Sabtu, 22 Oktober 2016

Medikal Kad Bukannya Pelan Pelaburan tetapi Pelan Protection.

Di sini ingin saya nyatakan, apa-apa pelan berkaitan medikal kad , tiada sebarang cash value yang akan diperolehi.

Ramai yang bertanya, kalau ambil medikal kad terbaik , berapa yang saya dapat? Kalau tidak melakukan sebarang claim saya ada dapat apa- apa ke?




Saya ingin maklumkan di sini :

1) Medikal Kad bertujuan untuk proses rawatan kemasukan ke hospital sahaja. Ini bermakna, jika anda ditakdirkan sakit dan masuk wad, pihak syarikat Takaful akan menanggung kos rawatan. Tertakhluk kepada waiting period dan penyakit. Kalau dah ada penyakit baru nak apply medikal kad, confirm tak cover.

2) Medikal Kad Standalone tiada sebarang pelaburan. Nak paling murah tapi nak savings banyak dan sebagainya memang tak dapat la nak tolong ye. Kalau nak ada savings , boleh apply pelan Alifellink dan add medikal kad sebagai rider.

3) Kalau saya tak sakit ada dapat pape ke? Tujuan ambil pelan takaful dan medikal kad adalah untuk perlindungan jika berlaku perkara tidak diingini. Kalau tak sakit, anda patut bersyukur.

4) Kenapa harga meningkat? Semua pelan medikal kad standalone atau medikal kad rider, harga tetap meningkat. Bezanya kalau standalone, bayaran peningkatan dari poket anda. Dalam investment link, tolak dari account value anda. Kan sama tu?

Diharap dengan penjelasan ini, isu tentang kenaikan contribution medikal kad, jumlah savings dan sebagainya tidak berbangkit lagi.