Khamis, 17 November 2011

Hospital awam, Betul ke percuma?

Seringkali kita mendengar, apabila sakit boleh dapatkan rawatan di Hospital kerajaan sebab free. Betul ke free??

Mohon bantuan kos rawatan jantung anak RM31,000



PENDANG 16 Sept – Sepasang suami isteri dari Kampung Rambai Padang, Bukit Raya dekat sini, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan susulan anak bongsu mereka berusia dua tahun yang menghidap sakit jantung berlubang dan mempunyai masalah pada injap jantung.

Mohd Rashid Ismail, 42, dan isteri Sharifah Ahmad, 31, ketika ini terpaksa berhutang dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan anak mereka Adam Haris, di Institut Jantung Negara (IJN).

Mohd Rashid berkata anaknya sudah dibedah pada 5 Mei lalu dengan kos RM31,000 di IJN dan kini menunjukkan tanda-tanda pulih seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Namun, IJN hanya membiayai kos pembedahan sebanyak RM18,000 dan baki selebihnya perlu dilunaskan sendiri oleh pasangan suami isteri berkenaan.

“Bukan itu sahaja yang perlu saya lunaskan, malah kos rawatan susulan di IJN setiap dua bulan sekali, yang menelan kos RM1,000 juga saya tidak mampu, hingga temujanji untuk rawatan anak saya pada Ogos lalu, terpaksa saya batalkan disebabkan kesempitan hidup,” katanya ketika ditemui di rumahnya pada hari Khamis.

“Pendapatan saya sebagai pekerja kedai besi di kampung sekitar RM30 sehari tidak cukup untuk membiayai kos rawatan itu, memandangkan saya terpaksa menanggung tiga lagi anak yang berusia enam hingga 12 tahun yang masih bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Sharifah berkata beliau bimbang tahap kesihatan Adam Haris merosot jika rawatan susulan tidak dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan kerana anaknya perlu menjalani rawatan untuk suatu tempoh agak panjang dan tidak diketahui bila proses rawatan itu akan berakhir.

“Dengan pendapatan suami saya yang tidak seberapa, kami terpaksa berhutang dengan saudara-mara bagi membiayai kos rawatan dan kos perjalanan ke sana (IJN).

“Saya berharap dengan bantuan orang ramai, kami boleh menghantar anak ke IJN bagi membolehkannya menikmati kehidupan normal seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya,” katanya.

Selain itu, anak ketiga pasangan berkenaan, Erna Harnani, 6, pula mengalami masalah mudah letih sejak berusia lima tahun dan perlu menjalani rawatan di klinik berdekatan setiap kali menghadapi masalah tersebut.

Mereka yang bersimpati dengan nasib keluarga ini, boleh menghubungi Sharifah di talian 017-4407439 atau menyalurkan bantuan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 021122981662228-7.[BERNAMA]



KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL PERCUMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan