Selasa, 17 Julai 2012

Kepentingan Wasiat dalam Perancangan Kewangan Islam


Apa itu Wasiat? 


Wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya keatas harta atau manfaatnya untuk
kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam yang berkuatkuasa,
selepas kematiannya.



Autoriti Wasiat 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk  tidur dua malam
kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.”
Petikan dari Sahih Al-Bukhari (Jilid IV Ms. 1)
Orang yang perlu menulis Wasiat
Oleh kerana bukan waris (sama ada Islam atau bukan Islam) boleh mendapat manfaat melalui
Wasiat, orang Islam yang mempunyai aset dan mahu memberi kepada orang yang berikut di
bawah Wasiat tidak perlu berlengah lagi untuk menulis Wasiat:

•  Cucu
•  Anak Angkat
•  Ibu Bapa Angkat
•  Sahabat Karib
•  Masjid
•  Organisasi Kebajikan
•  Rumah Anak Yatim

•  Ibu Bapa bukan Islam
•  Ahli Keluarga bukan Islam
•  Bekas sekolah dan universiti
•  Hospital
•  Anak bukan Islam hasil perkahwinan terdahulu
•  Orang-orang  yang  tidak  akan  menjadi
benefisiari di bawah Faraid

Kelebihan Menulis Wasiat 


•  Mempercepatkan proses pembahagian Harta
Apabila seseorang meninggal dunia semua aset akan dibekukan. Pembahagian kepada waris
hanya  boleh  dibuat  apabila  Probate  atau  Surat  Kuasa  Mentadbir  diperolehi  daripada
Mahkamah Tinggi. Tanpa Wasiat Bon Pentadbiran dan penjamin diperlukan  serta  sebelum
pembahagian harta boleh dilakukan.
•  Mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga
•  Melantik wasi yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset anda sama ada terdiri daripada
individu atau Syarikat Amanah
•  Melantik penjaga harta untuk kanak-kanak


Sekiranya anda berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses penulisan wasiat serta memerlukan pencerahan, boleh hubungi saya di reduanhanif@gmail.com atau 019-333 0342.


1 ulasan:

  1. nice blog creation, i have learn more knowledgeable information from your post...so thank you very much for sharing useful information with us.well done ,keep it up..

    BalasPadam