya.  

4. Siapa yang layak?
- Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas Swasta. - Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke. Semua layak.  

5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?
 - Tidak.
- Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap.
- Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18%.

 6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?
- Tidak akan bertambah.
- Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan (kerana penangguhan 6 bulan).
- Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan.
- Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan jadi 7 tahun DAN 6 bulan.  

7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?
- Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka bukan institusi Perbankan.

  8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?
- Tiada, tidak terkesan langsung.

  9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?
- Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan bayaran pinjaman.  

10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar macam biasa?
- Hubungi bank dan bagitau mereka.

 11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?
 - Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak memberi kesan.

 12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?
 - Bayar pinjaman seperti biasa.  

13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan juga tak?
- Penangguhan untuk 3 bulan bagi yang terjejas dengn Covid 19 sahaja.
- Bukan automatik. Perlu mohon kepada syarikat insurans.
- Perlu sertakan dokumen sokongan seperti surat doktor, surat potong gaji dan sebagainya.


 Semoga dapat memberi pencerahan. Kongsikan supaya orang tidak lagi tertanya-tanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen