Bagi yang tinggal berhampiran Bangi atau yang melawati Pesta Konvo UKM boleh berjumpa saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk2 yang ditawarkan oleh CIMB Wealth Advisors Berhad.
Representing Etiqa Family Takaful Bhd. Perancangan Kewangan untuk Perlindungan Hibah Takaful, Medikal Kad Terbaik, Insurans Hayat, Penyakit Kritikal, Kemalangan, Retirement & Pendidikan. Untuk pertanyaan boleh hubungi 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com *Disclaimer :Kami adalah agensi takaful. Sebarang perkongsian adalah pendapat saya sendiri tanpa melibatkan mana-mana syarikat. Tidak dibenarkan copy tanpa kebenaran.
Sabtu, 17 September 2011
Rabu, 14 September 2011
A-Excel, Menyimpan Sambil Melindungi Diri Anda.
A-Excel
Pelan Perlindungan dan Simpanan
Impian kewangan anda tidak pernah terhenti walaupun anda melangkah ke fasa hidup yang berbeza. Menyimpan untuk impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang kewangan anda terlebih dahulu dan dengan menyediakan wang sampingan tetap untuk rancangan tersebut. Memperkenalkan A-Excel, penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan perlindungan takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai impian kewangan anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan sendiri ataupun persediaan untuk persaraan.
Apakah itu A-Excel?
A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20 tahun. la menyedÃakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Contoh : Jika anda mengambil perlindungan (sum covered) RM200K, maka setiap 2 tahun anda akan mendapat RM20K. Sehingga tahun ke 20. Atau perlindungan min RM30K anda boleh mendapatkan RM3K setiap 2 tahun secara konsisten.
FAEDAH
Apakah perlindungan faedah yang disediakan?
Pelan ini menyediakan:
Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum tarikh matang sijil dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai di dalam akaun peserta ("Nilai Akaun Peserta") akan dibayar. Sekiranya orang dilindungi adalah kanak-kanak, jumlah perlindungan asal yang akan dibayar adalah berdasarkan Peratusan Lien Juvenil seperti yang ditunjukkan seperti dibawah:
Kurang dari 1 tahun 20%
1 tahun 40%
2 tahun 60%
3 tahun 80%
4 tahun atau ke atas 100%
Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun Peserta berserta jumlah sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan 100% jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk tempoh dua(2) tahun pertama, diikuti dengan baki 80% pada tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan upaya tersebut, akan dibayar.
Faedah Kematangan
Nilai Akaun Peserta akan dibayar jika sijil masih berkuatkuasa dan orang yang dilindungi masih hidup semasa tarikh matang.
Adakah saya dibenarkan untuk melampirkan sebarang rider ke pelan ini?
Anda boleh memilih untuk meningkatkan lagi perlindungan takaful anda dengan menambahkan perlindungan tambahan yang terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami dibawah:
1) Faedah Kehidupan
Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak 10% darijumlah perlindungan asal pada setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih untuk menerima Faedah Kehidupan tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untukmenerima keuntungan yang akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan nisbah 20:80.
Secara ringkasnya, setiap 2 tahun anda boleh keluarkan 10% dari jumlah asal. Sekiranya anda membeli jumlah RM30000, maka setiap 2 tahun boleh keluarkan RM3000.
2) Penepian Caruman Penyakit Kritikal
Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) atas nama peserta sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang tertentu atau menjalani sebarang pembedahan yang dilindungi.
3)Faedah Pencarum (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal (CB-CI)
Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal atau menjalani pembedahan untuk salah satu dari 35 penyakit kritikal fiika CB-CI dilampirkan) seperti yang tersenarai di dalam sijil takaful, sebelum pencarum mencapai umur 60 tahun ataupun tarikh tamat rider, yang mana terdahulu,
semua caruman akan datang untuk sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak perlu dibayar sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur 25 tahun.
KELAYAKAN
Adakah saya layak memohon A-Excel?
Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur diantara umur 4 minggu hingga 65 tahun, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan kami.
JUMLAH PERLINDUNGAN
Berapakah jumlah perlindungan minimum?
RM30,000
CARUMAN
Berapa lamakah tempoh bayaran caruman bagi A-Excel?
Caruman perlu dibayar selama 20 tahun sijil ataupun sehingga kematian orang dilindungi, yang mana terdahulu.
KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL PERCUMA
Langgan:
Catatan (Atom)