Simpanan
Kebanyakkan kita memilih untuk menyimpan hasil pendapatan kita di dalam beberapa instrumen simpanan yang ada di pasaran. Antara yang popular adalah seperti Akaun Simpanan bank, Fixed deposit, ASB, Unit Amanah dan ada juga yang menyimpan di dalam dana takaful. Anda bebas memilih untuk menyimpan di dalam mana-mana istrumen yang memberikan pulangan yang memenuhi matlamat dan keperluan anda.
Tetapi, selain dari memberikan matlamat dan sasaran pulangan yang dikehendaki, anda perlu memastikan yang pulangan simpanan anda tadi tidak tersekat di dalam akaun dan tidak dapat disalurkan kepada waris seperti yang anda kehendaki.
Hibah
![]() |
Hibah adalah Hadiah @ Pemberian tanpa mengharapkan Balasan |
Hibah adalah salah satu cara pembahagian harta yang diiktiraf. Apakah maksud hibah?
HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).
Kenapa Hibah Takaful Diperlukan?
Hibah Takaful amat diperlukan oleh
waris. Ini kerana apabila seseorang itu meninggal dunia, segala harta yang ditinggal si
arwah akan terus dibekukan atau disimpan sehingga waris menuntut dan membawa
wakil untuk menguruskan harta. Dan harta tadi sebanyak mana yang ada pun, tiada satu pun boleh digunakan oleh waris. Cuba bayangkan dalam akaun simpanan anda ada RM1 Juta. Tetapi waris tidak boleh keluarkan kerana simpanan tadi telah jatuh menjadi harta pusaka dan perlu melalui proses Faraid dan sebagainya.
Tetapi, dengan adanya pampasan daripada
Hibah Takaful, waris dapat menggunakan pampasan tadi untuk meneruskan kehidupan seperti
biasa buat sementara waktu menunggu segala proses harta pusaka selesai diuruskan
dan diagihkan mengikut hak faraid.
Kenapa Simpanan Anda Juga Perlukan Hibah?
Kita membuat simpanan ke dalam instrumen simpanan yang ada di pasaran seperti bank. Sekiranya penyimpan ditakdirkan pergi awal, simpanan di dalam akaun bank tadi secara automatik akan dibekukan. Dan secara tidak langsung, waris kemungkinan besar tidak akan mempunyai sebarang sumber kewangan untuk meneruskan hidup. Proses pembahagian akan mengambil masa yang panjang. Anda boleh bayangkan dari tempoh dibekukan, sehinggalah selesai, bagaimana keadaan waris ketika itu. Adakah mereka mampu untuk meneruskan hidup?![]() |
Anda boleh mengelakkan pembekuan simpanan melalui pelan hibah Takaful |
Sekiranya, simpanan anda berjumlah RM1 Juta, bagaimana simpanan tadi boleh dipindahkan terus kepada waris anda dengan pantas tanpa perlu melalui proses yang rumit? Di sini saya mempunyai penyelesaian untuk masalah ini melalui Hibah Takaful. Di mana dengan membuat simpanan di dalam pelan hibah takaful, simpanan anda akan mudah untuk disalurkan kepada waris. Anda boleh memohon di SINI.
Selain itu, antara faedah yang ada sekiranya anda menyimpan di Hibah Takaful ini adalah :
1) Proses pemindahan simpanan anda tidak perlu melalui Amanah Raya.
2) Simpanan terkecuali dari akta probet 1959.
3) Proses pemindahan secara terus ke akaun waris dalam tempoh seawal 14 hari.
4) Simpanan anda tidak melalui proses Faraid dan penama telah anda tetapkan. Dengan cara ini tiada pergaduhan antara waris.
5) Tidak melibatkan campur tangan mahkamah. Waris tidak perlu pening kepala.
6) Simpanan sangat mudah dicairkan.
7) Sebagai pelan kecemasan kepada waris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan