Hibah Takaful Saya Memberikan Perlindungan Mencukupi?
Hibah Takaful Adalah Satu Perancangan Kewangan dan Risiko |
Ramai yang bertanya. Adakah perlindungan yang mereka ada sekarang mencukupi?
Jawapannya Ya dan Tidak.
Kenapa Ya?
Sekiranya, Hibah Takaful yang anda miliki sekarang mampu memberikan pampasan melebihi loan kereta, loan rumah, PTPTN, membayar bil-bil utiliti anda seperti Unifi, Astro, Cuckoo, coway, Netflix, belanja untuk anak-anak dan sebagainya. Serta mampu memberikan anda sekeluarga kehidupan yang selesa tanpa perlu memikirkan kena mencari pendapatan lain untuk meneruskan perbelanjaan sedia ada. Maka, Hibah Takaful yang anda ada itu mencukupi.
Kenapa Tidak?
Sekiranya, terjadi apa-apa perkara tidak diingini, kesemua wang pampasan Hibah Takaful anda habis serta merta sebelum sempat membayar keperluan di atas, bermakna ianya tidak mencukupi. Dan anda perlu membuat pemeriksaan kewangan perlindungan Hibah Takaful anda.
Bagaimana Nak Buat Semakan Cukup atau Tidak?
Pertama sekali anda kena senaraikan komitmen yang anda ada. Sebagai Contoh
- Loan atau Hutang : Hutang Rumah, Hutang Kereta, Hutang dengan kawan dll
- Belanja Semasa Kehidupan : Duit belanja barang dapur, Sekolah dan keperluan anak-anak, Bil-bil seperti TNB, Unifi, Air dll
- Keperluan Riadah : Camping, jalan-jalan makan angin.
Kenal pasti berapa jumlah perlindungan takaful yang diperlukan.
Cadangan Pengiraan Komitmen
Untuk item no 1 di atas, anda hanya perlu kirakan total jumlah hutang yang ada.
Untuk item no 2 & 3, Total Jumlah Bulanan x 12 Bulan x Min 10 Tahun.
Contoh hutang keseluruhan yang ada (item 1) = RM600,000
Komitmen bulanan (item 2 & 3), RM4,000 sebulan X 12 Bulan X 10 Tahun = RM480,000
Jumlah Hibah Takaful yang anda perlukan adalah :
RM600,000 + RM480,000 = RM1,080,000.
Sekiranya jumlah Hibah Takaful yang anda ada adalah di bawah RM1,080,000, di masa depan jika terjadi perkara tidak diingini termasuk hilang upaya kekal, anda sekeluarga akan berhadapan dengan situasi yang agak sukar.
Tetapi, Kos Hibah Takaful RM1 Juta ni bukannya Murah. Macammana saya nak bayar?
Best ada RM 1 Juta. Macam-macam boleh settlekan |
Betul. Sehingga tahun 2023, memang agak mahal untuk menyediakan pelan Hibah Takaful 1 Juta.
Bagaimanapun, sebagai syarikat Takaful yang sentiasa berada bersama-sama rakyat yang memerlukan perlindungan mencukupi, kami telah memperkenalkan pelan terbaru yang memberikan perlindungan tinggi pada harga mampu milik.
KLIK UNTUK QUOTATION PERCUMA
Hibah Takaful A-Life Sejuta Makna
Pelan Hibah Takaful RM1 Juta harga Rahmah |
Pelan Hibah Takaful A-Life Sejuta Makna adalah Pelan Hibah Takaful yang memberikan perlindungan Minimum serendah RM1 Juta dan dengan caruman bulanan serendah RM93 sahaja (mengikut syarat-syarat pengunderaitan).
Antara ciri-ciri Pelan Hibah Takaful A-Life Sejuta Makna ini adalah seperti di bawah :
1. Permohonan tiada medical check up sehingga maksimum perlindungan setinggi RM8 Juta.
2. Boleh memilih tempoh perlindungan samada 10 Tahun, 20 Tahun atau sehingga umur 60 Tahun mengikut keperluan.
3. Perlindungan maksimum sehingga umur 80 Tahun.
4. Perlindungan 200% untuk kematian ketika menunaikan Haji atau Umrah.
5. Wang Pengurusan Harta Pusaka sehingga RM75,000.
6. Dibenarkan untuk menukar polisi perlindungan lain 5 tahun sebelum polisi A-Life Sejuta Makna tamat tanpa perlu melalui underwriting.
7. Ada Cash Bonus sehingga 0.05% setahun dari jumlah perlindungan sekiranya anda melanggan AIA Vitality. Jika Perlindungan anda RM1 Juta, maka Cash Bonus adalah RM500 setahun.
Berapakah Caruman Anggaran Untuk Hibah RM1 Juta ini?
Sebagai panduan, di bawah adalah harga anggaran untuk Hibah Takaful A-Life Sejuta Makna ini :
Contoh : Lelaki, Tidak Merokok, Pekerjaan Office
Umur 20 Tahun ; RM130 Sebulan
Umur 30 Tahun ; RM131 Sebulan
Umur 40 Tahun ; RM185 Sebulan
Jika Perlindungan Hibah Takaful Anda adalah masih rendah, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk anda memohon.
Anda memerlukan perlindungan lain?
- Medikal Kad All in One Idaman ( Hibah, Sakit Kritikal, Kemalangan, Simpanan )
- Pelan Medikal Kad Standalone Mediflex-i
- Pelan Simpanan Rezeki
- Pelan Perlindungan Wanita Lady 360-i
Tiada ulasan:
Catat Ulasan